1.Buah

Amalkan buah yang mencukupi. Kajian daripada FAMA menunjukkan bahawa pengambilan buah di kalangan rakyat Malaysia adalah 8 kali ganda kurang daripada apa yang disyorkan oleh WHO. Kajian daripada NHMS (National Health Morbidity Survey) menunjukkan 94.9 % rakyat Malaysia tak cukup pengambilan buah. Tabiat in kita harus ubah.
Buah yang mengandungi vitamin penting untuk tubuh badan seperti vitamin C. Antara buah yang kaya dengan vitamin C adalah seperti oren, jambu batu, kiwi, betik dan Buah Camu-Camu (kandungan vitamin c nya adalah sebanyak 30 hingga 60 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren, dan kandungan vitamin C nya mempunyai kadar penyerapan yang tinggi)
2. Protein

Protein merupakan makanan asas yang penting. Antara sumber protein yang kita boleh amalkan adalah seperti telur (mengandungi protein dan bioactive compound yang boleh bertindak untuk meningkatkan sistem imun badan seperti vitamin B, vitamin D dan zink). Pengambilan telur yang sihat adalah dengan menggunakan cara memasak seperti merebus, separuh masak dan elakkan telur yang digoreng.
3. Ikan

Pengambilan ikan penting kerana ikan mengandungi bahan-bahan yang penting untuk sistem imun kita seperti DHA, Omega 3 dan vitamin D. Antara ikan yang kaya dengan nutrisi ini adalah seperti ikan salmon, tenggiri dan sardin. Paling kurang kena makan ikan 3 kali seminggu.
4. Zink

Antara makanan yang kaya dengan zink adalah seperti tiram, tapi masalahnya tiram ni mahal jadi bukan mudah untuk kita ambil setiap hari. Keperluan badan terhadap zink adalah 11 mg sehari. Zink ini bertanggungjawab terhadap lebih daripada 300 enzim di dalam badan. Jadi, zink ini memang sangat penting untuk fungsi tubuh badan.
Antara sumber zink selain tiram adalah seperti buah delima, avocado, buah camu-camu, bayam, cendawan, bijirin, ayam, daging dan banyak lagi. Tiada masalah untuk kita dapatkan sumber-sumber ini, yang penting dapatkan dalam bentuk yang segar instead of ambil daripada sumber makanan terproses, makanan segera, ultra proses dan sebagainya.
5. Sayur

Merupakan kumpulan makanan yang paling sedikit diambil oleh rakyat Malaysia. Kandungan pinggan yang sihat adalah segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayuran. Kebiasaan yang kita selalu makan adalah sayur sikit je, nasi yang banyak.
Sayur ini juga sebenarnya mengandungi serat, di mana ia membantu mengawal gula darah. Sayur ini juga dapat menyihatkan probiotik dalam usus kita. Probiotik ini adalah kuman baik yang ada dalam usus kita, sesetengah saintis menyatakan bahawa 70 ke 80 % daripada sistem imun kita ini bergantung kepada tubuh badan kita.Namun, ramai rakyat Malaysia masih tak cukup makan sayur dan buah, jadi kita perlulah ambil daripada sumber yang lain.
Anda pernah dengar tak tentang Buah Camu-camu? Tak pernah?
Klik sini : https://eskayvie.com/