Siapa di sini penggemar kopi? Anda pernah dengar tak kopi boleh membantu untuk menurunkan berat badan?
Kopi sememangnya mengandungi banyak khasiat. New England Journal of Medicine ada mengeluarkan satu journal di mana di dalam kajian yang telah dilakukan selama 13 tahun, individu yang mengamalkan 2-3 cawan kopi sehari dapat melanjutkan usia sebanyak 10%- 15%. Diterangkan lagi antara manfaat yang boleh didapati bagi mereka yang mengamalkan kopi antaranya adalah
- Mengurangkan risiko kencing manis
- Mengurangkan risiko penyakit nyanyuk
- Membantu menguatkan daya ingatan
- Mengurangkan risiko kerosakan hati
- Meningkatkan mood ceria
Bagaimana pula dengan fungsi kopi untuk menguruskan badan?
Di dalam kopi mengandungi kandungan kafein yang boleh meningkatkan metabolisma badan. Apabila metabolisma badan meningkat, badan akan mudah untuk membakar lemak.
Kopi juga mampu meningkatkan kadar “resting metabolic rate” iaitu kadar metabolisma badan ketika rehat sebanyak 3%-11% bergantung kepada jumlah kopi yang diambil.
Kopi juga mempunyai kandungan asid klorogenik yang boleh membantu dalam mengurangkan penyerapan karbohidrat jadi bukan sahaja bagus untuk turunkan berat badan malahan bermanfaat untuk mereka yang ada kencing manis.
Kopi juga boleh membantu untuk mengawal selera makan. Cuba amalkan minum kopi 15 minit sebelum makan dan ini boleh membantu untuk mengelakkan anda dari terlebih makan.
Adakah semua jenis kopi boleh membantu dalam menguruskan perut?
Elakkan pemilihan kopi yang 3 dalam 1 kerana kebanyakan kandungan kopi 3 dalam 1 ini mempunyai gula yang tinggi serta lemak tepu (trans fat) . Dua kandungan ini akan meningkatkan keradangan kronik dan meningkatkan rintangan insulin. Rintangan insulin akan menyebabkan sel-sel badan tidak sensitif terhadap insulin, menjadikan lebih banyak insulin dihasilkan serta lebih sukar untuk lemak dibakar. Lebih mudah untuk berat badan bertambah. Selain itu, masalah keradangan kronik akan meninggikan risiko untuk mendapat penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi dan kolestrol tinggi.
Pemilihan kopi yang mesra perut sangat digalakkan supaya tidak menyebabkan rengsa perut dan boleh diambil ketika perut kosong. Kopi yang mesra perut sebenarnya bergantung kepada 3 kriteria di bawah :
- Jenis biji kopi – biji kopi Arabika mempunyai tahap keasidan yang renda
- Cara dipanggang – “dark roasted” lebih baik dalam mengurangkan tahap asid dalam perut
- Cara “brew” – “cold brew” adalah lebih baik kerana akan mengurangkan tahap asid biji kopi tersebut.
Bagaimana cara untuk amalkan diet kopi dengan betul supaya dapat turunkan berat badan?
- Amalkan 3 cawan kopi sehari
- Pilih kopi yang betul – mesra perut, tidak ada kandungan gula dan lemak tepu
- Perlu disertakan dengan senaman kerana boleh membantu dalam meningkatkan pembakaran lemak serta mencairkan lemak
Anda penggemar kopi dan nak kurus dengan mengamalkan kopi? Jangan lupa untuk cuba tips-tips di atas.