
BEKAS PEMANDU TEKSI MINTA DOKTOR POTONG KAKI SEBAB TAK TAHAN SAKIT SANGAT!
Segalanya bermula dengan sakit di bahagian kaki. Mula-mula rasa kebas dan mencucuk, kemudian
diikuti berat badan susut secara mendadak dan jalan terakhir, kaki kiri akhirnya terpaksa dipotong.
30 tahun yang lalu, En Nasir disahkan menghidap kencing manis. Namun begitu, beliau mengakui
telah mengabaikan kesihatan dengan terus menjalani kehidupan seperti biasa seolah-olah tiada apa
yang berlaku. Keluar kerja di waktu pagi dan balik ke rumah lewat malam. Tiada masa untuk
bersenam. Makan minum pun tak jaga. Setiap hari minum minuman bergas berbotol-botol dan jika
berjumpa rakan pastinya teh tarik dan roti canai menjadi hidangan yang paling digemari. Waktu itu,
kesannya masih belum kelihatan dan beliau langsung tidak menyangka ia akan menjadi lebih teruk
selepas kakinya di potong.
En Nasir masih tidak boleh melupakan saat bagaimana keadaan kakinya menjadi semakin
memburuk. Ia bermula dengan hanya luka kecil di celah ibu jari dan luka tersebut mulai berubah
menjadi kehitaman. Apabila berjumpa doktor, hanya satu saja jawapan. Potong! Rupanya luka kecil
tersebut telah melarat dan langsung tidak disedari En Nasir. Sebaik pulang ke rumah pula, En Nasir
langsung tidak menjaga kesan luka ibu jari yang dipotong tadi dengan sebaiknya. Luka yang tidak
sembuh membuatkan ia terus merebak ke bahagian lain, sehinggalah akhirnya kaki kirinya pula
terpaksa dipotong bermula dari bawah lutut.
Kencing manis sememangnya pembunuh senyap. Kita hanya sedar apabila keadaan sudah menjadi
kritikal. Doktor memberitahu bahawa jika En Nasir masih terus dengan sikap sambil lewa terhadap
penjagaan kesihatan dirinya, berkemungkinan besar kaki kanan beliau pula akan dipotong.
Ngeri memikirkan kesakitan, keperitan dan kesukaran yang bakal di tanggung, En Nasir berikhtiar
dengan cara lain untuk merawat dan mengatasi masalah yang dihadapi. Isteri yang sangat prihatin
dengan keadaan suaminya menyarankan agar En Nasir mencuba suplemen Eskayvie Phytax sebagai
usaha untuk rawatan tambahan. Melihat banyak testimoni berjaya menunjukkan keberkesanan
Eskayvie Phytax bagi penghidap kencing manis, En Nasir bertawakkal semoga masih ada harapan
untuk menyelamatkan kakinya yang sebelah lagi.
Ternyata ia pilihan yang terbaik kerana semenjak mengamalkan Eskayvie Phytax, En Nasir
mendapati luka di kaki kanannya yang menunjukkan kesan kehitaman telah menghilang. Kakinya
kembali bersih dan cantik. En Nasir terasa sangat lega dan gembira kerana pada mulanya beliau
sudah rasakan tiada harapan lagi dan hampir hendak menyerahkan kaki kanannya untuk dipotong.
Sebolehnya En Nasir ingin bebas daripada kencing manis tetapi yang paling penting, beliau tidak
mahu kehilangan sebelah kaki lagi. Beliau sangat bersyukur kerana akhirnya ditemukan dengan
Eskayvie Phytax yang telah menyelamatkan kakinya yang satu lagi.
Penghidap kencing manis sebenarnya cenderung untuk mengalami masalah luka yang lambat
sembuh. Ini berpunca daripada salur darah yang tersumbat yang disebabkan oleh paras gula yang
berlebihan dalam darah. Keadaan ini memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana oksigen
dan nutrisi penting untuk penyembuhan luka tidak dapat disampaikan ke seluruh anggota badan.Pesakit juga mungkin tidak akan merasa sakit pada bahagian yang luka. Paling menakutkan apabila
luka kecil ini menjadi semakin teruk dan membusuk di mana hanya dengan memotong anggota
badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.
Namun terdapat anugerah alam yang boleh membantu mengatasi masalah ini iaitu biji anggur yang
mengandungi resveratrol dan kaya dengan OPCs (Oligometric Proanthrocyanidin Complex). Ia
memiliki keupayaan untuk merangsang gen anti-penuaan yang dinamakan ‘sirtuins’. Gen ini bukan
sahaja melambatkan proses penuaan, malah ia memberi jarak masa yang amat diperlukan bagi
pembaikpulihan kerosakan DNA agar replikasi sel akan dapat menghasilkan sel-sel baru yang lebih
sihat. Bahan aktif tersebut juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan
menggalakkan pertumbuhan kulit. Sayangnya ramai yang memilih untuk makan anggur tanpa biji
sehingga kehilangan khasiat resveratrol daripada biji anggur yang sangat diperlukan tubuh.
Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie
Phytax. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang.
BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan,
Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari www.phytax.com.m