Hari ini air detoks (detox) telah pun menjadi amalan dan juga petua semula jadi bagi mengurangkan rasa sakit perut masuk angin.
Malah, ada juga yang minum air detoks untuk mengempiskan dan menurunkan berat badan.
Namun, sejauh manakah kepentingan sebenar air detoks ini?
Teruskan membaca untuk maklumat lebih lanjut.
Apakah Air Detoks
Secara ringkasnya, air detoks adalah air yang diisi dengan rasa buah-buahan segar, sayur-sayuran dan herba.
Selalunya air detoks dibuat sendiri dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.
Air detoks yang popular di kalangan mereka yang ingin membersihkan dalaman badan adalah detoks lemon atau detoks timun.
Khasiat Sebenar Air detoks Untuk Perut Masuk Angin
Kita sebenarnya disarankan untuk minum 8 gelas air sehari. Oleh disebabkan itu, ramai mula membuat air detoks untuk ‘khasiat lebih’ daripada buah-buahan, herba atau sayuran yang direndam.
Untuk anda yang mencari jawapan adakah air detoks bagus untuk perut masuk angin teruskan membaca.
Perlukah Air Detoks Sebagai Pengganti Air Biasa?
Daripada penyelidik dan bekas jurucakap Akademi Pemakanan dan Dietetik, Joy Dubost, RD, air detoks bukanlah untuk semua.
Cara terbaik untuk membersihkan sistem badan tidak lain tidak bukan adalah dengan minum air kosong dan mengambil serat yang mencukupi untuk memastikan sistem pencernaan berfungsi seperti biasa.
Disebabkan air detoks dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan, ramai menjadikan minuman ini sebagai pilihan.
Menurut Dubost, selebriti terkenal seperti Beyonce telah memasyhurkan penggunaan air detoks sebagai diet untuk menurunkan berat badan dalam filem lakonannya.
Dubost mengatakan, pengambilan air detoks walaupun ditambah dengan sirap, jus lemon, lada hitam atau garam sebenarnya tidak dapat membantu untuk meningkatkan kesihatan apatah lagi untuk melegakan perut yang masuk angin.
Air Detoks Tidak Bersalah!
Sememangnya air minuman detoks terbukti tidak menyebabkan kemudaratan secara langsung kepada badan.
Tetapi, ini tidak bermakna ianya terbukti berkesan untuk menjadi ‘air penawar’.
Ramai penjual detoks ‘menjual’ falasi dengan mengatakan air detoks mampu mengeluarkan toksin yang kononnya melekat pada lapisan usus.
Apa yang anda perlu lakukan cumalah masukkan herba, sayur atau buah yang berkhasiat mengikut keperluan anda.
Detoks dengan lemon adalah untuk lemak, angin, dan lain lain. Ada pula yang mengatakan detoks timun untuk kecantikan.
Jadi, tidak hairanlah ramai menganggap air detoks adalah air ajaib untuk menyelesaikan masalah kesihatan yang ada termasuklah untuk perut masuk angin.
Sebenarnya, usus tidak menyimpan toksin yang boleh menyebabkan anda sakit.
Jadi, tidak perlulah anda ‘membersihkan’ kolon dengan produk detoks yang ada di pasaran.
Tubuh Badan Mampu Menyingkirkan Toksin Dengan Sendiri
Betapa hebatnya tubuh manusia kerana ianya mampu menyingkirkan toksin dengan sendiri.
Tanpa bantuan mana-mana jus atau teh, tubuh manusia menyingkirkan toksin dengan peluh, kencing, dan melalui pencernaan.
Malang sekali ramai wanita dan lelaki tertarik pada iklan palsu pembersihan badan dengan detoks kerana air detoks mempunyai khasiat yang sangat sedikit jika anda bandingkan dengan memakan sebiji epal.
Kesan Sampingan Minuman Air Detoks
Disebabkan air detoks dianggap sebagai air ajaib untuk ‘flush’ segala kekotoran dalam badan, ramai yang minum air ini sahaja semata-mata untuk kurus.
Hal ini menyebabkan individu tersebut mengalami malnutrisi.
Ada yang mula mengambil suplemen bagi menambah semula nutrien yang sudah hilang.
Peminum detoks pula tidak menjadi lebih bertenaga, sebaliknya mereka menjadi penat, lemah dan lesu.
Boleh Minum Atau Tidak Air Detoks?
Sebenarnya, ada beberapa perkara dalam diet detoks yang boleh menjadi mudarat kepada kesihatan tubuh badan.
Sebagai contoh, air detoks dikatakan bagus untuk menghapuskan nutrien yang menyebabkan lemak pada badan.
Tetapi sebenarnya orang yang mengambil air detoks terdedah kepada risiko malnutrisi dan penyakit lain yang berkaitan.
Mereka yang mengambil air detoks sebagai air diet berisiko mengalami ketidakseimbangan elektrolit seperti natrium dan kalium.
Malah amalan detoks yang lain seperti pengairan kolon boleh mengeluarkan lemak sihat dan menyebabkan komplikasi lain seperti cirit-birit atau jangkitan darah.
Tambahan pula, wanita mengandung, pesakit yang mempunyai imuniti lemah atau penyakit kronik seperti jantung dan masalah buah pinggang tidak digalakkan untuk minum detoks.
Tidak dinafikan air detoks mempunyai manfaat kepada badan, namun ianya tidak dapat dibandingkan dengan khasiat diet yang seimbang.
Buat anda yang ingin kempiskan perut masuk angin, anda boleh cuba mengambil lebih serat yang memang terbukti untuk membantu proses pencernaan badan.
Kesimpulannya detoks masih kurang kelulusan saintifik untuk mengesahkan keselamatan dan kesan sebenar.
Air rendaman lemon tidak akan ‘membersihkan’ usus anda, sebaliknya usus akan bersih dengan sendiri secara semulajadi.
Ianya juga tidak dapat menyingkirkan toksin penyebab perut masuk angin.
Anda cuma perlu makan makanan yang berserat jika ingin ‘membuang’ dengan banyak.
Jadi jika anda ingin mulakan diet dengan mengambil air detoks, lakukannya dalam kadar selamat atau tidak berlebihan.
Untuk lebih selamat, anda dinasihatkan untuk rujuk kepada doktor anda.