Peningkatan obesiti kanak-kanak membahayakan, Cara untuk atasinya

Semestinya ramai dah tahu bahawa Malaysia menduduki tangga ketiga teratas antara negara Asia yang mencatatkan peratusan tertinggi bagi masalah obesiti di kalangan kanak-kanak dan ini perlu dipandang serius kerana ia boleh memberikan kesan pada masa akan datang jika tidak dibendung daripada awal.

Golongan muda di Malaysia lah yang akan mentadbir negara pada masa depan, dan masalah obesiti yang berlaku daripada kecil ini boleh menyumbang kepada kematian pramatang ketika dewasa kelak akibat daripada penyakit-penyakit kronik yang berkait rapat dengan obesiti. Antaranya seperti diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan juga penyakit jantung. Semestinya bukan ini yang kita inginkan untuk masa depan negara!

Ibu bapa dan keluarga adalah antara golongan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Terutamanya dalam memberi sokongan moral dan juga dorongan. Semestinya ibu bapa perlu menjadi role model yang terbaik untuk anak-anak amalkan gaya hidup sihat. Antara yang boleh dilakukan termasuklah:

  1. Ibu bapa mengamalkan porsi pemakanan yang betul

Pastikan ibu bapa sendiri melakukan cara pemakanan yang betul. Anak anda mudah terpengaruh dengan gaya hidup dan meniru aktiviti harian anda. Sebagai ibu bapa, perlahan-lahan ubah cara pemakanan mengikut porsi yang disarankan iaitu hanya segenggam karbohidrat, segenggam protein dan 2 tapak tangan sayuran. Pemahaman juga penting agar anak-anak mengetahui makanan mana yang lebih berkhasiat dan kesan buruk terhadap kesihatan jika makanan terproses diambil setiap hari. Jika ibu bapa sendiri tidak boleh membezakan makanan yang baik dan buruk, apatah lagi anak-anak anda…

2. Biarkan anak anda bermain di luar

Walaupun negara masih berada dalam fasa pandemik yang mana virus masih berleluasa diluar sana, namun penting untuk ibu bapa menitikberatkan aktiviti harian anak-anak. Jangan biarkan mereka terkurung di dalam rumah bermain permainan atas talian kerana ini boleh menyebabkan kurangnya aktiviti fizikal yang dapat mengeluarkan peluh. Bermain di luar boleh memberi pelbagai kebaikan disamping mampu meningkatkan aktiviti fizikal, boleh juga melegakan stress yang dihidapi kanak-kanak. Jangan lupa, bawa anak anda keluar dan bermain-main di taman namun pastikan jaga SOP ya!

3. Pastikan anak tidur cukup

Walaupun ketika fasa membesar kanak-kanak lebih cenderung untuk bermain sehingga lewat malam, namun jangan jadikan ini sebagai satu kebiasaan! Mereka yang tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko obesiti sehingga 50% termasuklah kanak-kanak. Ajar anak anda untuk membina tabiat tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Bukan sahaja ini mendisiplinkan mereka namun turut membantu memastikan mereka mendapat tidur yang mencukupi setiap hari.

Pendidikan awal sentiasa bermula daripada rumah dan jika ibu bapa memainkan peranan mereka sebaiknya, kita akan dapat melihat kesan positifnya pada masyarakat tak lama lagi.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini