Ramai yang tidak sedar mereka mempunyai GERD. 50 % peningkatan penderita GERD akibat kesan pandemik dan dianggarkan 1.03 billion penduduk dunia kini mengalami masalah tersebut.
GERD didefinisikan apabila anda ada mengalami gejala-gejala refluks 2 kali atau lebih dalam seminggu. Apabila perkara ini berterusan, anda berkemungkinan mempunyai masalah GERD. GERD adalah singkatan kepada :-
𝐆 – Gastro bermaksud perut
𝐄 – Esophageal atau esofagus bermaksud saluran yang menghubungkan perut sampai ke tekak
𝐑 – Refluks bermaksud naik kembali
𝐃 -Disease bermaksud penyakit
SIMPTOM BIASA GERD
- Pedih ulu hati
- Sakit dada
- Rembesan air liur meningkat
- Sendawa
- Angin/kembung
- Loya/muntah
- Sensitif terhadap makanan tertentu
- Tidur terganggu
SIMPTOM TIDAK BIASA GERD
- Batuk berterusan
- Sakit tekak kronik
- Sukar menelan/makanan tersangkut
- Asthma
- Suara serak
- Nafas berbau
- Masalah gigi dan gusi
- Tekak rasa masam
Faktor pencetus GERD :

1. Makan berlebihan : Amalkan separuh pinggan sayur, suku pinggan nasi, suku pinggan protein. Isi ⅓ perut dengan makanan, ⅓ lagi dengan minuman dan ⅓ dengan udara.
2. Tidur sejurus selepas makan : Jarakkan 3 jam antara waktu makan terakhir dengan waktu tidur. Sebab itu, makan sebelum maghrib adalah yang tabiat yang paling bagus.
3. Makanan pencetus GERD (bergantung kepada individu)
- Makanan berlemak dan bergoreng.
- Makanan pedas dan masam. Jika anda teringin makan makanan masam, anda boleh ambil semasa waktu makan atau selepas makan.
- Bawang putih, bawang besar
- Tomato dan buahan sitrus
- Keju dan produk tenusu
- Coklat
4. Minuman berkafein dan soda
5. Ubat-ubatan tertentu
- NSAIDs (Ponstan, Voltaren, Synflex) dan aspirin – Jangan sesekali makan ketika perut kosong. Ambil selepas makan
- Ubat darah tinggi – calcium channel blocker, beta blocker
- Antibiotik – Tetracycline, Erythromycin
- Anti-anxiety – Diazepam
- Zat besi
- Ubat GERD – antacid, proton pump inhibitor. Tiada masalah timbul apabila kita makan dalam tempoh tertentu. Jika diambil secara berterusan, tahap keasidan perut akan menjadi terlalu rendah menyebabkan kita sukar untuk menghadamkan makanan. Apabila makanan tidak dihadam, kuman-kuman dalam perut yang akan bantu hadamkan makanan dan menghasilkan bahan kumuh seperti gas. Gas inilah yang akan menyumbat di bahagian ulu hati dan menyebabkan tekanan sehingga perut kita menjadi distended. Keadaan ini akan menyebabkan injap menjadi longgar dan akhirnya gas keluar sekali dengan asid tadi.
6. Wanita mengandung : Kandungan mengambil ruang didalam perut sehingga menyebabkan perut ditekan. Jika kita makan lebih, ia akan mudah tertolak ke atas.
7. Memakai korset
8. Hernia
9. Obes
10. Anxiety : Apabila kita gelisah, perubahan hormon dalam badan akan berlaku. Ini menyebabkan injap perut menjadi longgar dan otot perut menjadi keras lalu tidak dapat mengembang dengan elok. Hal ini akan menyebabkan tekanan dan mengeluarkan isi perut. Ini akan memudahkan refluks. Kadar penghasilan asid juga bertambah semasa kita gelisah. Anxiety bukan sahaja mencetuskan GERD. Malah GERD juga boleh menyebabkan anxiety. Kitaran ini berulang. Oleh itu, amat penting untuk kita putuskan kitaran ini dengan mengeluarkan hormon serotonin (hormon ceria) melalui senaman.
Nasihat am bagi mengatasi masalah GERD :
1. Elakkan pencetus GERD
2. Kuruskan badan
3. Pantang makanan/minuman pencetus, bergantung kepada individu
4. Makan berpada-pada, jangan makan terlajak. Amalkan makan sikit-sikit tetapi kerap
5. Elakkan berbaring selepas makan
6. Elakkan tidur kurang 3 jam selepas makan
7. Ambil posisi tidur dengan bantal tinggi sedikit (6-8 inci)
8. Elakkan sembelit – minum air cukup, makan sayuran hijau dengan cukup
Bermanfaat? Kongsikan bersama yang tersayang