Dilema Apabila Anak Cerewet Makan. Tips Untuk Para Ibu

Setiap ibu bapa pasti pernah berada dalam situasi di mana sukarnya nak memberi anak makan sajian yang berkhasiat, tambahan pula mereka tidak kurang juga berdepan dengan perangai sesetengah anak yang begitu cerewet dalam memilih makanan yang dihidangkan kepada mereka.

Bukan itu saja, keengganan anak makan sayur atau buah selain kebergantungan terhadap makanan segera boleh menyebabkan kekurangan zat yang diperlukan untuk tumbesaran tubuh badan mereka. Ibu bapa mana yang tidak risau jika anak mereka berterusan dengan tabiat makan seumpama ini. Perkara ini sekaligus akan mencetuskan dilema di kalangan ibu bapa. 

In Sha Allah, dengan 7 tips yang akan dikongsi ini, dapat memberi sedikit idea kepada anda, ibu bapa yang mempunyai anak jenis ‘picky eater’. 

1. Jadikan makan itu adalah sesuatu yang menyeronokkan

Potong atau bentukkan makanan dengan pelbagai bentuk yang menarik. Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik minat mereka, kerana dengan warna ini memainkan peranan yang sangat penting untuk meningkatkan lagi selera makan anak-anak. 

2. Ibu bapa cerminan kepada anak-anak

Anak ini umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang mencorakkannya. Jika kita tunjukkan contoh makan makanan yang sihat, sudah tentu anak-anak pun akan ikut sama. Sebagai contoh, kalau anda mahu anak anda makan sayur, anda pun kena turut serta makan.  

3. Hormati selera anak anda

Jangan paksa anak anda makan kalau mereka tak lapar. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri ‘jajan’ dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’ kalau anda terus menerus paksa mereka makan. 

4. Jauhi gadget atau televisyen

Sama seperti cara untuk elakkan anak anda terlalu melekat pada televisyen atau terlalu fokus kepada gadget, cara yang mudah untuk anak menghabiskan makanan ialah dengan tutup televisyen atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu tumpuan anak anda untuk makan. Ini kerana, iklan-iklan di televisyen juga boleh mempengaruhi anak-anak untuk makan makanan tinggi kandungan gula berbanding makan makanan yang berkhasiat. 

5. Jangan beri pilihan kepada anak anda

Sesetengah ibu bapa sering kali menyediakan makanan yang berasingan apabila mendapati anak-anak mereka tak nak makan apa yang dihidangkan. Sebenarnya tabiat ini tidak sepatutnya diamalkan kerana ia boleh mengalakkan tabiat anak-anak untuk menjadi seorang “picky eaters”. Galakkan anak anda untuk berada di meja makan pada waktu makan yang ditetapkan walaupun dia tidak makan. Teruskan menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada mereka.

6. Jangan ‘reward’ anak-anak anda dengan makanan yang tidak sihat

Jangan menjanjikan pencuci mulut atau makanan ringan sebagai hadiah. Ini mungkin hanya meningkatkan keinginan anak anda untuk makan makanan yang manis-manis. Anda boleh menyediakan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau anda boleh gantikan dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, “yogurt” dan sebagainya.

7. Ajak anak untuk turut serta beli barang dapur

Ajak anak anda untuk bantu pilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat apabila anda membeli barang-barang dapur. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membasuh sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan untuk pada setiap kali waktu makan.

Semoga tips ini bermanfaat untuk para ibu di luar sana….

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini