Kebas kaki boleh dialami oleh sesiapa sahaja lebih-lebih lagi bila duduk bersila atau bersimpuh dalam tempoh yang lama. Disebabkan ini, ramai individu yang mengubah posisi duduk dengan lebih kerap untuk mengurangkan rasa kebas dan untuk keselesaan. Ada yang sehingga berpaut pada dinding atas kerusi untuk berdiri apabila rasa kebas menyerang kaki mereka.

Lagi menyedihkan, ramai yang mengambil ringan masalah ini dan merasakan kebas kaki bukanlah satu isu besar, walhal, ia boleh jadi petanda kepada masalah yang lebih kronik seperti kencing manis! Rasa kebas ini akan hilang dalam tempoh singkat apabila seseorang itu berdiri dan kemudian berjalan tanpa sebarang gangguan. Namun untuk keadaan neuropati diabetes, sistem saraf individu telah terganggu atau rosak menyebabkan gejala kaki berdenyut-denyut, rasa terbakar, mencucuk dan paling teruk, kebas sehingga tiada rasa.

Neuropati Diabetes berlaku secara perlahan-lahan. Namun, jika tiada langkah pencegahan, secara perlahan-lahan saraf akan menjadi semakin rosak dan simptom akan menjadi semakin teruk. Kebas dan sakit yang selalunya datang sekali-sekala akan menjadi sakit dan kebas berpanjangan. Sehingga akhirnya kaki pesakit akan kekal kebas menyebabkan pesakit cenderung untuk mendapat luka dan jangkitan kuman.

Jika tidak dirawat, ia akan memberikan kesan lebih teruk seperti luka dan kesan gangrene yang menyebabkan lebam atau hitam pada kaki menunjukkan sel kaki sudah mati! Sebelum mengelakkan masalah ini menjadi lebih parah, semestinya langkah pencegahan perlu diambil.

Berikut adalah 7 petua untuk hilangkan kebas selamanya

1. Kawalan gula dan tekanan darah tinggi yang baik

Gabungan dua penyakit ini menjadikan pesakit lebih cenderung untuk mendapat lebih banyak komplikasi. Paras gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan saraf dan mengganggu sensitiviti saraf untuk menghantar signal dan menyebabkan rasa kebas. Bukan itu sahaja, gula darah tinggi juga akan melemahkan saluran darah yang penting untuk mengangkut oksigen dan nutrisi kepada saraf.

Tekanan darah yang tidak dikawal boleh memburukkan lagi keadaan kerana dinding saluran darah yang rapuh tidak mampu menyokong tekanan darah yang tinggi di dalam saluran darah. Kajian membuktikan, 70% pesakit diabetes mengalami kebas yang disebabkan oleh neuropati iaitu masalah saraf dan aliran darah yang tidak lancar.

2. Pemakanan secara seimbang mengikut porsi yang betul

Untuk mengawal gula dengan baik, aspek yang paling penting untuk dijaga semestinya adalah pemakanan. Pemakanan yang terjaga boleh membantu kawalan sekaligus menurunkan bacaan gula darah dan mengurangkan risiko kaki kebas. Sebaiknya kawal bacaan HbA1c kepada bawah 6.5% kerana ia terbukti boleh merendahkan risiko kebas di kaki sebanyak 60%.

Ambil makanan secara seimbang dan pastikan pesakit sertakan makanan yang tinggi dengan serat seperti sayuran, buahan dan juga bijirin penuh. Elakkan pengambilan makanan pada porsi yang besar dan makan secara perlahan-lahan untuk membantu pesakit rasa lebih kenyang pada porsi yang lebih kecil!

3. Hentikan pengambilan karbohidrat ringkas

Nasihat umum yang sering diberikan buat pesakit kencing manis terutamanya kurangkan makanan minuman manis yang berasaskan gula. Gula putih atau pelbagai lagi jenis pengganti gula di luar sana telah dikaji mempunyai lebih banyak mudarat berbanding kebaikan kepada badan dan salah satunya adalah menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah malah boleh sebabkan hati berlemak! Aduh ini sangat merisaukan…

Tapi jangan risau, kini semakin banyak pemanis alternatif yang selamat telah dihasilkan. Anda hanya perlu buat pilihan bijak!

4. Berat yang Ideal

Mendapatkan berat yang ideal adalah impian untuk semua orang lebih-lebih lagi untuk wanita. Namun sebenarnya, berat badan ideal juga boleh membantu mengawal gula darah sekaligus mengurangkan masalah kebas-kebas kaki serta tangan. 

Untuk dapatkan berat ideal pula semestinya perlu mempunyai strategi yang betul. Ia tidak terhad kepada penjagaan makanan sahaja, kawalan stres dan rehat yang mencukupi juga perlu diambil kira. Dapatkan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari, minum air mencukupi dan jangan lupa, bersenam!

5. Vitamin B1, B6 dan B12

Kekurangan Vitamin B juga banyak dikaitkan dengan punca masalah kebas kaki. Malah 10-15% individu berumur 60 tahun keatas yang mempunyai kebas kaki didapati mempunyai kekurangan Vitamin B. Sebab itu, mereka yang mempunyai masalah saraf kaki kronik kebiasaannya akan turut dibekalkan dengan suplemen Vitamin B oleh doktor yang merawat. Vitamin B ini bukan sahaja membantu untuk mengurangkan masalah kebas malah boleh mencegah kerosakan saraf serta merawatnya.

Pengambilan secara semulajadi boleh didapati dalam bijirin, susu, buah-buahan, daging, produk tenusu, telur, ikan, sayuran dan kentang. Perlu ingat! Ambil semua jenis makanan dalam kuantiti yang bersederhana ye.

6. Senaman

Penjagaan gaya hidup termasuklah bersenam sentiasa menjadi barisan pertama langkah pencegahan untuk mengawal masalah Diabetes Neuropati. Pada tahap akut, senaman boleh meningkatkan penggunaan gula sebagai sumber tenaga serta menambahbaik fungsi insulin sehingga 2-72 jam!

Dalam cara lain, senaman aerobik seperti berbasikal statik, berenang, senaman bebanan ataupun berjalan keliling rumah juga dikaji boleh mengurangkan simptom, samada mengurangkan rasa sakit atau kebas, atau meningkatkan fungsi dan aliran darah serta saraf. Senaman ini tidak perlu dilakukan berjam-jam lamanya setiap hari, hanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari, 5 kali seminggu sahaja. Tidak sukar bukan?

7. Fitonutrisi

Jika pesakit memanfaatkan nutrisi semulajadi yang ada di sekitar kita, sebenarnya banyak kebaikan yang boleh diperoleh. Ia tidak terhad dengan pemulihan sel-sel sakit atau rosak disebabkan masalah Neuropati tadi, tetapi juga sesetengah kesan fenolik di dalam fitonutrisi seperti Punicalagin yang boleh didapati dalam ekstrak delima juga amat baik untuk melancarkan darah.

Terdapat juga nutrisi-nutrisi yang membantu secara tidak langsung seperti Xanthone daripada kulit manggis, Resveratrol daripada biji anggur dan Pcynogenol daripada kulit pokok pain yang mempunyai kesan anti radang untuk membantu kawalan gula darah dan mengelakkan komplikasi kencing manis yang lain.

Cara terbaik untuk merawat Diabetes Neuropati adalah dengan menghalang ia daripada terjadi dari awalnya. Walaubagaimanapun, semua pesakit masih berpeluang untuk mengawal simptom ini sebaik mungkin.

Masalah yang dihadapi sudah memakan masa yang lama kerana progres Diabetes Neuropati ini yang perlahan, jadi apa yang perlu semua pesakit fahami adalah, kesan perubahan atau pemulihan juga akan mengambil sedikit masa. Sentiasa bersabar dan yang paling penting, jangan putus asa untuk mengubah diri ke arah versi yang lebih sihat! Nak atasi kebas dengan bahan semulajadi? Cuba tips di sini.

#EskayvieCareForYou

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here