Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih lagi tidak menemui jalan keluar. Adakah solusi kepada masalah ini adalah dengan potong perut? Pembedahan potong perut ini kian menjadi trend masa kini.Tambah meyakinkan orang ramai apabila ada beberapa orang artis telah melakukan prosedur ini dan menunjukkan perubahan yang positif. Namun, adakah itu indikator utama yang membolehkan anda melakukan pembedahan tersebut?

Pernah dengar tentang pembedahan potong perut atau bahasa sainsnya pembedahan bariatrik?
Pembedahan bariatrik atau pembedahan potong perut/usus bukan lagi satu perkara yang baru untuk cepat kurus dan cantik. Pembedahan bariatrik adalah cara cepat kurus bagi mereka yang mengalami berat badan yang berlebihan.
Bukan hanya semata-mata untuk kelihatan cantik dan kurus, tapi untuk golongan ini lebih kepada menjaga kesihatan dan mengelakkan komplikasi yang lebih parah akibat berat badan yang berlebihan.
Pembedahan bariatrik ini adalah pembedahan yang dilakukan untuk membantu mengawal masalah berat badan yang berlebihan (obesiti). Ia bukanlah pembedahan komestik seperti yang ramai orang fikirkan.
Pembedahan bariatrik/potong usus/kecilkan perut/potong perut/pemintasan perut ini sesuai dilakukan bagi mereka yang mempunyai Indek Jisim Tubuh (BMI) 35 dan ke atas. Setelah mereka gagal menurunkan berat badan dengan cara lain, makanya terpaksa memilih untuk melakukan pembedahan bariatrik.
Jenis-jenis pembedahan bariatric
Jenis pembedahan bariatrik yang biasa dilakukan
- Sleeve Gastrectomy (gastric sleeve)
- Gastric Bypass (pintasan gastrik)
- Adjustable gastric band atau Band Gastrik boleh laras
Kesan selepas pembedahan bariatrik

Selepas pembedahan, pesakit akan kurang selera makan dan cepat rasa kenyang.
- Berat badan akan berkurangan dengan ketara
- Memulihkan masalah penafasan ketika tidur
- Tekanan darah menurun
- Tahap kolestrol pesakit diabetes semakin rendah
- Dari segi psikologi, meningkatkan keyakinan dan mengawal emosi dengan lebih baik.
- Mengurangkan sakit sendi tulang dan memperbaiki pergerakan anggota badan
Bagaimana pembedahan ini boleh menurunkan berat badan anda?

Secara umumnya, pembedahan bariatrik akan mengecilkan saiz organ dalaman perut. Apabila saiz perut jadi lebih kecil, pesakit akan berasa cepat kenyang walaupun hanya memakan jumlah makanan yang kecil.
Saiz perut yang lebih kecil juga akan memberi tindakbalas hormon pada badan untuk mengurangkan rasa lapar.
Pengurangan kuantiti pemakanan dan pengurangan rasa lapar sekaligus akan membuatkan pesakit bariatrik berada dalam “defisit kalori”.
Syarat untuk buat pembedahan bariatrik

- BMI lebih 35 dengan masalah kesihatan yang disebabkan oleh obesity seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.
- BMI lebih 30 dan mempunyai masalah kesihatan tertentu.
- BMI lebih 40
Jenis pembedahan yang sesuai pula akan ditentukan oleh doktor bedah selepas perbincangan dengan pesakit. Doktor akan menilai tahap kesihatan pesakit dan berapa banyak target pengurangan berat badan yang diperlukan.
Risiko pembedahan bariatrik

Setiap pembedahan pastinya ada risiko yang tertentu. Dan ianya juga bergantung pada keadaan seseorang. Pembedahan bariatrik mengubah struktut asal perut dan usus, antra komplikasi yang berkemungkinan berlaku seperti :
- Usus tersumbat
- Cirit-birit, mual dan muntah (sindrom dumping)
- Batu karang hempedu
- Angin
- Hipoglisemia
- Malnutrisi
- Ulser
- Perut bocor
Walaupun selepas menjalani pembedahan bariatrik boleh turunkan berat badan dan kekal kurus. Tetap juga perlu diet selepas pembedahan bariatrik. Terus disiplin mengamalkan gaya hidup sihat.
KELEBIHAN PEMBEDAHAN BARIATRIK | KELEMAHAN PEMBEDAHAN BARIATRIK |
Selepas menjalani prosedur, lazimnya calon akan mengalami jumlah penurunan berat badan yang banyak susulan pelaksanaan pelan pemakanan yang teratur dan diet ketat termasuk kurang penyerapan kalori. | Prosedur bariatrik adalah perubahan kekal dalam anatomi individu. |
Prosedur tersebut merupakan salah satu kaedah penurunan badan yang cepat. | Pesakit terpaksa mengamalkan diet yang terhad dan ketat sepanjang hidup. Ini bermakna, pesakit tidak boleh bebas menikmati makanan pilihan. |
Mendidik tubuh menerima kumpulan makanan sihat kerana pengambilan menu kurang berkhasiat seperti karbohidrat, gula dan lemak akan menyebabkan ketidakselesaan pada perut kelak. | Jika mengambil makanan tinggi kandungan gula, kalori dan lemak. Pesakit akan mengalami ketidakselesaan dan loya antara 20 hingga 30 minit. |
Sebanyak 96 % penyakit kronik berpunca daripada obesiti, kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi dan gangguan tidur pulij dalam kadar segera. | Situasi tersebut secara tidak langsung menyebabkan muntah dan cirit-birit sehingga tubuh badan menjadi tidak bermaya. |
Kesimpulannya, memang benar yang pembedahan potong perut ini merupakan satu alternatif yang cepat untuk kurus dan cantik. Namun, doktor akan meneliti terlebih dahulu adakah anda memenuhi syarat untuk melakukan prosedur tersebut, bukan main terjah sahaja ya. Walauapapun, teruskan penjagaan gaya hidup yang sihat dan kekalkan berat badan yang ideal.
Bermanfaat? Kongsikan bersama yang tersayang.