Bagaimana Untuk Minum Air Limau Di Kedai Mamak Untuk Kurus

Limau nipis sememangnya mempunyai banyak fungsi yang boleh meningkatkan kecantikan dan kesihatan, jika diamalkan dalam kehidupan. Namun, pengambilannya perlulah konsisten bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Limau nipis ini mengandungi sumber Vitamin A, B, C dan D, kalsium, zat besi, potassium, magnesium, fosforus dan zink. Ia juga kaya dengan flavonoids yang sangat baik untuk kesihatan saluran darah.

Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60% daripada tubuh manusia terdiri daripada air dan ia mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas. Jika anda tak suka minum air kosong, cuba campurkan air anda bersama buahan sitrus seperti limau nipis, limau kasturi atau lemon sebagai rasa tambahan.

Kalau anda nak tahu, limau juga mempunyai banyak kebaikan seperti:

1. Meningkatkan sistem imun

Kandungan antioksidan di dalam limau membantu melindungi badan daripada kerosakan dan mengelakkan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, kolesterol tinggi dan darah tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai flavonoids yang boleh membunuh bakteria dan mengelakkan jangkitan.

2. Mencantikkan kulit

Semua buahan sitrus mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi dan boleh menguatkan struktur kolagen di samping membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam badan. Sebab itu mereka yang dah mencecah usia 25 tahun perlu mengamalkan buahan sitrus kerana pada usia ini, badan akan mula kehilangan sekitar 1.5% kolagen setiap tahun.

3. Membantu penghadaman

Kandungan flavonoid dalam limau nipis dapat merangsang penghasilan enzim penghadaman. Sebaiknya amalkan air limau nipis sebelum makan. Limau nipis ini juga boleh diamalkan bagi mereka yang mempunyai asid refluks. Anda disyorkan untuk membancuh 2 sudu teh perahan limau nipis bersama air kosong 30 minit sebelum makan.

4. Langsingkan badan

Jangan terkejut! Limau nipis juga boleh meningkatkan metabolisma badan terutamanya jika diambil pada waktu pagi. Ini kerana, kandungan Vitamin C di dalam limau nipis dapat membantu meningkatkan pembakaran lemak di dalam badan. Pengambilan air limau nipis sebelum senaman juga dapat membakar lemak 30% lebih banyak berbanding individu yang tidak mengambil air tersebut.

Semoga bermanfaat…..

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini