Kerap Demam Dan Selesema? Jaga-Jaga, Antibodi Anda Mungkin Lemah !

Pernah tak anda kira, berapa kali anda atau ahli keluarga terdekat mengalami demam dan selesema dalam masa sebulan? Sekiranya lebih daripada dua kali, ketahuilah bahawa antibodi berada dalam keadaan yang lemah!

Perkara ini sangat membimbangkan, tambahan pula kita sedang hidup dikelilingi oleh virus pembunuh yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. 

Betul, tidak mudah untuk terus hidup dalam persekitaran endemik. Namun, kita tiada pilihan yang lain selagi tidak ada penawar yang betul-betul boleh menghapuskan virus dari muka bumi ini. 

Jadi, bagaimana nak pastikan antibodi sentiasa berada pada tahap yang bagus, agar tidak mudah penyakit seperti demam dan selesema melekat? Teruskan bacaan anda. 

Kawal pemakanan anda. Pemakanan anda boleh membantu menguatkan sistem imun badan. Ini kerana, apabila badan menjadi semakin sihat, secara langsung antibodi menjadi lebih kuat kerana mendapat khasiat yang sepatutnya daripada pemakanan yang betul. 

Jadi penting untuk anda kawal corak pemakanan dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang sesuai, tidak mengandungi gula, garam dan lemak yang berlebihan. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dan elakkan makanan segera yang boleh memudaratkan tahap kesihatan anda. 

Kerap lakukan aktiviti luar. Gaya hidup yang sihat bukan sahaja secara mengawal pemakanan, tetapi dengan kekal aktif melalui aktiviti-aktiviti luaran seperti berlari, bersenam dan sebagainya. Kalau tak mampu nak lakukan senaman yang ekstrim, berjalan kaki 30 minit setiap hari secara istiqamah sudah memadai. Sebarang aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh, dapat menguatkan tubuh badan anda, sekaligus boleh membuatkan sistem imun badan anda juga bertambah baik. 

Pastikan anda mendapatkan tidur yang cukup. Penting untuk anda mendapatkan tidur serta rehat yang cukup untuk pastikan anda sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. 

Walau sesibuk mana pun anda, anda kena pastikan anda dapatkan tidur sekitar 7 ke 8 jam setiap hari untuk pastikan tubuh dan minda anda berada dalam keadaan yang baik. Ramai yang mengambil remeh isu tidur ini sehingga ada yang tiba-tiba rebah. Akhirnya, sistem imun juga terganggu menyebabkan penyakit lain mudah singgah. 

Ambil vitamin tambahan yang terbaik. Mengambil vitamin tambahan yang terbaik merupakan salah satu cara untuk membuatkan sistem imun badan anda tidak lemah dan tubuh sentiasa berada dalam keadaan sihat. 

Vitamin C merupakan vitamin utama yang sangat diperlukan bagi membantu tubuh menjadi lebih segar dan tidak lesu. Tahukah anda?  Vitamin C telah dicadangkan untuk merawat jangkitan pernafasan sejak tahun 1930-an. Vitamin ini  menjadi terkenal pada tahun 1970-an apabila pemenang hadiah Nobel, Linus Pauling membuat kesimpulan hasil daripada kajian terkawal  bahawa vitamin C boleh mencegah dan mengurangkan selesema biasa.

Eskayvie Diffenz mengandungi vitamin C yang diperlukan oleh tubuh kita. Selain membantu anda menjadi lebih sihat, sistem imun badan anda juga akan terpelihara dan sistem pernafasan anda juga turut bertambah baik. Ini kerana, Eskayvie Diffenz ini merupakan ramuan khas dengan gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi iaitu Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin D dan Vitamin C.

Jadi tak hairanlah kenapa ramai yang memilih untuk mengambil Eskayvie Diffenz sebagai suplemen harian mereka terutama sekali dalam keadaan varian Covid-19 yang semakin mengganas ini. 

Anda juga boleh dapatkan Eskayvie Diffenz ini sebagai ikhtiar untuk menjaga kesihatan dalaman anda. Dengan adanya cukup vitamin C dalam 1 tablet Eskayvie Diffenz ini, sistem pertahanan badan anda akan lebih terlindung. Anda boleh layari laman web www.eskayvie.com untuk maklumat lanjut. 

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini