Kencing Berbuih, Tanda Rosak Buah Pinggang?

Buah pinggang adalah salah satu organ yang paling penting dalam tubuh badan kita. Banyak fungsi buah pinggang yang perlu dikekalkan bagi membolehkan kita hidup dengan sihat dan normal.

Kegagalan buah pinggang untuk berfungsi dengan baik akan menyebabkan masalah kesihatan yang teruk. Justeru, pesakit buah pinggang yang serius perlu menjalani dialisis bagi membersihkan darah dari bahan toksik yang merbahaya.

3D Illustration von menschlichen Nieren mit Querschnitt

Air kencing berbuih ini mungkin boleh terjadi hasil daripada beberapa perkara. Tetapi, adakah normal apabila air kencing berbuih? Kencing berbuih ini boleh menjadi tanda anda mempunyai masalah kesihatan, terutamanya buah pinggang.

Punca lain kencing berbuih termasuklah,

  1. Kelajuan kencing
    • Air kencing berbuih jika ia terkena mangkuk tandas dengan cepat. Buih jenis ini hilang dengan pantas.
  2. Dehidrasi
    • Air kencing anda akan menjadi lebih pekat jika badan perlukan air yang mencukupi. Ini menyebabkan seseorang tidak minum air yang mencukupi akan mengalami kepekatan air kencing.
  3. Protein dalam air kencing
    • Satu fungsi penting buah pinggang adalah untuk menapis protein dalam darah. Protein ini melaksanakan fungsi penting dalam badan seperti mengekalkan keseimbangan cecair.
    • Sekiranya seseorang mengalami kerosakan atau penyakit buah pinggang, protein boleh bocor dari buah pinggang ke dalam air kencing. Hasilnya dikenali sebagai proteinuria, yang bermaksud “protein dalam air kencing.”
  4. Kencing manis dan darah tinggi
    • Kencing manis boleh menjejaskan tahap insulin badan dan tekanan darah tinggi boleh menjejaskan aliran darah ke buah pinggang dan akan merosakkan fungsi mereka.
  5. Jangkitan kuman
    • Sesetengah jangkitan boleh menjangkiti penapis buah pinggang secara langsung dan yang lain menyebabkan keradangan yang boleh menjejaskan fungsi buah pinggang.
  6. Mengambil ubat secara berterusan
    • Jika mengambil ubat tahan sakit secara kerap, air kencing akan kelihatan berbuih berbanding biasa, Pil seperti NSAID (ubat tahan sakit) boleh menyebabkan tahap protein yang tinggi dalam air kencing. Mengambil ubat tahan sakit secara berterusan akan menyebabkan kerosakan buah pinggang.

Kencing yang berlaku sekali sekala adalah normal dan ia boleh diatasi dengan langkah-langkah tertentu. Namun, jika masalah ini terus berlarutan, pemeriksaan buah pinggang di klinik/hospital berdekatan adalah diperlukan. Bacaan Kadar Penurasan Glomerular (eGFR) adalah salah satu kaedah yang digunakan untuk menentukan fungsi buah pinggang individu.

Ingin tahu langkah untuk elakkan kencing berbuih? Klik sini.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini