7 Perkara Yang Anda Tak Sangka Boleh Tingkatkan Tekanan Darah

Kadang-kadang orang tak sedar pun mereka ada darah tinggi. Ada orang yang kata sakit bahagian tengkuk dan sakit kepala.

Jangan buat main dengan tekanan darah tinggi kerana ia boleh menyebabkan banyak komplikasi seperti:

  1. Rosak buah pinggang (hypertensive nephropathy) sehingga memerlukan rawatan dialisis.
  2. Komplikasi pada mata yang menyebabkan urat darah dalam mata bermasalah (hypertensive retinopathy).
  3. Penyakit kardiovaskular seperti sakit jantung, lemah jantung, serangan jantung dan strok.

Jika mengikut Kajian Morbiditi Kebangsaan 2019, lebih kurang 6.4 juta rakyat Malaysia menghidap tekanan darah tinggi. Maksudnya lebih kurang 3 daripada 10 rakyat Malaysia dewasa mempunyai masalah ini.

Jadi, apakah sebab atau perkara tentang darah tinggi yang anda tak tahu?

Kebiasaannya Doktor akan nasihatkan untuk kurangkan pengambilan makanan masin, jaga pemakanan, jaga senaman dan gaya hidup. Tapi sebenarnya ada perkara lain yang boleh menyebabkan tekanan darah naik antaranya :

1.Gula

  • Gula bukan penyebab kencing manis sahaj. Tetapi memandangkan kencing manis ini merupakan satu penyakit berangkai, jadi ia boleh menyebabkan penyakit-penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan masalah jantung.
  • Lagi-lagi bila ambil gula berproses yang sangat berbahaya. Gula jenis ini dipanggil High Fructose Corn Syrup (HFCS) dan sering digunakan dalam industri makanan.
  • Badan tidak dapat menggunakan fruktosa, lalu ia akan dihantar ke hati untuk diproses dan akan menyebabkan keradangan.Keradangan kronik ini kemudiannya akan mengganggu fungsi Nitric Oxide dan menyebabkan saluran darah mengecut dan menyebabkan tekanan darah naik.

2. Loner

  • Ada sesetengah individu suka duduk sendiri-sendiri dan kurang bersosial. Bukan sebab stres atau apa, tapi mungkin mereka mempunyai keyakinan diri yang rendah dan tidak suka ditolak atau mengelakkan diri daripada kekecewaan.
  • Kajian mengatakan mereka yang suka bersendirian ini, risiko untuk mendapat tekanan darah tinggi meningkat dalam tempoh 4 tahun.
  • Sebab itu kalau nak kena kurangkan tekanan darah tinggi, anda semua perlu gembira dan senyum selalu. Penting juga untuk sentiasa yakin dengan diri sendiri agar tidak mudah terkesan dengan apa yang orang lain katakan.

3. Sleep Apnea

  • Sleep apnea ini bukan berdengkur seperti biasa. Akan sampai satu tahap tiba-tiba dia tidak boleh bernafas. Kemudian apabila terkejut dan baru la dia bernafas semula
  • Bila ini terjadi, ia boleh menyebabkan otak kita mengeluarkan bahan kimia yang boleh meningkatkan tekanan darah tinggi.

4. Kurang Potassium

  • Mereka yang kurang potassium atau kalium iaitu sejenis mineral, walaupun dah pantang garam, tapi akan masih mengalami kesukaran untuk turunkan tekanan darah.
  • Buah pinggang memerlukan potassium untuk mengeluarkan garam yang berlebihan. Garam ni pula tidak begitu sihat kerana ia akan menarik air (water retention) dalam badan dan memberi kesan kepada tekanan darah.

5. Masalah Tiroid

  • Tiroid bengkak tidak semestinya menunjukkan yang seseorang itu mempunyai masalah kesihatan. Yang jadi masalah apabila anda mempunyai masalah tiroid terlebih atau kurang aktif.
  • Dua-dua keadaan ini boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan sukar untuk mengawal tekanan darah.
  • Anda boleh membuat pemeriksaan ringkas dengan memeriksa nadi. Jika bacaan nadi melebihi 100/seminit mungkin anda ada masalah tiroid terlebih aktif. Kalau bacaan nadi bawah 60 seminit mungkin anda ada masalah tiroid kurang aktif. Oleh itu, sebaiknya buat ujian darah untuk pemeriksan yang lebih tepat di klinik atau hospital.

6. Ubat-ubatan

  • Ada sesetengah ubatan boleh mempengaruhi tekanan darah. Contohnya ubat selesema. Ubat ini boleh mengecutkan saluran darah dan memerlukan tekanan darah yang tinggi untuk mengepam darah ke seluruh badan. Begitu juga dengan ubat tahan sakit seperti NSAIDS, aspirina atau cerebrex yang selalu diambil oleh mereka yang ada masalah sendi yang kronik. Ubat lain seperi pil perancang dan ubat anti-depresi juga turut menyebabkan gangguan.

7. Dehidrasi

  • Bila kurang minum air maksudnya jumlah darah pun akan berkurang. Apabila darah kurang, kelenjar pituitari di otak akan merembeskan satu hormon untuk mengecutkan salur darah bagi memudahkan darah sampai ke seluruh badan. Bila saluran darah menjadi kecut, semestinya tekanan darah akan meningkat kerana saluran yang mula mengecil.

Semoga bermanfaat. Kongsikan info ini dengan keluarga anda ya.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini