Makan Untuk Kurus

Berita gembira buat anda yang tidak boleh berdiet. Macam mana nak kekal berdiet kalau setiap hari orang rumah masak sedap-sedap kan? Ini akan menyebabkan kita terlebih makan dan mengalami kesukaran untuk turunkan berat badan.

Jadi bagaimana cara untuk kita makan tapi kekal kurus? Jom amalkan tips-tips di bawah.

  1. Makan mengikut PORSI

Pertama sekali,  periksa dahulu bagaimana dengan sukatan makanan kita? Adakah kita masih amalkan formula yang diberikan iaitu segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur-sayuran. Ini formula ajaib yang boleh turunkan berat badan dan kekal kurus walaupun anda makan tanpa mengikat perut. Kalau nak lebihkan porsi, lebihkan dekat sayur-sayuran. Apabila anda makan mengikut porsi, ini dapat membantu anda untuk rasa lebih kenyang secara berpanjangan.

  1.  Makan dengan TERTIB

Badan kita mempunyai dua mode. Iaitu mode bakar lemak serta mode simpan lemak. Secara tertibnya, jika hidangan itu mempunyai seketul ayam, sepinggan sayur-sayuran dan nasi goreng, apakah yang perlu di makan terlebih dahulu?

Mengikut TERTIBnya kita hendaklah makan makanan yang berasaskan protein terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan sayur-sayuran dan akhir sekali barulah nasi ataupun karbohidrat.

Jika anda mengamalkan TERTIB ini, anda dengan jayanya boleh menukarkan mode simpan lemak kepada mode bakar lemak.

Dengan cara TERTIB ini juga anda boleh turunkan gula dalam darah sebanyak 29% selapas 30 minit anda makan, 37% selepas 60 minit dan 17% selepas 120 minit waktu makan anda.

Amalan ini juga mampu menurunkan tahap rintangan insulin secara drastik selepas 60 ke 120 minit. Ini membuatkan anda kurang mengantuk selepas makan dan juga boleh meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. Ini akan mengurangkan risiko obesiti serta kencing manis.

  1. Mengambil air perahan lemon

Ada yang berkata lemon mempunyai asidik kerana ianya masam, namun tahukah anda apabila lemon masuk ke dalam perut ia akan bertukar menjadi alkali dan lemon juga kaya dengan vitamin c, kalsium, magnesium dan juga bioflavonoid. Dengan mengamalkan satu sudu besar jus perahan lemon sebelum makan, ia boleh memperlahankan kadar penyerapan gula ke dalam badan dan dapat mengurangkan rintangan insulin dan seterusnya mengurangkan risiko kencing manis. 

  1.  Aktifkan Glut 4

Apa itu Glut 4? Glut 4 ialah bahan pengangkut gula sama ada masuk ke dalam otot ataupun masuk ke dalam sel lemak. Untuk aktifkan Glut 4 dan memastikan apa yang dimakan terus ke otot dan bukannya sel lemak, amalkan 15 ke 30 minit sebelum makan untuk lakukan sedikit senaman.

Ianya tidak perlu lama cukup hanya tiga minit senaman dengan memberi fokus pada otot bahagian dada, belakang dan paha. Senaman yang dilakukan dengan cara yang laju sangat berkesan untuk aktifkan Glut 4 terus ke sel otot dan bukannya ke sel lemak.

  1. Grapefruit

Grapefruit ini hampir sama dengan buah limau gedang dan rasanya pula pahit-pahit manis.

Di dalam satu kajian menyatakan 91 orang yang obesiti dengan memakan separuh buah grapefruit, 30 minit sebelum makan, mengamalkannya selama 12 minggu berturut-turut mendapati purata berat badan menurun sebanyak 1.6kg.

Dari segi angkanya nampak kecil tetapi jika diamalkan secara berterusan ia memberikan kesan yang baik kepada kesihatan. Namun perlu diberi perhatian, grapefruit ini boleh berinteraksi dengan ubat darah tinggi dan juga selsema.

Untuk itu, cara terbaik ialah dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Selain itu grapefruit ini juga mampu turunkan gula dalam darah dan ia adalah baik untuk penghidap kencing manis. 

  1. Minum air sejuk

Tahukah anda dengan meminum air sejuk (bukan suhu bilik) 30 minit sebelum makan sebanyak 500ml juga membantu untuk turunkan berat badan.

Dalam kajian Obesiti Journal 2010 mendapati dengan mengamalkan minum air sejuk sebelum makan ini dapat meningkatkan penurunan berat badan sebanyak 44% dalam masa 12 minggu.

Bagaimana ia boleh berlaku? Caranya ialah, air sejuk ini apabila kita minum badan akan bertindak balas dengan air sejuk untuk turunkan hingga sama ke suhu badan. Dalam tindak balas ini, tenaga bekerja dengan keras dan ia membuatkan pembakaran kalori berlaku. 

Amalkan tips-tips ini secara istiqomah untuk dapatkan penurunan berat badan ke paras yang ideal.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini