Malu Perut Boroi Hingga Tak Mampu Bergaya?

0
544

Statistik terkini Kajian Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan 1 dari 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Peratusan ini telah meningkat daripada 44% pada tahun 2015 ke 50% pada tahun 2019. Separuh dari rakyat Malaysia kini berlebihan berat badan!

Terdapat dua jenis bentuk badan utama iaitu bentuk epal dan bentuk pear. Kajian mengatakan badan manusia yang berbentuk epal mempunyai jumlah lemak yang banyak bukan sahaja di bawah kulit tetapi juga terkumpul di dalam rongga perut sehingga menyelaputi organ. Keadaan ini dipanggil sebagai visceral obesity. Selain daripada di dalam rongga perut, lemak visceral juga boleh didapati pada hati dan juga celah usus.

Lemak di dalam perut ni sangat aktif dalam menghasilkan agen keradangan seperti adipocytokines. Bahan ini yang akan meningkatkan risiko penyakit-penyakit lain seperti kencing manis ataupun sakit jantung.

Saiz ukuran perut yang optimum bagi lelaki adalah tidak lebih daripada 35.5 inci, manakala untuk kaum wanita adalah tidak lebih 31.5 inci. Kajian mengenai lemak visceral mendapati, jika terdapat lebihan sebanyak 0.5g lemak dalam pankreas, ia dapat meningkatkan risiko untuk mendapat Diabetes.

Bagaimana untuk atasi perut boroi? Ada 3 tips pemakanan yang mudah untuk anda amalkan:

  • Elakkan gula putih

Gula putih mengandungi dua jenis molekul iaitu gabungan antara fruktosa dan glukosa. Glukosa diguna pakai oleh badan sebagai tenaga manakala fruktosa pula tidak boleh digunakan oleh badan anda. Fruktosa yang berlebihan boleh membahayakan dan ia hanya boleh diproses oleh hati dan menyebabkan banyak keburukan seperti masalah keradangan kronik, menghasilkan titisan lipid/lemak dan menghasilkan VLDL (kolesterol yang jahat). Pengambilan gula putih boleh ditukarkan kepada pemanis alternatif yang lebih selamat seperti daun stevia.

  • Lebihkan makanan bersifat protein dalam hidangan utama.

Pengambilan protein sebanyak 30% dalam diet harian akan mengurangkan craving/nafsu makan sebanyak 60%. Selain itu, kajian juga mendapati ia dapat meningkatkan metabolisma badan dengan membakar lebih 100 kalori serta mengurangkan 441 kalori harian. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan risiko peningkatan berat badan dan pengumpulan lemak visceral dalam badan.

  • Kurangkan pengambilan karbohidrat

Pengambilan karbohidrat terutamanya makanan ruji seperti nasi perlu dikurangkan. Kajian mendapati pengurangan karbohidrat dapat menurunkan selera makan individu. Diet kurang karbohidrat adalah 2-3x ganda lebih berkesan daripada diet rendah lemak untuk menurunkan berat badan. Hadkan pengambilan karbohidrat kepada sepenumbuk sahaja untuk setiap waktu makan.

Selain dari aspek pemakanan, senaman juga amat membantu untuk mengurangkan perut boroi. Cukup sekadar berjalan kaki selama 30 minit sehari mampu membantu anda menjadi lebih aktif sekaligus membantu menurunkan berat badan. Jadi jangan lupa bersenam dan amalkan tips yang dikongsikan ye.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here