Tips Atasi Masalah Lambat Pick Up atau Brain Fog

Brain Fog atau kabut minda ini adalah sejenis gejala dan bukan penyakit. Ia adalah simptom yang mana, seseorang itu mudah lupa, blur, susah fokus dan minda jadi letih.

7 punca kepada masalah brain fog.

1. Kekurangan air

2. Stres yang berterusan

3. Tak cukup tidur

4. Perubahan hormon

5. Pemakanan tertentu seperti tidak cukup vitamin B12, mengambil pemanis aspartame

6. Ubat-ubatan

7. Masalah kesihatan seperti hypothyroidism, anemia, migrain

Masalah kabut minda yang tidak diatasi boleh mengakibatkan komplikasi yang lebih serius di masa akan datang, dan yang pastinya ia akan menganggu aktiviti harian anda.

Tips atasi masalah kabut minda

1. Minum air secukupnya

Tahu tak berapa banyak nak minum air ni? Sesetengah orang kata 8 gelas. Tapi sebenarnya ada formula dia. Formula kasarnya mudah sahaja iaitu berat badan/30. So contoh kalau berat badan anda 60kg, dibahagi 30 so anda perlu minum 2L air sehari. Tapi ini berkadaran juga jika cuaca panas atau anda ada buat senaman selama 30 minit berpeluh-peluh, so kena tambah lagi 350 ml lah.

2. Tidur cukup (7-8 jam sehari)

3. Senaman

Senaman membantu melancarkan aliran darah, aliran oksigen dan supaya semua nutrisi boleh sampai ke otak. Dan senaman ni banyaklah fungsi-fungsi lain. Yang penting kena istiqamah. Tak perlu pergi main tennis ke atau senaman berat-berat, tapi kalau dapat berjalan kaki 30 minit sehari pun dah cukup.

4. Pemakanan seimbang

Elakkan makanan yang bersifat keradangan yang banyak dekat luar sana – gula, junk food, processed food, fast food, ultra-processed food dan makanan bergoreng. Contohnya anda nak makan pisang. Kalau anda makan kerepek pisang itu adalah ultra-processed food, kalau anda makan goreng pisang itu adalah processed food, tapi kalau anda makan pisang, itu adalah makanan semula jadi. Jadi, go for natural foods.

5. Turunkan berat badan

Bagi mereka yang mempunyai berat badan terlajak sikit, kena berusaha untuk turunkan berat badan. Bila obes, sel-sel lemak yang berlebihan dalam badan ni setiap saat akan mengeluarkan adipocytokine, sejenis bahan keradangan.

6. Amalkan makanan-makanan yang bersifat anti-radang

Contohnya buah-buahan, sayuran, omega-3, ikan, telur. Itu semua sihat. Tapi siapa yang makan sayur dan buah-buahan mencukupi? Kajian daripada KKM sendiri, 95 % daripada rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan mencukupi. Jadi, penting untuk kita amalkan apa yang Allah dah turunkan sebagai ubat kepada kita dalam bentuk buah-buahan, dalam bentuk kuasa fitonutrisi.

Bermanfaat? Jangan lupa kongsikan.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini