Kanak-kanak pun STRES! Atasinya dengan 7 TIPS ini

Sesetengah ibu bapa mungkin tidak perasan yang anak mereka sedang stres disebabkan oleh perubahan anak-anak yang tidak begitu jelas. Menurut National Health Morbidity Survey pada tahun  2019 dikatakan 424,000 kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah minda termasuklah stres dan anxiety.

Pertama sekali kita kena faham apa stres itu apa sebenarnya? Stres adalah tindak balas badan terhadap sesuatu perkara yang melibatkan perubahan dalaman, emosi termasuklah tindakan. Stres ini penting. Ketika akut stres, badan akan mewujudkan tindak balas fight-or-flight, maksudnya tindak balas samada ingin lawan atau lari. Sewaktu nak lawan tu, prestasi badan akan meningkat untuk berhadapan dengan sebarang perkara yang berlaku. Sebab tu akut stres ni sangat penting tidak kiralah pada kanak-kanak, dewasa, atau di tempat kerja. Tetapi kalau ia berlaku secara berlarutan, ini yang jadi masalahnya dan ia boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan termasuklah mengubah struktur otak kita. Jadi apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk atasi stres dalam kalangan kanak-kanak ini?

1. Wujudkan persekitaran yang sihat di rumah

Jadikan keadaan di rumah satu keadaan yang relaks, mempunyai persekitaran yang aman, tenang dan damai. Adakan rutin harian untuk anak-anak anda. Dan pastikan rumah itu selamat.

2. Pantau pergerakan dan aktiviti anak-anak

3. Berikan sokongan pada anak-anak

Libatkan anak-anak dengan aktiviti yang mereka minat seperti bermain alat muzik, bermain bola sepak dan sebagainya. Berikan galakan dan sokongan. Ini sebenarnya akan menimbulkan keceriaan dan keseronokan kepada mereka.

4. Berbincang dengan anak-anak

Slow talk dengan anak-anak sekiranya kita tahu akan berlaku sesuatu perkara yang buat mereka stres. Sebagai contohnya, terpaksa berpindah rumah dari KL ke Perlis jadi anak-anak akan berpisah dengan kawan-kawan baik mereka. So benda ini boleh menyebabkan mereka stres kerana terpaksa tinggalkan kawan-kawan dan kena pula cari kawan baru. So sebagai ibu bapa kita kena sit down dengan anak dan fahamkan mereka apa yang berlaku. Jangan biarkan perkara ini berlaku dengan mengejut. Ini semua boleh bantu untuk meredakan kadar stres.

5. Berpada dalam mendisiplinkan anak-anak

Elakkan daripada maki-hamun dan pukul-memukul. Sekarang ni memang mereka akan ikut apa yang kita cakap tapi perkara ni boleh memberi kesan apabila mereka besar nanti di mana mereka jadi orang yang timid, takut nak ke depan dan sebagainya. Sebab itu kita kena set a clear guideline apa yang boleh dibuat dan apa yang tak boleh dibuat. Kalau mereka langgar juga, adakan disiplin yang lebih proaktif seperti contoh kalau anak tak kemas bilik, kita sekat penggunaan handphone mereka. Tak semestinya kena guna rotan je untuk disiplinkan anak.

6. Jadi pendengar yang baik

7. Terapkan gaya hidup sihat

Pastikan anak-anak mendapat tidur yang cukup selama 7-8 jam, bersenam dengan mereka secara berkala dan jaga pilihan makanan mereka (kurangkan makanan bergula, bergoreng, fast food, junk food. Lebihkan makan ikan, sayur dan buah).

Kini kita dah tahu serba-sedikit tentang perkara yang boleh ibu bapa lakukan untuk bantu atasi stres anak-anak. Tapi macam mana pula kita nak tahu anak-anak kita sedang stres dan apa pula puncanya? Untuk tahu lebih lanjut, klik link ini:

https://eskayvie.com/blogs/events/stres-dalam-kalangan-kanak-kanak-awas-8-punca-ini

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini