Trend terkini jangkitan COVID-19 terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan kerana mengikut statistik sudah ramai bayi berusia bawah dua tahun telah dijangkiti dan berada dalam keadaan lebih serius berbanding dahulu.
Dalam kenyataan media oleh Tan Sri Dr Noor Hisham pada 30 Mei 2021, statistik telah merekodkan kes sebanyak 19,851 dalam kalangan kanak-kanak berusia 4 tahun setakat pertengahan tahun. 8,237 kes pula telah direkodkan bagi kanak-kanak berusia antara 5 hingga 6 tahun.

Keadaan ini sudah tentunya menyebabkan rata-rata ibu bapa khuatir. Tambahan pula, varian baru yang dikenalpasti didapati lebih mudah berjangkit dan lebih berbahaya berbanding dahulu. Gejala yang dialami juga akan lebih teruk sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai sejarah penyakit seperti asma atau sakit jantung.
Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan kesihatan dan keselamatan anak-anak anda sentiasa dipantau ketika ini.
9 CIRI-CIRI JANGKITAN COVID 19 DI KALANGAN KANAK-KANAK
KKM telah menggariskan beberapa panduan bagi mengenalpasti ciri-ciri jangkitan Covid-19 bagi kanak-kanak. Berikut ialah tanda-tanda jangkitan Covid -19 yang boleh dikenalpasti :
- Demam berpanjangan
- Kelesuan bertambah teruk
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Bibir atau jari kebiruan
- Tidak boleh mengambil makanan atau minuman melalui mulut
- Batuk, muntah atau cirit-birit yang semakin teruk
- Kurang kencing
- Sawan

Semoga bermanfaat…ayuh teruskan jaga SOP, kita mampu putuskan rantaian Covid 19.