Senaman Ringkas Untuk Hilangkan Kebas Tangan

Jangan perlekehkan atau ketawa tetapi apabila terjadinya kebas tangan, masih ramai yang tidak tahu tindakan apa yang perlu dilakukan untuk melegakannya.

Ada yang panik kerana rasa kebas itu berlanjutan dan kerap terjadi. Jadi, buat anda yang ingin tahu cara-cara hilangkan kebas di tangan, baca artikel ini sehingga habis.

Gejala Tangan Kebas

Masalah ini sebenarnya tidak terjadi dengan sendiri malah adakala ianya berkait dengan kesan sampingan penyakit besar yang lain. Antara gejala yang anda boleh ambil cakna adalah:

  • Kebas yang diikuti rasa sakit menyengat
  • Daripada tangan, kebas merebak ke lengan dan bahu.
  • Kebas sehingga tidak dapat menggerakkan jari atau tangan
  • Kebas sehingga hilang deria rasa
  • Demam
  • Loya
  • Muntah
  • Pening kepala

Bagi pesakit tangan kebas, mereka perlu ambil tahu gejala ini atau lain-lain masalah yang berlaku semasa tangan kebas. Hal ini supaya para doktor yang merawat dapat mengenal pasti masalah yang menyebabkan tangan kebas.

Punca Berlakunya Tangan Kebas

  1. Sindrom Carpal Tunnel

Sindrom ini disebabkan oleh pemampatan saraf median pada bahagian Carpal tunnel. Carpal tunnel adalah laluan sempit yang terletak di bahagian depan pergelangan tangan anda. Apabila mengalami sindrom ini, tangan anda akan serta merta rasa kesemutan dan kebas.

  1. Spondylosis serviks (leher)

Spondylosis serviks kerap berlaku oleh kerana kehausan pada cakera tulang belakang di leher anda. Ia menjadi penyebab kepada kebas dan kesemutan pada tangan dan lengan anda. Ia juga boleh menyebabkan kebas pada bahagian badan yang lain seperti kaki dan juga betis.

  1. Sindrom outlet toraks (TOS)

Apabila terdapat gangguan pada saraf atau salur darah pada bahagian leher bawah dan juga dada atas mengalami keradangan, kecederaan atau kemampatan, TOS akan kerap terjadi.Jika anda mengalami TOS, anda akan merasakan simptom utama iaitu kebas pada bahagian lengan, seterusnya tangan dan jari.

  1. Diabetes

Apabila tubuh badan mula tidak memberikan respon yang berkesan kepada insulin atau penghasilan insulin dalam tubuh badan tidak mencukupi, ini bermakna anda mengalami kencing manis.

Pesakit diabetes terdedah kepada kerosakan saraf yang boleh menyebabkan kesakitan, lemah dan kebas pada mana-mana bahagian tubuh badan, termasuklah tangan.

  1. Kerosakan saraf atau Neuropati Periferal

Kerosakan saraf sebenarnya adalah diakibatkan daripada sistem saraf periferal yang mula rosak.

Sistem saraf periferal adalah sistem yang bertanggung jawab untuk menghantar dan menerima isyarat di antara sistem saraf pusat dan juga anggota tubuh badan yang lain.

Pesakit biasanya akan rasa kesemutan yang akan menyebabkan tangan mereka menjadi kebas.

Cara Untuk Menghilangkan Kebas Tangan

1. Senaman Menghilangkan Kebas Tangan

Anda yang menghidapi sindrom Carpal tunnel adalah dinasihatkan untuk melakukan senaman khusus bagi mengurangkan simptom dan juga menguatkan otot. Malah aktiviti regangan dan postur senaman tertentu boleh mengurangkan simptom spondylosis serviks.

2. Urutan Dan Senaman Lenguh, Kebas dan Kesemutan

Apa yang anda boleh lakukan adalah sapukan sedikit minyak pada lengan. Kemudian, letakkan ibu jari pada bahagian tengah otot bisep dan urut ke bawah sehingga ke pergelangan tangan.

Letakkan ibu jari anda dalam posisi melebar supaya ianya dapat mengurangkan rasa sakit. Mulakan dengan perlahan dan fokuskan pada bahagian otot yang sakit dan tegang. Ulang sehingga anda merasakan sakit kerana otot tegang menyurut.

Langkah seterusnya adalah lekapkan tapak tangan anda pada dinding dengan kemas. Pastikan tangan anda dalam posisi terbalik. Tolak tangan anda sedikit demi sedikit. Jika melakukannya dengan betul, anda boleh rasakan regangan pada otot sehinggalah pelipat siku. Tolak tangan anda perlahan-lahan ke atas dan ke bawah sehingga berasa lega.

3. Ubat-ubatan

Bagi mengalami kebas tangan yang teruk, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk rawatan atau ubat yang bersesuaian. Selalunya doktor akan memberikan ubat antiradang bukan steroid seperti ibuprofen atau aspirin. Ubat-ubatan ini boleh membantu mengurangkan sakit kebas tangan yang ringan pada leher, tangan dan juga bahagian tubuh yang lain.

  1. Gunakan Splints atau wrist guard

Untuk mengelakkan kebas tangan menghalang anda daripada melakukan aktiviti harian, anda boleh menggunakan wrist guard untuk meluruskan tangan. Wrist guard atau splints akan mengurangkan tekanan pada saraf median tangan sekaligus mengurangkan kesakitan.

Jadi, anda tidak perlu risau jika perlu melakukan tugasan berulang atau memerlukan pergerakan tangan yang banyak seperti menggunakan komputer. Wrists guard tidak akan menghalang produktiviti anda, malah membantu mengelakkan anda daripada mendapat kebas tangan yang lebih teruk.

  1. Ubat Topikal (ubat sapu/tidak perlu dimakan)

Kadangkala anda perlu menggunakan krim sapuan. Jadi, kami menyarankan anda untuk mendapatkan krim capsaicin atau tampalan lidocaine untuk membantu melegakan kesakitan yang ringan akibat kerosakan saraf periferal.

  1.  Vitamin B-12

Tangan kebas juga boleh disebabkan oleh kekurangan vitamin B-12. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil suplemen vitamin B-12 bagi mengatasi rasa kebas di tangan. Selain suplemen, anda uga digalakkan untuk mengambil sumber makanan yang kaya dengan vitamin B-12 seperti ikan salmon, telur dan juga hati.

  1. Pembedahan

Anda merasakan kebas tangan semakin teruk dan seolah-olah tiada penamatnya? Sebenarnya ada rawatan dan ikhtiar yang terakhir iaitu melalui pembedahan. Antara masalah kebas yang dapat dibantu melalui pembedahan adalah daripada Carpal tunnel, TOS atau sista ganglion.

Jumpa Doktor Sebelum Terlambat

Jangan ambil mudah sakit kebas tangan yang dialami. Anda perlu segera berjumpa doktor sekiranya sakit itu berlarutan dan berpanjangan. Anda juga perlu ambil tahu jenis tangan, simptom dan gejala yang lain supaya doktor boleh mengenalpasti dan menyelesaikan masalah ini dengan rawatan yang bersesuaian.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini