Setiap penyakit ada ubatnya termasuklah penyakit kencing manis.
Kencing manis atau diabetes ini merupakan salah satu jenis penyakit yang berbahaya kepada kesihatan kita. Penyakit ini disebabkan oleh badan yang tidak dapat menghasilkan insulin atau badan tidak dapat menggunakan insulin dengan berkesan.
Fungsi insulin dalam badan adalah untuk mengawal paras gula. Kekurangan atau kekurangan sensitiviti hormon insulin ini boleh mendorong kepada penyakit kencing manis.
Terdapat dua jenis diabetes iaitu:
- Diabetes Jenis 1
- Diabetes Jenis 2
Dalam artikel ini, anda akan mengetahui apa itu kencing manis, ubat kencing manis dan cara mengawal paras gula.
Apa itu Kencing Manis?
Kencing manis atau diabetes ini merupakan penyakit yang berpunca daripada paras gula yang tidak terkawal.
Ia dikategorikan sebagai penyakit metabolik kronik yang menyebabkan tahap gula meninggi dalam darah.
Faktor utama yang menyebabkan tahap gula dalam darah ini meningkat adalah kerana badan tidak dapat menghasilkan insulin dengan cukup atau sel badan tidak dapat menggunakan insulin tersebut dengan efisien.
Insulin merupakan hormon yang dirembeskan oleh pankreas apabila adanya glukosa daripada makanan atau minuman yang masuk ke dalam badan.
Hormon ini akan membawa gula ke sel-sel untuk diguna pakai sebagai tenaga. Jika insulin tidak dapat digunakan oleh sel badan (rintangan insulin), paras gula akan kekal tinggi di dalam darah. 90% pesakit kencing manis mengalami masalah ini dan ia dipanggil sebagai Kencing Manis Jenis 2.
Tanda Awal Kencing Manis
Anda mengalami masalah-masalah seperti berikut? Hati-hati, anda mungkin menghidap kencing manis.
- Kebas
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan rasa kebas dan mencucuk tidak patut dipandang ringan kerana ia merupakan salah satu tanda utama kencing manis.
Kebiasaannya, kebanyakan penghidap kencing manis akan mengalami gejala kerosakan saraf atau lebih dikenali sebagai painful Diabetic Peripheral Neuropathy (DPN).
Dianggarkan kira-kira 60% pesakit kencing manis akan mengalami masalah kebas ini.
Namun, satu perkara yang selalu sangat terjadi, pesakit di negara ini tidak memandang serius petanda ini dan mereka hanya mula berjumpa dengan doktor apabila sudah terlambat.
Terlambat di sini bermaksud penyakit yang mereka hadapi menjadi semakin teruk dan mereka memerlukan rawatan yang lebih serius.
Oleh itu, jika anda mula rasa kebas, mencucuk, renjatan, panas, kesakitan yang berdenyut-denyut, dan kepedihan, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera.
- Luka lambat sembuh
Jika luka pada badan anda lambat sembuh, anda berkemungkinan berisiko menghidap penyakit kencing manis.
Mengapa ini boleh berlaku? Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan luka lambat sembuh.
Antaranya, tahap gula darah yang tinggi akan menyebabkan sistem imun badan terhalang daripada berfungsi seperti biasa.
Oksigen dan nutrien yang sepatutnya memberikan tenaga kepada sel juga akan terhalang.
Selain itu, sistem imun penghidap kencing manis menjadi kurang responsif.
Untuk pengetahuan anda, sel imun berperanan penting menyembuhkan luka. Jadi, apabila sistem imun terkesan, maka luka anda juga lambat sembuh.
- Letih
Tahukah anda keletihan juga merupakan satu gejala kencing manis?
Keletihan dan kelesuan adalah berpunca dari tahap gula dalam darah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah.
Pesakit diabetes akan mengalami keletihan apabila paras glukosa dalam darah tinggi.
Peningkatan paras glukosa dalam darah berlaku dalam dua keadaan; insulin tidak mencukupi dan insulin tidak berfungsi dengan berkesan.
Insulin adalah diperlukan untuk mengangkut glukosa dari darah ke dalam sel-sel untuk membekalkan tenaga.
Apabila kandungan insulin diperlukan tidak mencukupi atau tidak berfungsi dengan berkesan, darah tidak dapat membekalkan tenaga yang mencukupi kepada sel-sel.
Akibatnya, pesakit akan rasa letih dan tidak bertenaga.
Keletihan juga berlaku kepada mereka yang mempunyai paras glukosa dalam darah yang rendah.
Ini berpunca dari pengambilan karbohidrat yang tidak mencukupi yang menyebabkan badan tidak mendapat tenaga yang diperlukan.
Jika anda kerap rasa letih pada waktu pagi, paras gula dalam darah anda mungkin terlalu tinggi atau rendah!
- Mata Kabur
Diabetes juga dapat memberi kesan terhadap penglihatan seperti kerosakan terhadap struktur mata, ulser mata, katarak, dan retinopati.
Ia disebabkan oleh salur darah yang rosak. Kerosakan ini menyebabkan organ-organ penting dalam badan mengalami masalah kekurangan bekalan oksigen.
Jika organ mata tidak mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, ia akan menyebabkan sel-sel mula lemas dan mati. Gula yang tinggi juga mendorong kepada kerosakan pada retina atau dikenali sebagai renopati.
