Malu Perut Boroi Hingga Tak Mampu Bergaya?

Statistik terkini Kajian Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan 1 dari 2 orang dewasa di Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Ia telah meningkat daripada 44% pada tahun 2015 ke 50% pada tahun 2019.

Dalam kategori bentuk buah, manusia terdiri dari dua jenis bentuk, iaitu bentuk epal dan bentuk pear. Kajian mengatakan badan manusia yang berbentuk epal, jumlah lemak bukan sahaja banyak di bawah kulit namun lemak juga banyak terkumpul di dalam rongga perut. Ini dipanggil sebagai masalah visceral obesiti. Selain daripada di dalam rongga perut, lemak visceral juga boleh didapati pada hati dan juga celah usus.

Ukuran lilit pinggang yang optimum bagi lelaki adalah tidak melebihi 35.5 inci, manakala untuk kaum wanita adalah tidak melebihi 31.5 inci.

Kajian mengenai lemak visceral mendapati, jika terdapat lebihan sebanyak 0.5g lemak dalam pankreas, ia dapat meningkatkan risiko anda untuk mendapat Diabetes.

Tips atasi perut boroi

1.Elakkan gula putih

Gula putih mengandungi dua jenis molekul iaitu gabungan antara fruktosa dan glukosa. Glukosa boleh diguna pakai oleh badan sebagai tenaga manakala fruktosa pula tidak boleh digunakan oleh badan anda. Fruktosa yang berlebihan akan disimpan di dalam hati dan akan menyebabkan lebih banyak komplikasi yang serius seperti masalah hati berlemak, rintangan insulin, peningkatan asid urik dan banyak lagi.

2. Lebihkan makanan bersifat protein dalam hidangan utama.

Pengambilan protein sebanyak 30% dalam diet harian akan mengurangkan craving/nafsu makan sebanyak 60%.

Selain itu, kajian juga mendapati ia dapat meningkatkan metabolisma badan dengan membakar lebih 100 kalori serta mengurangkan 441 kalori harian. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan risiko peningkatan berat badan dan pengumpulan lemak visceral dalam badan.

3. Kurangkan pengambilan karbohidrat

Pengambilan karbohidrat terutamanya makanan ruji seperti nasi perlu dikurangkan. Kajian mendapati pengurangan karbohidrat dapat menurunkan selera makan individu.

Diet kurang karbohidrat adalah 2-3x ganda lebih berkesan daripada diet rendah lemak untuk menurunkan berat badan.

4. Tingkatkan pengambilan serat

Serat dapat membuatkan anda merasa kenyang dengan lebih lama. Amalkan segenggam protein, segenggam karbohidrat dan dua tapak tangan sayuran dalam setiap hidangan utama. Kajian menunjukkan dengan peningkatan pengambilan serat sebanyak 14 gram setiap hari dapat menurunkan berat badan sebanyak 2 kg dalam tempoh 4 bulan.

5. Senaman

Senaman secara istiqomah, sekurang-kurangnya berjalan kaki selama 30 minit dalam sehari dapat membantu anda untuk bergerak dengan lebih aktif. Kajian menunjukkan bahawa senaman penting untuk menurunkan berat badan. Contoh senaman lain adalah seperti jogging atau jalan kaki.

Senaman ini adalah lebih baik jika digabungkan dengan senaman penguatan otot. Senaman penguatan otot dapat membakar lemak selama 36 jam walaupun selepas senaman.

6.  Jejak progress untuk memotivasikan diri anda

Beli atau dapatkan mesin penimbang berat dan juga mesin yang boleh mengenal pasti jumlah lemak visceral di dalam badan. Ini akan memberi anda motivasi dan membantu anda lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan.

Bonus! 

Pengganti gula iaitu Xeero: Ia mempunyai rasa manis 300 kali ganda lebih manis dari gula dan tidak mempunyai kalori. Xeero bukan hanya mempunyai stevia, malah diperkaya dengan Vitamin B7 dan mineral kromium yang memberi banyak manfaat kepada kesihatan.

Jangan lupa kongsikan bacaan ini kepada keluarga anda yang tersayang.

Nak dapatkan Xeero? Klik sini : https://eskayvie.com/

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini