Benarkah Anak Pandemik Miliki IQ Rendah?

Benarkah pandemik memberikan impak kepada kesihatan minda anak-anak?

Sewaktu pandemik dan PKP, ramai kanak-kanak yang terkesan sebenarnya. Ini kerana sewaktu itu, interaksi mereka tidak berlaku secara normal dan pemakanan mereka juga mungkin terganggu disebabkan oleh ibu bapa sibuk bekerja dan sebagainya. Dan, pemakanan yang tidak seimbang ini boleh mempengaruhi perkembangan minda kanak-kanak terutamanya di awal tahun tumbesaran mereka. Minda kanak-kanak akan berkembang secara pesat bermula mereka dilahirkan sehingga 5 tahun, pada waktu itulah terbentuknya asas kepada otak. Pada ketika inilah, kanak-kanak ini sangat perlukan pemakanan yang seimbang, rangsangan yang positif dan sebagainya.

Terdapat 2 bahan yang boleh menggalakkan sel-sel otak berhubung :

1. Phosphatidylserine (PS)

PS adalah bahan yang memudahkan pembentukan kulit unjuran dalam sel saraf dan memudahkan ianya untuk berhubung antara satu sama lain. Ia juga boleh menggerakkan hubungan dari satu saraf ke saraf yang lain dengan laju dan pantas. Kita dapati pada waktu biasa, untuk dapatkan otak yang genius, otak itu memerlukan sekitar 100mg PS dan ke atas. Tapi, kajian menunjukkan bahawa kita cuma boleh dapat sekitar 30mg PS daripada makanan moden, jadi tak cukup. Sebab itu kita perlukan tambahan PS yang mencukupi.

Phosphatidylserine ini boleh didapati daripada organ-organ dalaman, kekacang, soya, telur kuning. Satu kajian di kalangan 𝟐𝟕 kanak-kanak yang diberikan sekitar 100 mg PS selama 4 bulan, didapati bahawa kanak-kanak ini telah menunjukkan peningkatan dari segi fokus, tumpuan, pembelajaran dan kepantasan mereka dalam menyelesaikan masalah. Ada juga kajian di kalangan kanak-kanak ADHD. ADHD ini adalah kanak-kanak yang terlalu aktif, cepat mengamuk, tantrum. PS ini juga berkadar songsang dengan hormon kortisol. Maksudnya bila anda ambil PS, secara automaticnya hormon stress anda juga akan menurun.

2. Omega 3

Omega 3 ini terbahagi kepada 3 iaitu ALA (Alpha Linolenic Acid), EPA (eicosapentaenoic acid) dan DHA (Docosahexaenoic acid). Ini adalah lemak-lemak yang penting untuk minda sebab ianya membantu dari sudut prestasi, sel-sel berhubung dan fungsi kesihatan minda kita. Sumber yang kaya dengan DHA adalah daripada ikan, tapi masalahnya anak-anak kita tak suka makan ikan.

Apabila ALA masuk ke dalam badan, sebahagiannya boleh bertukar kepada EPA dan DHA. Maksudnya ia boleh membantu otak kita mendapat khasiat omega 3 dengan mencukupi. Kajian daripada majalah Physiology dan Behaviour mendapati bahawa kanak-kanak yang kurang mengambil omega 3 didapati prestasi akademik mereka rendah terutamanya keupayaan dalam bidang matematik sangat-sangat merosot. Selain itu, omega 3 juga penting untuk kesihatan mata yang jelas. Ada juga kajian menunjukkan bahawa ALA ini dapat mengelakkan kejadian obesiti di kalangan kanak-kanak.

Penting juga kita sebagai ibu bapa untuk perhatikan cara pemakanan anak-anak. Elakkan makanan-makanan yang tinggi gula, lemak dan sebagainya. Sokong pemakanan mereka dengan suplemen tambahan untuk memenuhi lopong jurang nutrisi yang disebabkan oleh pemakanan yang tidak seimbang.

Nak kami bantu dapatkan khasiat Phosphatidylserine (PS) dan Omega 3? Klik sini https://eskayvie.com/

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini