Wow ramai yang menggelabahkan bila ubat gastritis yang popular itu telah di banned!
Jangan panik! Di sini ada jalan penyelesaian yang boleh diamalkan.
Sebelum tu, apa kata kita kenali dahulu apa itu gastritis.
Apa itu Gastritis?
Ramai juga yang memanggilnya dengan nama gastrik. Itu tidak tepat kerana maksud gastrik adalah perut. Gastritis pula membawa makna keradangan perut. Ramai yang mengalami masalah ini dan ada dalam kalangan mereka tidak tahu pun samada mereka menghidap masalah gastritis yang serius ataupun tidak.
Kenapa gastritis ini berlaku?
Ini kerana dalam perut mempunyai asid hidroklorik (pH 1). Ironinya, jika dimasukkan tangan ke dalam perut beberapa ketika dan keluarkan tangan mungkin yang tinggal hanya tulang. Betapa kuatnya asid tersebut.
Dan sebenarnya manusia memerlukan asid hidroklorik sebagai 1st line defence. Bila makan makanan tercemar, ianya boleh dihadamkan dengan asid. Namun begitu, masih ada kuman yang boleh survive!
Asid ini sangat penting untuk membantu enzim tertentu menghadamkan protein. Dan kebiasaannya, ia diperlukan untuk menghadam daging.
SIMPTOM Gastritis
1) Cepat berasa lapar walaupun baru sahaja lepas makan.
2) Apabila makan masakan pedas, akan mudah merasa pedih ulu hati.
3) Rasa letih dan lesu.
4) Rasa kembung.
5) Nafas tidak selesa dan mudah tercungap.
6) Sakit pada tengkuk hingga membawa ke bahagian belakang
ALTERNATIF mengubati Gastritis selain ubat
1) Kenal pasti punca & elakkan

- Elakkan stres yang berpanjangan.
- Elakkan merokok.
- Elakkan makanan pedas. Di Indonesia, ramai di kalangan rakyatnya menghidap masalah perut kerana kerap makan pedas malah hampir ke semua masakan mereka pedas.
- Elakkan makanan masam dan mempunyai lada/cili.
- Elakkan makanan tinggi lemak.
- Elakkan makanan bergoreng kerana makanan bergoreng mengandungi AGEs (Advanced Glycation End Products). AGEs akan menyebabkan keradangan.
- Makanan dan minuman tinggi kafein, coklat dan bergas.
- Ubat juga menyebabkan gastritis. Antara ubat yang popular menyebabkan gastritis ialah ubat tahan sakit, ubat antibiotik dan juga steroid.
- Pola makanan juga mempengaruhi terutamanya mereka yang mempunyai masalah perut sensitif.
- Masalah auto-imun seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), rheumatoid arthritis dan psoriasis.
- Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman iaitu Helicobacter pylori. Ini perlu ke klinik untuk mendapat rawatan.
2. Pastikan tidak sembelit

- Apabila anda mempunyai masalah penghadaman, ia akan menyebabkan angin. Disyorkan untuk mengambil sayur yang banyak.
- Pengambilan serat atau fibre yang banyak boleh membantu menurunkan risiko ulser perut sehingga 60%.
3. Makanan

- Amalkan pengambilan makanan yang mengandungi probiotik seperti yogurt dan kimchi.
- Amalkan makanan yang mengandungi rendah lemak seperti ikan dan dada ayam.
- Pisang amat efektif kerana boleh mengatasi keradangan.
- Ambil makanan yang bersifat anti-radang yang boleh melawan stres oksidatif iaitu makanan yang mengandungi flavonoid seperti anggur, beri, teh hijau, brokoli dan kranberi.
- Madu juga digalakkan kerana mengandungi khasiat fitonutrisi yang bersifat anti-radang.
- Pengambilan bawang putih juga disyorkan untuk melawan kuman Helicobacter Pylori.
- Halia dan kunyit juga sangat berkhasiat.
4. Senaman/ pola pemakanan

- Senaman boleh meningkatkan hormon ceria dan menghilangkan stres.
- Elakkan perut kosong dan amal makan sedikit tetapi kerap.
- Elakkan berbaring sejurus selepas makan kerana ia boleh menyebabkan GERD.
- Disarankan jalan kaki selama 5-10 minit selepas makan.
- Elakkan makan 3-4 jam sebelum tidur.
5. AstaREAL P2AF

- AstaREAL P2AF boleh merawat dan mencegah ulser yang disebabkan oleh kuman Helicobacter pylori.
- Disarankan untuk gabungkan pengambilan AstaREAL P2AF bersama kolagen kerana kolagen mampu untuk membaiki dan menganjalkan sel perut yang rosak dan mengurangkan penghasilan asid di dalam perut.
- Harus minum air kosong yang mencukupi.
Adakah perkongsian ini bermanfaat untuk anda?
Nak tahu cara dapatkan khasiat AstaREAL P2AF?
Klik sini : https://eskayvie.com/