5 Sebab Jangkitan COVID-19 Boleh Menyebabkan Kencing Manis

0
989

Benarkah jangkitan COVID-19 ini boleh mencetuskan terjadinya kencing manis kepada individu yang tidak pernah mempunyai kencing manis?

Mengikut kepada kajian dari Journal Diabetes Obesity dan Metabolism yang dikeluarkan pada bulan November 2020, mereka mendapati 14.4% daripada mereka yang dimasukkan ke hospital atas sebab COVID-19 mengalami masalah kencing manis sedangkat sebelum ini mereka sihat sahaja tanpa sebarang penyakit. Dan 14.4% ini bukan hanya melibatkan orang yang sudah berusia malahan kanak-kanak seawal 8 tahun juga terkesan.

5 sebab yang mungkin saintis berpendapat boleh mencetuskan kencing manis selepas jangkitan COVID-19

1. Mereka ini memang dah ada bunga-bunga kencing manis (prediabetes). Kalau tidak dijaga dalam masa 5 tahun, pra kencing manis ini boleh bertukar menjadi kencing manis. Statistik menunjukkan bahawa sekitar 90 % orang pra-diabetik diluar sana tidak tahu yang mereka ini ada bunga-bunga kencing manis. Apabila terkena jangkitan Covid-19, ia mempercepatkan terjadinya kencing manis.

2. Mereka ini sebenarnya sudah ada kencing manis jenis 2 tetapi tidak tahu. Statistik juga menunjukkan 3.9 juta rakyat Malaysia mempunyai kencing manis dan sekitar 50 % rakyat tidak tahu yang mereka ada kencing manis sehingga lakukan pemeriksaan.

3. Jangkitan COVID-19 menyebabkan stres dalaman dan ini  akan mencetuskan keradangan. Stres menyebabkan penghasilan hormon kortisol. Apabila hormon kortisol ini dihasilkan secara berpanjangan, ia boleh menyebabkan rintangan insulin, dan akan menyebabkan masalah kencing manis.

4.Rawatan steroid yang diberikan kepada pesakit COVID-19. Dan jangkitan yang lebh serius akan diberikan rawatan steroid dalam dos yang besar. Steroid ini ia juga boleh mencetuskan masalah rintangan insulin (sel badan tidak peka kepada insulin).

5. Amalan gaya hidup yang tidak sihat. Kebetulan di waktu pandemik ini adalah waktu kebanyakan dari masyarakat duduk di rumah dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Ditambah pula makan tidak ikut masa dan porsi.  Ini menyebabkan berat badan naik dan menyebabkan obesiti. Obesiti akan menjemput keradangan kronik yang berlaku dalam badan dan ini akan menjemput kencing manis.

Inilah 5 sebab yang saintis sekarang jangkakan kenapa pesakit COVID-19 boleh dapat bacaan gula yang tinggi. Oleh sebab itu, penting untuk kita tahu simptom-simptom kencing manis.

Simptom-simptom kencing manis termasuklah:

  • Kerap dahaga,
  • Kerap kencing pada waktu malam
  • Kerap makan
  • Mata kabur
  • Kaki kebas dan rasa panas
  • Luka lambat sembuh
  • Kulit kering dan gatal
  • Nafas berbau

Sekiranya anda ada simptom-simptom di atas, terus buat pemeriksaan di klinik untuk dapatkan rawatan yang lebih lanjut. 

Sangat penting juga untuk ambil langkah awal bagi mengurangkan keradangan yang berlaku di dalam badan. Walapun tubuh badan manusia sudah ada bahan anti radang dan anti oksidan tetapi apabila makin berusia dan sudah mempunyai penyakit-penyakit kronik bahan-bahan ini akan makin berkurang. 

Amalkanlah gaya hidup yang sihat. 

Bermanfaat? Jangan lupa kongsikan bersama orang-orang yang tersayang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here