Kenapa Buah Manis Boleh Makan Tapi Makanan Manis Tak Boleh?

Kami yakin, ramai di antara anda yang selalu bertanya tentang perkara ni, betul tak? Kenapa buah manis boleh dimakan tapi makanan manis tak boleh, sedangkan dua-dua manis? Kenapa dan mengapa? 

Pertama sekali, penting untuk anda tahu apakah itu gula dan juga jenis-jenis gula yang ada. Gula merupakan makanan yang tergolong dalam kumpulan karbohidrat yang akan dicerna dalam tubuh untuk menjadi sumber tenaga.

Tahukah anda, gula terdapat dalam 2 jenis ? 

Yang pertama ialah gula semulajadi iaitu gula yang wujud dalam makanan, seperti buah-buahan (fruktosa) ataupun susu (laktosa).

Yang kedua ialah gula tambahan iaitu gula yang ditambah ke dalam makanan ataupun minuman, diproses untuk mengeluarkan rasa makanan tersebut. 

Jadi di sini, dah nampak kan kenapa gula dalam buah anda boleh makan tanpa perlu risau, dan anda perlu kawal gula dalam makanan? 

Kenapa anda perlu kawal gula dalam makanan? Ini antara perkara yang ramai orang kita ambil ringan, sebab dahulukan kesedapan makanan,daripada kesihatan badan.

Pengambilan gula tambahan yang berlebihan bukan sahaja akan menyebabkan pertambahan berat badan secara berlebihan, tetapi juga anda akan berisiko tinggi untuk menghidap penyakit yang merbahaya seperti kencing manis (jenis 2), sakit jantung dan juga kanser. Oh ya! Gula juga boleh menghakis gigi dan menjejaskan tahap kesihatan anda.

Jadi, tak boleh ke nak makan gula lepas ni? Semestinya boleh, tapi wajib ambil dalam kuantiti yang terkawal ya.

Bagaimana nak ambil gula dan kekal sihat? Ikutlah saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (2015), di mana hanya 5 sudu teh bersamaan 25gram gula sahaja boleh diambil sehari.

Selain daripada kawal pengambilan gula seharian, anda juga boleh cuba Eskayvie Phytax, minuman botani dirumus khas dengan campuran sinergi 12 ekstrak bahan fitonutrisi daripada Biji Anggur, Teh Hijau, Kulit Pokok Pain, Buah Delima, Durian Belanda, Kranberi, Beri Biru, Roselle, Tomato, Acai Beri, Algae Hijau dan Manggis. Disatukan dalam satu campuran tulen sebagai bahan makanan tambahan yang mampu membantu masalah 3 serangkai seperti kencing manis, darah tinggi dan kolesterol. 

Nak saya bantu dapatkan Eskayvie Phytax?

Klik sini : https://eskayvie.com/

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini