Awas Dengan Kemunculan Happy Hypoxia

0
3509

Pernahkah anda dengar tentang Happy Hypoxia? Happy Hypoxia merupakan salah satu punca kematian senyap yang muncul dan amat membimbangkan di kalangan pesakit Covid 19. 

Kenapa bahaya? Kerana keadaan kadar oksigen yang rendah ini tidak dapat dikesan kerana pesakit mengalami sesak nafas atau tanda lain seperti hypoxia biasa. 

Apakah Happy Hypoxia?

Kalau ikut kepada bacaan normal, kadar oksigen di dalam darah (saturasi oksigen) adalah 95 % – 100 % atau sekitar 75-100 mmHg. 

Bagi hypoxia biasa, ketika kekurangan oksigen, tubuh akan mengirim isyarat kepada otak melalui saraf untuk bekerja mencari oksigen lebih banyak, lalu menyebabkan sesak nafas.

Namun, pada pesakit Covid 19, happy hypoxia boleh berlaku di mana tiada sebarang gejala kesukaran bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah. 

Selain itu, Happy Hypoxia kini dianggap sebagai ancaman kepada golongan muda yang memiliki sistem pertahanan badan yang tinggi. Ini kerana, golongan muda dikatana masih boleh berada dalam keadaan selesa walaupun kadar oksigen telah jatuh kepda 81 %, manakala golongan yang lebih berusia pula telah menunjukkan gejala seperti sesak nafas apabila paras oksigen menurun kepada 92 %. 

Tanda-tanda Anda Mengalami Happy Hypoxia

1. Penurunan kadar oksigen dalam darah

Kadar oksigen dalam darah boleh dipantau dengan menggunakan Pulse Oximeter. Pastikan anda kekal waspada dan segera ke hospital sekiranya didapati tahap oksigen kurang daripada 95 %.

2. Batuk bertambah kuat

Kekurangan oksigen boleh menyebabkan batu semakin kuat dan teruk kerana proses pertukaran karbon dioksida dan oksigen tidak cukup efisien.

3. Berpeluh atau merasa semakin lemas

4. Warna bibir atau jari mulai kebiruan

Apabila bibir atau hujung jari mulai membiru, itu petanda bahawa oksigen tidak sampai ke seluruh bahagian tubuh badan.

Mengapa Happy Hypoxia Bahaya?

Tahap pernafasan pesakit yang mengalami Hypoxia boleh menjangkau sehingga 40 hingga 50 kali berbanding kadar pernafasan normal adalah antara 12 hingga 20 kali seminit. 

Bagaimana Anda Nak Mengesan Happy Hypoxia?

Apa yang boleh dicadangkan adalah, setiap isi rumah disarankan memiliki alat mengesan kadar oksigen dalam darah atau dikenali juga sebagai ‘Pulse Oximeter’. Ini kerana, pengesanan awal gejala ini boleh mengelakkan kematian di kalangan pesakit Covid 19. 

Kebiasaannya, bagi individu yang dijangkiti Covid 19, keadaan Happy Hypoxia ini boleh berlaku apabila pesakit tersebut berada pada kategori empat dan lima iaitu tahap dimana virus telah menunjukkan kesannya di paru-paru. Seandainya pesakit tersebut berada di hospital, maka Hypoxia ini boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap 4 jam. 

Tapi, bagaimana pula dengan pesakit yang dikuarantin di rumah?

Sebab itu penting sangat untuk anda memiliki Pulse Oximeter sendiri bagi memantau tahap oksigen dan segeralah ke hospital sekiranya bacaan oksigen kurang daripada 95 %.

Cara Menggunakan Pulse Oximeter Di Rumah 

  1. Cuci tangan sebelum dan sesudah menggunakan oximeter.
  2. Pastikan kuku dalam keadaan bersih, tidak panjang dan elakkan daripada menggunakan cat kuku berwarna gelap atau kuku palsu. 
  3. Hangatkan jari tangan, khususnya jika jari terasa dingin. 
  4. Nyalakan suis (butang on) pada oximeter dan letakkan jari sama ada jari telunjuk, jari tengah atau ibu jari di antara ruang kepitan oximeter. 
  5. Setelah oximeter terpasang, duduk dalam keadaan diam dan elakkan sebarang pergerakan. 
  6. Tunggu selama beberapa saat hingga alat berjaya memberikan bacaan oksigen dalam darah. 

Bermanfaat?

Kongsikan bersama yang tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here