Sakit Tumit Kaki? Usah Biarkan Melarat

Plantar Fasciitis ialah masalah pada tumit kaki. Ligamen yang menyambungkan tulang tumit kepada jari dipanggil plantar fascia dan ianya akan menjadi lemah, membengkak dan berlaku keradangan di bahagian tersebut. Ini boleh menyebabkan kesukaran untuk berdiri mahupun berjalan.

Plantar Fasciitis ini kebiasaannya terjadi kepada orang yang berumur 30-an dan ke atas. Tetapi ianya juga boleh terjadi kepada orang yang lebih muda dan melakukan banyak aktiviti yang memberi tekanan pada tumit kaki seperti atlet.

Antara faktor yang boleh menyebabkan berlakunya Plantar Fasciitis adalah:

1) Banyak berjalan, berlari & berdiri

2) Postur kaki yang lemah (bentuk tapak kaki yang leper)

3) Sendi pergelangan yang keras atau lemah otot

4) Penggunaan kaki yang berlebihan atau regangan secara tiba-tiba pada tapak kaki.

5) Mempunyai berat badan berlebihan

6) Penggunaan kasut tumit tinggi

Rawatannya mungkin berbeza untuk setiap individu tetapi antara rawatannya ialah berehat untuk jangka masa tertentu dan mengurangkan radang pada tisu tersebut.

1) Rehat – Berehat daripada melakukan aktiviti yang boleh memberi tekanan pada kaki seperti tidak berjoging atau mengelakkan aktiviti berdiri atau berjalan terlalu lama untuk beberapa hari boleh menghilangkan sakit tumit dan memberi masa untuk radang merosot.

2) Melakukan terapi ais – Meletakkan ais pada tapak kaki boleh membantu mengurangkan sakit tumit.

3) Senaman dan regangan – Ia bertujuan melonggarkan tisu di sekeliling tulang tumit. Senaman regangan, jika dilakukan pada waktu pagi dan petang, boleh melonggarkan tisu dan mengurangkan sakit tumit.

4) Ubat anti radang – Ubat anti radang atau penahan sakit boleh membantu mengawal sakit dan mengurangkan radang pada tisu plantar.

5) Pelapik kasut – Dengan meletakkan pelapik sesuai di dalam kasut, ia boleh menyokong lengkok tapak kaki dan mengurangkan tekanan pada tisu plantar. Ia memberi keselesaan kepada pesakit ketika melakukan aktiviti sukan.

6) Kasut – Pemakaian kasut khusus untuk aktiviti sukan penting untuk mengurangkan kecederaan tisu plantar. Kasut terlalu rata atau tinggi dan pelapik yang tidak dapat memberi sokongan pada lengkok kaki boleh menyebabkan tisu fiber tercedera ketika berdiri atau berjalan.

7) Sokongan kaki ketika tidur – Pemakaian sokongan kaki ketika tidur dapat mengelak tisu plantar menjadi ketat. Dengan itu tisu fiber sentiasa merenggang dan longgar. Tumit kaki tidak berasa sakit apabila berpijak selesa selepas bangun tidur.

Selain mengamalkan langkah-langkah di atas, pengambilan bahan AstaREAL®️P2AF juga boleh membantu mengurangkan keradangan dan melegakan sakit tumit.

Bermanfaat? Kongsikan pada tersayang.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini