Kajian Oxford : Kombo Makanan Ini Boleh Menyebabkan Mati Muda Seawal Umur 30an

Kajian daripada University of Oxford mengenai kombinasi-kombinasi makanan yang apabila di makan dengan kerap boleh menyebabkan kematian pada usia muda.

Kajian ini menekankan mengenai cara pemakanan sihat masa kini. Kerana selalunya kita hanya meletak kesalahan pada gula sahaja. Tapi realitinya, tiada manusia yang makan gula macam makan nasi. Apa yang mereka dapati adalah bukan disebabkan makanan tersebut kaya dengan satu kumpulan nutrisi sahaja yang menjadikan ia berbahaya (Cth: makanan tinggi gula), tetapi kombinasi nutrisi makanan yang berbahaya inilah yang menjadikan ramai individu sekarang mudah terkena sakit jantung.

3 kombinasi makanan yang orang kata merupakan bom nuklear, pembunuh dalam diam.

Kombinasi Makanan #1

Kajian mendapati bahawa mereka yang selalu makan coklat, marjerin, shortening yang banyak di dalam roti putih dan pastri atau makanan kategori karbohidrat diperhalus (refined carbohydrate), air bergas, jus buah atau senang kata minuman-minuman manis lah. Kemudian digabungkan lagi dengan pengambilan sayuran dan buahan yang sedikit! Haa golongan inilah yang top dan mati cepat iaitu peningkatan risiko 40% mati disebabkan sakit jantung dan 37% dari mereka pula mati sebelum berumur 40 tahun. Fuhh kita kata mati cepat atau mati muda lah. Ini lah kombo yang paling dahsyat yang telah dikaji.

Kombinasi Makanan #2

Kombinasi makanan nombor 2 pula adalah dari kategori makanan minuman manis. Maksudnya semua yang diambil ada tambahan pemanis tak kira lah dari sumber apa sekalipun termasuklah dalam masakan. Contoh mudah makan kek ke, aiskrim ke, pastri ke dan pelbagai lagi makanan lain. Menurut kajian tersebut, kombinasi makanan ini boleh meningkatkan risiko meninggal disebabkan sakit jantung sehingga 14% dan 11% daripada mereka meninggal pada usia tua. Walaupun ini statistik di UK sahaja, tapi kita di Malaysia ni pun lebih kurang je la sebab kita tak lari dengan makanan berunsur kebaratan ni.

Kombinasi Makanan #3

Kombinasi makanan ketiga ini sama membahayakan tapi tidak ditulis didalam kajian tersebut berapa peratus ia boleh menyebabkan kematian. Kombinasi ini merangkumi makanan bergoreng, makanan segera, daging merah dan juga makanan berproses.

Daripada kajian tu kita boleh lihat corak jenis pemakanannya adalah kombinasi 1 iaitu makanan karbohidrat diperhalus, minuman manis dan kurang pengambilan sayur, kemudian kombinasi makanan manis dan akhir sekali adalah makanan bergoreng serta makanan segera. Semua kombinasi makanan ini banyak mendedahkan individu kepada masalah obesiti.

Kesimpulannya, mereka yang amalkan karbohidrat diperhalus (refined carbohydrate) seperti roti putih dan pastri, tinggi dengan lemak trans dan kemudian ditambah pula dengan makanan atau minuman tinggi gula mempunyai semua ciri-ciri makanan yang boleh menyebabkan kematian akibat sakit jantung pada usia lebih muda berdasarkan kajian tersebut.

Bermanfaat? Kongsikan dengan yang tersayang.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini