Kami pasti anda pernah dengar Gastritis ataupun gastrik kan? Istilah Gastritis lebih tepat untuk digunakan kerana ia membawa maksud keradangan perut.

Ada tak daripada anda yang sedang mengalami Gastritis tetapi tidak sedar atau tidak tahu pun sejauh mana sakit ini boleh memberi kesan kepada perut anda.
Tahukah anda, Gastritis ini berlaku apabila terdapat keradangan dalam perut akibat daripada kesan hakisan asid? Perut kita dilindungi oleh lapisan lendir yang berfungsi untuk menahan daripada terjadinya luka akibat asid yang berada di dalam perut.
Jangan ambil mudah ya ! Gastritis yang tidak dirawat akan menyebabkan permukaan perut boleh terluka dan boleh mendatangkan masalah lain seperti ulser perut (gastrik ulser).
Bukan sekadar itu, luka yang terhasil itu juga boleh terkena pada salur darah, hingga boleh mengundang pendarahan yang serius didalam perut.
Implikasinya, anda akan mengalami masalah muntah darah dan najis akan bertukar menjadi hitam dan kemerahan. Selain itu, tekanan darah anda juga akan menjadi rendah. Malah ada juga keadaan dimana ulser akan menembusi perut sehingga menyebabkan isi perut terkeluar (peritonitis) dan rawatan kecemasan perlu diberikan segera.
Apa faktor yang boleh mencetuskan masalah Gastritis ini? Cuba semak

✅Gaya pemakanan yang tidak sihat (makanan berlemak, minum tinggi kafein, berkarbonat serta tinggi kandungan gula)
✅Stress yang berpanjangan
✅Pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan
✅Penyakit autoimun seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), rheumatoid arthritis dan psoriasis.
Tips elakkan masalah Gastritis :
1. Elakkan sembelit, pastikan anda mengambil pemakanan yang mempunyai kandungan serat atau fibre yang tinggi.

2. Amalkan pemakanan yang sihat – mengandungi probiotik (yogurt & kimchi) , makanan bersifat anti-radang serta mengandungi flavonoid (anggur, beri, teh hijau, brokoli dan kranberi).

3. Senaman – kerapkan aktiviti bersenam ataupun berjalan kaki selama 15 minit selepas makan. Pusinglah ruang tamu ke dapur ke, yang penting cukupkan 15 minit. Jangan baring pula selepas makan.

4. Jaga pola pemakanan – Jangan biarkan perut anda kosong, ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

5. AstaREAL®️P2AF – Kajian mendapati AstaREAL®️P2AF yang boleh merawat dan mencegah ulser yang disebabkan oleh kuman Helicobacter Pylori. Pengambilan AstaREAL®️P2AF yang mengandungi kolagen dapat memperbaiki serta menganjalkan sel perut yang rosak dan mengurangkan penghasilkan asid dalam perut.

Tak tahu macam mana nak dapatkan AstaREAL®️P2AF?
Jangan risau, klik sini :https://eskayvie.com/