7 Makanan Yang Sihatkan Miss V

Miss V melibatkan satu rongga yang tersorok dan perlukan perlindungan dan penjagaan. Tak boleh terlebih atau terkurang jaga kerana persekitaran Miss V ni sangat kompleks.

Sedikit silap jaga boleh menyebabkan masalah-masalah lain muncul seperti kegatalan, keputihan ataupun jangkitan. Ini kerana pH didalam Miss V agak asidik, tapi apabila pH ini terganggu, jangkitan kulat atau fungus seperti candida akan lebih mudah terjadi. Sebab itu penjagaan yang bersederhana amat penting.

Kebiasaannya jika ada jangkitan, periksa 2 perkara mengenai cecair yang keluar iaitu warna dan bau untuk kenal pasti kuman atau bakteria yang terlibat. Kebiasaannya jangkitan ini melibatkan 3 jenis kuman;

1) Jika keputihan itu berwarna putih kekuningan seperti kepingan keju dan rasa gatal merenyam, kebiasaannya ini disebabkan oleh kulat candida albicans yang menyebabkan candidiasis.

2) Apabila keputihan tersebut berwarna kekuningan atau kehijauan dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan seperti bau hanyir ikan. Keadaan ini biasanya melibatkan protozoa yang bernama Trichomonas atau bakteria Gardnerella.

Setiap jangkitan kulat atau bakteria yang berbeza mempunyai rawatan yang berasingan. Sebab itu penting untuk kenal pasti jenis bakteria terlebih dahulu.

Ada sesetengah wanita mengalami keputihan tetapi perkara ini adalah normal. Ini boleh terjadi kerana badan sedang melakukan proses pembersihan atau terdedah kepada bahan tertentu seperti pil perancang atau stres seperti ketika senaman, atau ransangan dari badan seperti ketika ovulasi.

Ada juga keadaan dimana walaupun jangkitan bakteria telah berlaku tetapi tidak menunjukkan simptom seperti sakit atau gatal. Sebaiknya jika anda perasan sebarang kelainan dibahagian Miss V, dapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor.

Rongga dalaman Miss V dijaga oleh kuman baik iaitu dari keluarga Lactobacillus dan pH di mana miss V dikekalkan pada 3.8-4.5 sahaja tidak boleh terlalu alkali.

Tidak salah untuk mencuci bahagian luaran Miss V kerana kawasan ini terdedah dengan pelbagai jenis kotoran. Namun sangat tidak sihat untuk mencuci bahagian dalaman Miss V kerana akan mengganggu keharmonian bakteria baik didalamnya.

Terdapat beberapa makanan yang disyorkan untuk menjaga Miss V.Sebenarnya lagi meningkat usia, lagi banyak yang perlu dijaga.

𝟳 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗮𝗹𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗠𝗶𝘀𝘀 𝗩 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵:

1) Makanan yang berunsurkan probiotik iaitu kuman baik seperti yogurt tanpa gula atau makanan yang dijerukkan seperti kimchi. Makanan-makanan ini kaya dengan bakteria Lactobacillus untuk mengekalkan jumlah bakteria baik di Miss V. Ini dapat membantu mengekalkan keasidan pH dibahagian Miss V serta mengelakkan jangkitan kulat.

2) Asid Lemak seperti Omega 3 yang bersifat anti radang. Kebiasannya didapati dalam minyak ikan atau ikan yang kaya dengan lemak seperti salmon, tuna dan kembung. Boleh juga didapati dalam makanan lain seperti kekacang macam walnut, telur, atau avokado. Omega 3 ini berfungsi untuk melawan kekeringan yang berlaku apabila usia meningkat.

3) Teh halia atau halia itu sendiri. Sebenarnya halia mengandungi kesan anti radang yang sangat baik. Ia juga bagus untuk mereka yang mempunyai senggugut untuk menghilangkan kekejangan atau cramp dibahagaian ari-ari.

4) Bawang putih boleh diambil melalui campuran dalam masakan atau ada sesetengah yang membuat jeruk, ini bagus selain dari kandungan bakteria baik yang tinggi, bawang putih sendiri mengandung allicin iaitu sejenis bahan yang sangat kuat untuk melawan jangkitan kulat.

5) Kranberi juga sangat baik untuk mengatasi jangkitan pada saluran air kencing. Boleh didapati melalui buah kranberi ataupun daripada ekstrak kranberi. Jika jus, kebiasaannya ditambah dengan gula yang menjadikan keberkesannya berkurangan.

6) Dark chocolate juga bagus kerana 70% dari kandungan coklat tersebut mengandungi koko. Selain menjaga keradangan, ia juga boleh memberi rangsangan kepada wanita. Koko sebenarnya kaya dengan flavonoid yang kaya dengan fitonutrisi dan turut mengandungi methylxanthine yang boleh meningkatkan libido sesetengah wanita.

7) Makanan yang kaya dengan fitoestrogen. Bahagian seksual dan aset-aset wanita dijaga oleh sejenis hormon seksual bernama estrogen. Apabila usia meningkat sekitar 35 tahun, kadar estrogen akan mula susut dan ini akan mempengaruhi fungsi organ seksual.

Kekurangan estrogen akan menyebabkan lapisan kulit Miss V dibahagian dalam menjadi nipis, kering, kurang anjal dan pH meningkat. Apabila Miss V menjadi kering dan tiada pelincir akan menyakitkan wanita ketika melakukan hubungan seksual. Kekurangan estrogen juga menyebabkan masalah lain seperti simptom menopos, meningkatkan risiko jangkitan di saluran air kencing dan haid yang tidak teratur.

Jika anda biasa dengar zaman nenek moyang dulu, mereka selalu mengamalkan ubat periuk. Awal pagi mereka akan bangun dan pergi ke taman untuk kutip akar-akar dan direbus didalam periuk kemudian diminum.

Dari sinilah nama ubat periuk itu muncul dan bahan-bahan yang diamalkan secara turun temurun itu turut mempunyai fitoestrogen untuk membantu menjaga kesihatan mereka. Sebab itu saya amat menggalakkan para wanita mengamalkan fitoestrogen.

Fitoestrogen itu sendiri adalah nutrisi dari tumbuhan yang menyerupai estrogen. Ada banyak makanan diluar sana yang mempunyai sumber fitoestrogen seperti Pueraria Mirifica (Ubi Bidadari Putih), Labisia pumila (kacip fatimah) dan Asparagus racemosus (Shatavari). Herba-herba ini telah banyak dikaji dan terbukti keberkesanannya terhadap kesihatan dalaman wanita.

Sebab apa? Sebab fitoestrogen ini mampu mengekalkan hormon seksual wanita apabila umur meningkat supaya keanggunan wanita dapat dikekalkan seperti dulu-dulu. Bukan sahaja dapat tebalkan semula lapis dalam Miss V, tapi dapat juga meningkatkan pengeluaran pelincir, keanjalan dan mengawal pH untuk mengurangkan jangkitan Miss V.

Menariknya, di sebabkan fitoestrogen ini telah diamalkan sejak beribu tahun yang dahulu, Asparagus racemosus ini telah mendapat nama jolokan dalam bahasa Sanskrit India yang dipanggil Shatavari. Shatavari yang bermaksud “Wanita yang mempunyai 100 orang suami” yang sudah tentu sangat baik untuk fungsi kesihatan wanita.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini