Satu kajian dilakukan pada tahun 2015, seramai 35.3 peratus rakyat Malaysia yang berusia di atas 18 tahun, menghidap masalah tekanan darah tinggi. Paling menakutkan hampir 60 peratus individu tidak menyedari yang mereka mengalami masalah tersebut.
Bagi mereka yang sudah berusia 45 tahun dan keatas, perlu lebih berhati-hati kerana pada usia beginilah banyak penyakit akan mula bertandang. Oleh itu, anda sangat disyorkan untuk membeli alat untuk periksa tekanan darah di rumah.
8 tips untuk anda REVERSE masalah tekanan darah tinggi ialah:
1. Senaman

Menurut Majalah Lancet, statistik menunjukkan 61.4 peratus rakyat Malaysia tidak bersenam langsung. Sebenarnya bersenam ni mudah sahaja, tak perlu buat yang gempak-gempak pun, memadai anda hanya perlu berjalan kaki selama 150 minit seminggu ataupun 30 minit sehari dilakukan selama lima hari berturut-turut. Anda juga boleh melakukan senaman yang lebih aktif contohnya jogging selama 75 minit seminggu untuk membantu dalam kawalan tekanan darah tinggi.
2. Elak makanan masin

Elakkan makanan terproses terutamanya makanan yang sudah diawet kerana makanan ini mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Sebagai contoh kicap, sos, makanan dalam tin dan makanan segera.
Garam yang berlebihan dalam badan boleh menyebabkan pengumpulan air dalam badan. Jadi apa yang harus dilakukan?
SARANAN ini dibolehkan kepada semua KECUALI mereka yang mempunyai masalah buah pinggang, iaitu amalkan dua biji pisang sehari. Ia boleh membantu menurunkan dan mengawal tekanan darah tinggi anda sebanyak 10 peratus.
3. Berhenti merokok

Sayangi diri anda, berhenti merokok. Ini kerana dengan merokok anda telah menghasilkan radikal bebas, menyebabkan stress oksidatif, keradangan kronik dan seterusnya menyebabkan salur darah mula tersumbat. Jadi, nak LARI daripada masalah tekanan darah tinggi tinggalkan rokok.
4. Turunkan berat badan

Hampir separuh daripada rakyat Malaysia mempunyai masalah berat badan berlebihan. Tahukah anda, hanya dengan menurunkan 5 peratus sahaja berat badan, ia boleh memberi kesan yang sangat bagus kepada kawalan darah anda. Sebagai contoh, jika berat badan anda adalah 60 kg, untuk 5 peratus penurunan, anda hanya perlu usahakan untuk turunkan 3 kg sahaja.
5. Stres

Stres sebenarnya ada baiknya untuk diri. Namun, stres yang tidak terkawal, terlalu lama dan kronik boleh memudaratkan. Ia menyebabkan hormon sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk stres. Stres akan mempersiapkan diri kita dalam keadaan fight atau flight. Secara tidak langsung, stres berterusan juga akan menyempitkan salur darah dan menyebabkan tekanan darah tinggi.
6. Kurangkan makanan dan minuman bergula

Anda kena tahu ya, GULA bukan sahaja menyebabkan DIABETES tetapi juga TEKANAN DARAH TINGGI. Ditambah pula dengan HFCS atau High Fructose Corn Syrup seperti gula putih, madu, gula perang, gula kabung dan sebagainya. HFCS inilah yang boleh mempercepatkan lagi tekanan darah tinggi. Jadi seboleh-bolehnya elakkan pengambilan gula.
7. Tidur yang cukup

Jika mengamalkan tidur kurang daripada 5 jam secara berterusan akan meningkatkan risiko sebanyak 500 peratus untuk anda mendapat tekanan darah tinggi. Jadi amalkan tidur yang cukup dan berkualiti.
8. Jaga pemakanan

Gunakan nutrisi tertentu. Contohnya, magnesium yang boleh membuatkan salur darah kita lebih rileks. Selain itu, bahan-bahan yang dinamakan sebagai fitonutrisi seperti polifenol juga boleh mengatasi keradangan kronik ataupun stress oksidatif.
Boleh makan buah tetapi dalam keadaan yang sederhana, tidak boleh berlebihan kerana buah juga mempunyai fruktosa. Elakkan juga makanan yang menyebabkan keradangan seperti lemak trans yang terkandung di dalam margerin dan makanan terproses.
Bermanfaat? Jika ya, kongsikan dengan rakan dan mereka yang tersayang. Jom sihat bersama yang tersayang.