Menurut NHMS 2019, 50.1% rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan iaitu di bawah kategori BMI 25.0 ke 30.0, manakala 19.7% adalah individu yang mempunyai BMI lebih daripada 30. Menurut statistik pada tahun 2020, sebanyak 54.2% rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
Jom kami kongsikan 7 sebab yang mungkin anda tidak perasan boleh menyebabkan berat badan meningkat.
1) Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Ia keadaan di mana terdapatnya lompong-lompong (cyst) pada bahagian ovari. PCOS selalunya disebabkan oleh rintangan insulin, keadaan di mana badan tidak peka terhadap hormon insulin. Fungsi utama hormon insulin adalah untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga, apabila insulin tidak peka, badan kita memerlukan kepekatan insulin yang lebih tinggi untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan.
Bagi individu yang mempunyai masalah rintangan insulin, mereka juga akan mempunyai paras insulin yang sangat tinggi di dalam badan. Kita tahu fungsi insulin ini bukan sahaja untuk membawa masuk gula ke dalam sel badan, tetapi ia juga akan menyimpan gula yang berlebihan dalam bentuk lemak. Jadi selagi mana insulin itu tinggi, selagi itu lah kita akan mengalami kesukaran untuk kurus kerana insulin akan pegang erat lemak untuk mengelakkan ia dibakar.
2) Kemurungan kronik atau stres

Kami pasti waktu Covid-19 ini ramai orang alami stres. Ramai orang sebenarnya ketika mereka stres, mereka akan makan tanpa sedar dan kadang-kadang bila makan tu pun rasa tak kenyang. Jenis makanan yang selalu dimakan adalah seperti jajan, makanan terproses dan sebagainya. Mungkin sesetengah orang beranggapan bahawa makan adalah terapi bagi mengatasi stres. Namun perlu diketahui bahawa tabiat ini sebenarnya lama kelamaan boleh menyebabkan keradangan kronik berlaku di dalam badan. Kemurungan ini juga sebenarnya boleh mempengaruhi hormon dan ia akan menyebabkan badan anda berada dalam fasa mode simpan lemak.
3) Insomnia (kesukaran tidur pada waktu malam)

Apabila kita kurang tidur, hormon ghrelin (hormon lapar) akan dirembeskan, jadi kita pun akan rasa nak makan pada waktu malam. Anda perlu ingat jika anda makan dalam julat 3 jam sebelum tidur, tabiat ini sangat tidak sihat dan secara langsung boleh menyebabkan peningkatan berat badan yang tidak terkawal. Insomnia ini akan mengganggu circadian rhythm atau internal clock dalam badan kita. Internal clock ini penting untuk merembeskan hormon, membantu badan bersiap sedia untuk siang malam, dan sebagainya. Jadi sekiranya rhythm ini terganggu, metabolisma badan akan menurun, penghasilan hormon melatonin menjadi kurang dan sekali gus menyebabkan keradangan berlaku di dalam badan, dan akhirnya menyebabkan badan kita berada dalam zon simpan lemak. Apabila berada dalam zon simpan lemak, kita buatlah apa segala usaha sekalipun ia tidak akan membuahkan hasil.
4) Peptic Ulcer

Keadaan di dalam perut luka atau berlaku keradangan. Sesetengah orang akan perasan bila mana mereka makan, sakit pada bahagian perut tu akan berkurang, jadi kita akan terus menerus rasa lapar, bila lapar makan, lapar makan. Kesannya, berat badan pun akan naik dengan mendadak.
5) Cushing’s Syndrome

Gemuk cushing syndrome ini lebih kurang sama dengan truncal obesity di mana gemuk pada bahagian abdominal. Steroid ini juga kadang-kadang terkandung di dalam ramuan-ramuan tonik. Sesetengah tonik yang tidak dikawal oleh KKM mengandungi steroid semulajadi. Sesetengah akar kayu juga mengandungi steroid. Sebab itu penting kalau anda nak minum tonik, pastikan tonik tersebut telah melalui saringan daripada KKM. Kemudian, ubat jalanan untuk sakit sendi, resdung, asma juga kadang-kadang mengandungi steroid. Jika anda mengambil ubatan ini secara berterusan, anda mungkin akan mengalami cushing’s syndrome di mana ciri-cirinya adalah seperti moon face, truncal obesity dan buffalo neck.
6) Mempunyai masalah jantung tanpa disedari atau ”silent heart attack”

Serangan jantung boleh berlaku tanpa rasa sakit langsung. Namun selepas kejadian tersebut berlaku, jantung kita akan menjadi lemah dan ia tidak lagi mampu mengepam darah dengan tekanan yang cukup.
Faktor ini boleh dipengaruhi oleh faktor usia dan tabiat yang tidak betul ketika muda. Apabila meningkat usia, akan muncul satu lagi faktor yang dinamakan sebagai sarcopenia. Sarcopenia adalah keadaan bermula usia 25 tahun, setiap tahun otot kita akan bertukar menjadi lemak lebih kurang sebanyak 3 %. Sampai satu tahap bila meningkat 40-an ke 50-an, badan mereka ini akan kelihatan isi, otot nipis, lapisan yang lain pula terdiri daripada lapisan lemak. Apabila badan kita kurang otot, metabolisma badan akan menurun, dan mudahlah badan kita mengembang.
7) Hypothyroidism

Thyroid ini adalah kelenjar yang berbentuk seperti butterfly yang berada pada leher. Thyroid ini berfungsi untuk menghasilkan hormon thyroxine. Fungsi hormon thyroxine ini adalah untuk menjaga metabolisma badan, menjaga kesegaran badan dan menyokong perkembangan sel. Sudah tentu apabila anda menghadapi masalah hypothyroidism, metabolisma akan menurun, apa yang akan berlaku adalah makanan yang anda makan itu tidak boleh dicernakan dan anda akan menjadi gemuk.
Bermanfaat? Kongsikan bersama yang tersayang