Minum Air Limau Nipis Sebelum Bersenam, Dapat Bakar 30% Lemak

Limau nipis memang bagus untuk kegunaan kecantikan dan kesihatan. Jika diamalkan dalam kehidupan, ia banyak membantu memelihara kesihatan. Namun, pengambilannya perlulah konsisten bagi menghasilkan hasil yang terbaik.

Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air. Air melaraskan suhu badan disamping membawa nutrien dan oksigen ke sel serta menghapuskan sisa yang tidak diperlukan oleh badan.

Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.

Tak gemar minum air kosong? Cuba campurkan air anda bersama buah sitrus seperti limau nipis, kasturi atau lemon.

Limau nipis mengandungi sumber vitamin A, B, C dan D, kalsium, zat besi, potassium, magnesium, fosforus dan zink. Ia juga kaya dengna flavanoids yang sangat baik untuk kesihatan salur darah.

Antara kebaikan air limau nipis adalah :

  • Tingkatkan sistem imun

Antioksidan membantu melindungi badan dari kerosakan badan dan mengelakkan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, tinggi kolesterol dan darah tinggi. Juga mempunyai flavanoids yang boleh membunuh bakteria dan mengelakkan jangkitan.

  • Kesihatan jantung

Limau nipis mengandungi kandungan magnesium dan potassium yang baik untuk kesihatan jantung. Ia juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi penyumbang utama kepada serangan jantung.

  • Mencantikkan kulit

Kaya dengan Vitamin C yang boleh menguatkan struktur kolagen dan membantu penghasilan kolagen dalam badan. Ini kerana badan akan kehilangan 1.5 peratus kolagen bermula umur 25 tahun.

  • Bantu penghadaman

Kandungan flavanoid dalam limau nipis dapat merangsan penghasilan enzim penghadaman. Sebaiknya amalkan air limau nipis sebelum makan. Juga boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai asid refluks. Disyorkan mengambil 2 sudu teh perahan limau nipis bersama air kosong setengah jam sebelum makan.

  • Langsingkan badan

Limau nipis dapat meningkatkan metabolisma badan terutamanya jika diambil pada waktu pagi. Vitamin C di dalam limau nipis juga membantu meningkatkan pembakaran lemak di dalam badan. Pengambilan air limau nipis sebelum senaman dapat membakar lemak 30% lebih banyak berbanding individu yang tidak mengambil air tersebut.

Jangan perah dalam air gula ya. Ambillah bersama stevia. Semoga bermanfaat.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini