Ramai yang menganggap bahawa masalah demensia ini adalah penyakit orang tua. Tapi tahu tak, demensia/nyanyuk dan Alzheimer ini bukan berlaku disebabkan oleh peningkatan usia sahaja, tapi ia juga boleh terjadi disebabkan oleh faktor-faktor lain.
1. Diabetes

Saintis mengatakan bahawa Alzheimer ini mungkin berkait rapat dengan Diabetes. Sebab itu, ada sesetengah saintis menamakan Alzheimer ini sebagai Diabetes Type 3. Kenapa? Kerana Alzheimer ini berkadaran dengan rintangan insulin di dalam otak. Maksudnya insulin tak boleh berfungsi dengan baik dalam otak. Tugas insulin adalah untuk membawa masuk gula ke dalam sel-sel untuk digunakan sebagai tenaga. Tapi apabila perkara ini tidak berlaku, sel tak boleh gunakan tenaga tersebut. Dan ini sebenarnya berlaku pada diabetes type 2. Sebab itu dikatakan Alzheimer dan Diabetes ini mempunyai hubungkait yang tinggi. Kena ingat, Malaysia mempunyai statistik masalah diabetes yang sangat-sangat tinggi. Jadi berkemungkinan masalah nyanyuk di Malaysia pun tinggi juga.
Sebab itu, kalau nak kawal nyanyuk ini, kena kawal gula darah juga lagi-lagi bagi mereka memang sudah menghidap diabetes. Elakkan keradangan kronik ini daripada memamah se-sel otak anda itu. Dan dikatakan lebih kurang 60% daripada pesakit Alzheimer ini adalah pesakit Diabetes.
2. Salur darah tersumbat

Masalah Demensia ini juga boleh disebabkan oleh vascular atau saluran darah tersumbat. Saluran darah tersumbat ni boleh disebabkan oleh radikal bebas dan stres oksidatif.
Secara asasnya, bahan toksin di dalam badan yang tidak dapat dineutralkan oleh antioksidan yang ada secara semula jadi dalam badan boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Ini termasuklah dalam kes Diabetes.
3. Trauma

Trauma juga boleh menyebabkan Demensia. Trauma ini adalah sejenis kecederaan. Kadang-kadang bahaya juga lebih-lebih lagi mereka yang terlibat dalam MMA, asyik kena tumbuk je kan. Setiap kali kena tumbuk je otak bergoyang. Mungkin diorang tak rasa apa-apa sebab hari-hari kena tumbuk. Tapi sebenarnya benda ini dah merosakkan sel-sel otak mereka.
4. Pengumpulan toksin

Demensia juga boleh berlaku disebabkan pengumpulan toksin di dalam otak seperti heavy metals lead, plumbum dan merkuri. Dari mana datangnya heavy metals ni? Ia boleh datang daripada pengambilan ikan yang tinggi merkuri, dan penggunaan seperti krim-krim pemutih yang mengandungi merkuri. Ini menyebabkan anda berisiko untuk alami masalah nyanyuk dengan lebih cepat. Hati-hati, nak cantik tapi otak senang nyanyuk! AWAS.
5. Kanser

Masalah tumor atau ketumbuhan samada kanser atau tidak juga akan menekan dan menyebabkan kematian sel-sel otak dan ia boleh menyumbang kepada masalah Demensia.
6. Pengambilan sesetengah jenis ubat-ubatan

Pengambilan sesetangah jenis ubatan juga boleh menyebabkan nyanyuk. Kadang-kadang ubat ni boleh menjejaskan memori dan menyebabkan brain. Contohnya ubat tahan sakit jenis opioid, jenis yang ada kodein. Ini kalau diamalkan secara berterusan mudah untuk individu itu mendapat masalah brain fog, nyanyuk atau demensia ni.
Kemudian, ubat darah tinggi jenis beta-blocker, ubat statin juga dikatakan boleh mempercepatkan masalah nyanyuk. Kemudian ubat Valium, Benzodiazepine, ubat psychotropic, tricyclic, antidepressant dan antihistamine jenis dulu seperti Piriton (ubat tahan gatal), Diphenhydramine, Benadryl.
7. Keradangan

Keradangan kronik ini berlaku apabila kita tak kawal gaya hidup kita termasuklah jangkitan COVID 19. Keradangan pada otak akan menyebabkan brain fog dan kita tak tahu berapa lama masalah brain fog ini akan berlarutan. Ada yang kata 3 bulan, 6 bulan dan ia juga boleh berlarutan sehingga setahun.