Sakit Jantung? Ketahui Perkara Paling Tidak Dijangka Boleh Bahayakan Jantung Anda

Statistik pesakit jantung di Malaysia semakin meningkat dari hari ke hari. Pada tahun 2018, terdapat 18 267 orang meninggal dunia disebabkan oleh penyakit jantung. Angka ini telah meningkat sebanyak 35.3% dari tahun 2017.

Apakah punca lain yang boleh membahayakan jantung tanpa kita sedari?

1. Bengkak gusi
Masalah gusi sebenarnya secara tidak langsung boleh meningkatkan risiko sakit jantung sebanyak 20%. Bengkak gusi boleh menyebabkan kuman masuk ke dalam aliran darah dan mengakibatkan keradangan kronik.

Kuman-kuman tersebut boleh menghasilkan toksin seterusnya menghasilkan gumpalan darah. Jika gumpalan darah tersebut beredar ke salur darah ke jantung, ia menyebabkan salur darah tersumbat.

2. Individu yang berkerja di waktu malam
Kajian menunjukkan individu yang bekerja pada waktu malam boleh meningkatkan risiko masalah jantung sebanyak 40%. Kajian oleh Western University di Canada, menunjukkan ia boleh mengganggu circadian rhythm iaitu rentak atau sistem badan anda. Keadaan ini menyebabkan penghasilan hormon pada waktu tertentu juga akan terganggu.

3. Tidur berdengkur ataupun sleep apnea
Sleep apnea ini adalah keadaan dimana individu mengalami gangguan pernafasan atau nafas berhenti ketika tidur. Perkara ini akan menyebabkan kekurangan kadar oksigen dalam badan.

Apabila masalah ini berlaku pada jangka masa yang lama, ia boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak sekata, masalah lemah jantung dan boleh meningkatkan risiko strok.

Mereka yang mempunyai sleep apnea juga berisiko 5 kali ganda untuk mendapat masalah sakit jantung. Antara tips untuk mengatasi masalah sleep apnea ini adalah tidur dengan posisi mengiring.

4. Mencapai Menopos
Wanita yang menapous awal (sebelum 46 tahun) berisiko mendapat penyakit jantung 2 kali ganda berbanding mereka yang menopaus di usia lebih 50 tahun.

Ia berlaku disebabkan oleh pengurangan hormon estrogen di dalam badan. Hormon estrogen sebenarnya mempunyai kebaikan tersendiri dalam melindungi jantung.

5. Online gaming
Ramai golongan muda-mudi terlibat dengan online gaming. Permainan online gaming terutamanya permainan video yang berunsurkan keganasan didapati meningkatkan degupan jantung anda. Akibatnya, keadaan yang berterusan akan meningkatkan bacaan systolic tekanan darah anda.

Kajian daripada New England Journal of Medicine, mendapati kanak-kanak berusia 10 tahun yang kerap bermain online gaming (berunsurkan keganasan) mempunyai masalah degupan jantung yang laju dan akhirnya meninggal dunia. Kanak-kanak tersebut dikatakan telah mengalami penyakit ventricular fibrillation, yang boleh menyebabkan kematian.

Bermanfaat? Kongsikan bersama yang tersayang 🙂

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini