Berapa Lama Long Covid-19 Terjadi Dan Cara Untuk Mengatasinya?

0
338

Pemulihan Covid-19 bukan sekadar mencegah dan memberi vaksin pada semua individu, malah individu yang pernah dijangkiti dan sembuh juga perlu diberi perhatian. Ramai sedia maklum bahawa virus ini masih boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada kesihatan dan keupayaan fizikal mereka yang dijangkiti, dikenali sebagai long covid.

Secara umumnya, simptom Covid-19 terjadi sekitar 14-21 hari selepas jangkitan. Jika individu tersebut masih menunjukkan simptom lebih dari 4-5 minggu selepas didapati negative, ia dipanggil sebagai long covid. 

Beberapa kajian mendapati, wanita lebih cenderung mendapat risiko long covid berbanding lelaki. Ditambah faktor seperti berat badan berlebihan/obesiti dan usia melebihi 50 tahun dan ke atas. Antara simptom yang sering dialami termasuklah gangguan pernafasan, mudah mengah, batuk yang berpanjangan, penurunan kadar oksigen dalam darah dan sesak nafas.

Bukan itu saja, ada sesetengah individu yang mungkin mengalami kesan jangka masa panjang yang lebih kronik seperti kerosakan paru-paru, gangguan tidur, masalah memori, gangguan kesihatan mental dan sistem imun yang lemah.

Justeru, individu yang pernah dijangkiti Covid-19 hendaklah menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat secara berterusan. Perhatikan simptom yang dialami dan melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala. 

Tip Elak Long Covid

  1. Amalkan pemakanan yang seimbang mengikut porsi yang betul iaitu segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur. 
  2. Elakkan pengambilan makanan segera dan terproses yang tinggi garam, lemak trans dan gula.
  3. Kekal aktif untuk melancarkan aliran darah, menguatkan otot dan menyihatkan sel-sel badan.
  4. Kekal hidrasi dengan pengambilan air putih yang mencukupi.
  5. Pengambilan protein dan antioksidan yang cukup amatlah penting. Sumber antioksidan termasuklah sayur-sayuran dan buahan-buahan yang sangat baik untuk pemulihan dalaman dan mengelakkan masalah metabolik.

Bagi individu yang tidak dijangkiti, kekal jaga SOP dan ambil vaksin dengan segera. Anda juga tidak terkecuali dan disarankan untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Bermanfaat? Kongsikan pada tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here