Benarkah Kayap Membunuh?

Kayap juga dikenali sebagai herpes zoster dalam istilah perubatan. Ianya sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV). Penyebab penyakit kayap adalah pengaktifan virus varicella zoster.

Virus ini menyebabkan penyakit cacar air (chickenpox). Selepas cacar air sembuh, virus ini akan terus kekal di dalam badan pesakit iaitu virus ini berhibernasi di dalam pusat saraf (ganglion). Apabila sistem imun menjadi lemah, ia menjadi aktif semula. Virus yang sama ini akan menyerang urat saraf dan manyebakan keradangan saraf tersebut lalu menyebabkan kayap.

Faktor Risiko Mendapat Kayap


1. Mereka yang mempunyai sistem imun yang rendah. Sebagai contoh pesakit HIV, individu yang menjalani kimoterapi, pesakit diabetes dan mereka yang mendapat rawatan pemindahan organ.
2. Golongan yang dah berusia
3. Individu yang baru mendapat penyakit yang serius
4. Mereka yang mempunyai stres berlebihan dan kronik
5. Mereka yang mendapat trauma
6. Individu mendapat rawatan steroid pada jangka masa yang lama. Contohnya mereka yang mempunyai masalah autoimun seperti Systematic Lupus Erythematosus (SLE).

Simptom – simptom Kayap:

1. Badan rasa lemah, demam, pening dan loya
2. Rasa sakit urat
3. Bahagian yang berkenaan terasa kebas dan panas
4. Shooting pain (berdenyut)
5. Akan keluar ruam dalam 5 – 7 hari
Kayap selalunya menyebabkan keradangan satu urat saraf (dermatome) pada satu bahagian badan sahaja. Ia lazimnya melibatkan bahagian dada (thoracic) dan muka (trigeminal).

Tanda terawal penyakit ini adalah rasa sakit, kebas dan panas di bahagian urat saraf yang terlibat, demam, keletihan dan sakit kepala. Simptom tersebut dialami sebelum tanda-tanda kulit timbul. Ia lazimnya dialami oleh 80% pesakit dan berterusan untuk 3 hingga 5 hari.

Pada bahagian urat saraf yang terlibat, tanda pertama adalah tompok-tompok kemerahan yang menyakitkan. Selepas 1 hingga 2 hari, timbul gelembong-gelembong air yang kecil. Air di dalam gelembong-gelembong tersebut berwarna jernih atau kekuningan. Dua hari kemudian, air tersebut akan menjadi semakin keruh dan akhirnya gelembong-gelembong tersebut akan kering. Kulit kering (keruping) tersebut akan jatuh dengan sendiri dalam masa 1 hingga 2 minggu yang berikutnya.

Masalah ini mungkin boleh berjangkit dan apabila ia berjangkit, individu yang dijangkiti akan menghidap masalah cacar air dahulu. Dalam masa 5 – 6 minggu, walaupun ruam sudah kering, badannya mungkin merasa tidak sihat, ia bermaksud kayap belum sembuh sepenuhnya.

Setelah tanda-tanda kulit sembuh, bahagian kulit tersebut mungkin akan menjadi parut. Jika tidak mendapatkan rawatan awal, 10-18% pesakit kayap boleh mengalami post herpetic neuralgia (kesakitan pada bahagian urat saraf yang terlibat untuk jangka masa yang panjang). Ia lebih mudah berlaku jika anda berusia 50 tahun. 50% pesakit kayap yang berusia 65 tahun ke atas mempunyai masalah post herpetic neuralgia.

Komplikasi Kayap

Individu yang mempunyai sistem imun badan yang lemah, berisiko untuk mendapat komplikasi akibat masalah kayap. Antaranya adalah :

1. Boleh menjejaskan penglihatan sehingga mengakibatkan buta.
2. Boleh menjejaskan saraf di telinga sehingga menyebabkan pekak.
3. Boleh menjejaskan otot di bahagian muka sehingga lumpuh (Bell Palsy)
4. Boleh menyebabkan secondary bacterial infection. Jika jangkitan pada kulit ini serius, ini boleh menyebabkan sepsis, iaitu jangkitan dalam darah.
5. Pneumonia atau radang paru-paru
6. Menyebabkan jangkitan kuman di otak, dan akhirnya boleh menyebabkan strok.
7. Carditis atau radang pada jantung.
8. Internal Shingles, iaitu neuropati yang disebabkan kayap ataupun rasa gatal di bawah kulit.
9. Colitis atau jangkitan di bahagian usus.
10. Terasa panas satu badan.
11. Terasa sakit di bahagian sendi di bahagian rahang.
12. Frozen shoulder syndrome.

Rawatan lain (selain rawatan yang diberikan di hospital) 

1. Minum air kosong secukupnya.
2. Dapatkan rehat yang cukup.
3. Elakkan memakai pakaian yang ketat.
4. Kawal stres sebaiknya.
5. Dapatkan senaman yang ringan untuk melancarkan aliran darah.
6. Jaga pemakanan. Elakkan gula tambahan, makanan terproses dan makanan ringan.
7. Elakkan berjumpa orang ramai. Terutamanya bagi mereka yang senang berjangkit seperti individu yang tidak mendapat vaksin atau yang belum pernah menghidap chicken pox.
8. Ambil makanan yang tinggi antioksidan seperti resveratrol yang bersifat antiviral dan anti keradangan serta epigallocatechin gallate daripada teh hijau.
9. Amalkan bawang putih kerana ia boleh memberi kesan antiviral dan boleh meningkatkan sistem imun.

Semoga bermanfaat, kongsikan bersama yang tersayang….

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini