Nutrisi yang baik adalah barisan pertama perlindungan badan untuk mengelakkan pelbagai jenis penyakit termasuklah rasa kebas yang boleh disebabkan oleh Diabetes Neuropati! Tidak kisahlah jika anda mempunyai masalah kesihatan ataupun tidak, amat penting untuk anda mengamalkan diet yang tinggi dengan pengambilan sayuran, buahan, serta bijirin penuh.

Mesti anda tertanya kepentingan diet seperti ini yang banyak digalakkan oleh semua pengamal kesihatan kan?
Kalau nak tahu, saintis mendapati diet yang kaya dengan antioksidan daripada tumbuhan (polifenol) boleh membantu mengelakkan masalah kebas tangan dan kaki. Malah ia bukan sahaja bermanfaat untuk mereka yang ada kebas sahaja, tapi juga baik untuk kawalan gula, darah tinggi dan penyakit lain termasuklah menyokong kesihatan otak.
Lebih menarik, ia adalah satu diet yang realistik dan boleh diamalkan buat semua lapisan individu. Banyak sebenarnya rahsia nutrisi daripada alam semulajadi yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan. Banyak juga kajian menunjukkan kebaikan polifenol daripada tumbuhan ni juga mempunyai kesan yang sama seperti ubatan kencing manis. Tapi ramai rakyat Malaysia sering terlepas pandang akan kebaikan ini.
Contohnya, kerosakan oksidatif boleh berlaku pada setiap saluran darah sama ada kecil atau besar dan ia boleh memberi kesan kepada aliran darah. Khasiat punicalagin yang banyak didapati pada ekstrak buah delima dikaji mempunyai kapasiti antioksidan yang tinggi. Punicalagin ini banyak dikaji dapat meningkatkan aliran darah dan sangat membantu untuk masalah kebas atau penyakit yang berkaitan dengan aliran darah yang tersumbat seperti mati pucuk.

Atau nutrisi lain yang boleh didapati pada biji anggur yang selalunya kita asingkan dan tak makan. Jika ikut kajian-kajian terkini, anggur mempunyai antioksidan yang dipanggil resveratrol dan boleh memberi kesan meningkatkan penyerapan gula darah ke dalam sel dan turunkan rintangan insulin.
Apabila paras gula jadi semakin terkawal, aliran darah juga akan menjadi semakin lancar. Masalah kebas? Akan berkurangan! Yang lagi hebatnya, Resveratrol ni bukannya kaya pada isi anggur, tetapi pada bijinya! Rugi lah mereka yang selalu makan anggur tanpa biji tu.

Ada pelbagai lagi nutrisi tumbuhan yang anda boleh ambil seperti antioksidan xanthone boleh didapati pada buah manggis. Apa yang penting, 99% antioksidan Xanthone ini sebenarnya boleh didapati pada kulit manggis itu sendiri. Cuma nak makan kulit manggis itu sendiri mungkin agak mustahil kepada setiap individu. Kulit manggis ni bukan sahaja boleh kurangkan paras gula dan kawal masalah kebas, tapi ia juga boleh bantu turunkan paras kolesterol!

Walaubagaimanapun, pengambilan buahan masih perlu dihadkan lebih-lebih lagi untuk pesakit kencing manis kerana ia masih mengandungi fruktosa iaitu sejenis gula buah. Disebabkan itu ramai yang masih tidak dapat memanfaatkan nutrisi daripada tumbuhan ini secara mencukupi. Belum lagi dengan sikap rakyat Malaysia yang majoritinya, 95% tidak mengambil sayuran dan buahan yang mencukupi. Tak hairanlah jika nutrisi dari alam semulajadi ini tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk atasi masalah kebas kebas kaki ni.
Tentunya lebih mudah jika ada penyelesaian yang boleh membantu pesakit mendapatkan semua nutrisi yang diperlukan dengan lebih efisien tetapi dalam masa yang sama pesakit boleh memanfaatkan nutrisi alam semulajadi dengan sebaiknya. Nak tahu caranya? Baca sini.
#EskayvieCareForYou