10 Cara Mengawal Paras Gula
- Kerap Bersenam
Senaman adalah salah satu cara yang boleh membantu mengurangkan paras gula dalam darah. Perkara ini terjadi apabila insulin akan menjadi lebih peka dengan paras gula.
Apabila kepekaan insulin meningkat, sel-sel yang memerlukan insulin atau sel yang mengandungi paras gula yang tinggi dapat digunakan dengan baik.
Selain itu, bersenam juga dapat membantu menurunkan berat badan yang akan membantu badan untuk menjadi lebih sihat.
- Hadkan Pengambilan Karbohidrat
Gula yang hadir di dalam darah adalah disebabkan oleh penukaran karbohidrat yang telah diambil melalui makanan. Insulin akan bertindak untuk memindahkan gula ke dalam sel dan diguna pakai sebagai tenaga.
Paras gula glukosa akan meningkat sekiranya pengambilan karbohidrat tidak dikawal. Ini akan mengganggu fungsi insulin.
Akibatnya, paras gula dalam darah terus meningkat kerana kegagalan insulin untuk mengawal kandungan karbohidrat yang tinggi.
- Pengambilan Air Yang Banyak
Pengambilan air yang cukup amat penting untuk membantu badan mengeluarkan lebihan gula di dalam darah. Pesakit kencing manis juga terdedah dengan risiko dehidrasi disebabkan oleh masalah kerap kencing yang dihidapi. Oleh sebab itu, pengambilan air yang mencukupi amat penting untuk pesakit kencing manis.
- Kerap Memerhatikan Paras Gula
Pemeriksaan secara berkala amatlah digalakkan oleh mana-mana individu. Ini akan membantu mereka untuk lebih peka dengan paras gula mereka.
Melalui pemeriksaan juga, individu akan sedar apa yang mereka perlu lakukan sama ada perlu mengawal atau perlu menurunkan paras gula dalam darah.
- Tidur Yang Cukup
Masa tidur yang tidak mencukupi atau tidak menentu juga dapat menjejaskan kesihatan. Tabiat tidur yang tidak teratur akan mengganggu kepekaan insulin paras gula dalam darah.
Melalui tabiat ini, selera makan akan meningkat dan menyebabkan berat badan meningkat. Kemungkinan untuk paras gula dalam darah meningkat juga tinggi.
- Pengambilan Serat Yang Mencukupi
Fungsi serat dalam badan adalah melambatkan pencernaan karbohidrat dan penyerapan gula. Ini akan mempengaruhi peningkatan paras gula dalam darah.
Pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan juga bijirin adalah amat digalakkan kerana ini antara makanan yang mengandungi serat yang tinggi
- Kawal Pengambilan Makanan
Kawal tidak bermaksud menghadkan. Malah kawal ini membawa maksud memilih makanan yang betul. Contohnya, pemilihan makanan yang berkarbohidrat dan berkalori yang mencukupi.
Pengambilan kalori haruslah dikawal setiap hari dengan mengamalkan cara pemakanan yang bersaiz kecil atau sederhana.
- Pengambilan Magnesium dan Kromium
Kekurangan mineral kromium dan magnesium juga antara punca penyakit diabetes.
Kromium berfungsi untuk mengawal gula dalam darah. Manakala, magnesium dapat merendahkan paras gula.
Oleh itu, kekurangan magnesium dan kromium boleh menyebabkan risiko untuk menghidap diabetes lebih tinggi.
- Kawal Tekanan Dalam Diri
Hormon yang dirembeskan apabila berlakunya tekanan adalah hormon glukagon dan kortisol. Hormon ini dapat mempengaruhi paras gula dalam darah.
- Pengambilan Makanan Rendah Indeks Glisemik
Fungsi indeks glisemik adalah untuk menilai tindak balas gula dalam darah terhadap makanan yang mengandungi karbohidrat.
Pesakit diabetes Jenis 1 dan 2 dapat mengurangkan paras gula dalam darah untuk jangka masa yang panjang apabila mengamalkan pemakanan yang rendah indeks glisemik.
Kesimpulannya, penyakit diabetes ini amat berbahaya kepada semua masyarakat. Tiada istilah memandang remeh dalam menjaga paras gula dalam darah.
Bagi pesakit diabetes, gula yang tinggi dalam darah boleh menyebabkan kerosakan pada saraf dan ia dipanggil sebagai diabetik neuropati.
Aliran darah yang terganggu di sekitar saraf menyebabkan sel saraf lemas. Oleh itu, penjagaan amalan gaya hidup sihat seperti pemakanan, tidur, dan senaman perlu diamalkan.
Selain itu, pengambilan suplemen juga mempunyai peranan yang amat penting dalam proses membaikpulih sistem dalaman badan serta membantu tubuh anda untuk kembali pulih daripada penyakit kencing manis. Sumber fitonutrisi yang terdiri daripada buah-buahan dan tumbuhan adalah anugerah semulajadi yang boleh dijadikan sokongan kepada mencegah punca, komplikasi dan cara bagaimana untuk mengatasi kencing manis. Fitonutrisi ini boleh didapati di dalam Eskayvie Phytax.
Hilangkan kebas, sembuhkan luka dengan cepat dan kembali segar bertenaga dengan Eskayvie Phytax. Layari www.phytax.com.my dan dapatkan sekarang.
BONUS: Konsultasi dan bimbingan PERCUMA selama 14 hari bersama Doktor Perubatan, Nutritionist dan Dietitian di program Kawal Kencing Manis. Info lanjut, layari www.phytax.com.my
Dapatkan Produk Eskayvie Anda Di Sini