5 Perkara Penting Yang Anda Perlu Lakukan Untuk Turunkan Berat Badan

Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, sudah pasti telah mencuba pelbagai cara untuk turunkan berat badan.

Dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda 5 cara yang boleh dilakukan untuk turunkan berat badan dan apakah faedah yang anda akan nikmati.

Teruskan membaca artikel ini untuk mendapat maklumat yang berfaedah.

5 Cara Turunkan Berat Badan

1. Tidur Dengan Cukup

turunkan berat badan

Satu cara yang sangat senang namun tidak diketahui oleh ramai orang adalah untuk tidur dengan cukup pada setiap hari. 

Ini untuk memberi peluang anda berehat dan proses penghadaman yang lebih berkesan.

Menurut kajian, waktu tidur yang paling bagus untuk orang dewasa adalah 7-8 jam setiap hari. Ia memberi peluang yang secukupnya untuk badan berehat.

Jika badan dalam keadaan sihat dan mempunyai rehat yang cukup, maka risiko untuk anda merasa stres dan letih adalah sangat rendah.

Ini akan memberi kesan yang sangat bagus kepada badan anda dan boleh membantu untuk menurunkan berat. 

Tahukah anda, proses menurunkan berat badan akan terganggu akan terganggu sekiranya anda kurang tidur?

Banyak kajian mendapati individu yang kurang tidur 5 jam atau kurang berisiko alami penambahan berat badan berbanding individu yang tidurnya cukup.

Berjaga lewat malam akan menyebabkan seseorang mengambil lebih banyak kalori menyebabkan gangguan pelbagai hormon termasuk hormon yang mengawal selera makan.

2. Kurangkan Gula

Gula merupakan salah satu penyebab utama berat badan anda naik. Oleh itu, ia sangat penting untuk mengurangkan pengambilan gula pada setiap hari.

Selain daripada pengambilan makanan tinggi gula, anda juga perlu berhati-hati semasa minum. Kurangkan pengambilan air isotonik atau air berkarbonat seperti Red Bull dan Coke yang mempunyai kandungan gula yang sangat tinggi.

Walaupun badan memerlukan gula untuk tenaga, kita perlu berhati-hati dan berpada-pada supaya ia tidak memberi kesan yang buruk kepada diri kita akibat tenaga berlebihan yang tidak digunakan dan tersimpan saja di dalam badan. 

Anda boleh cuba alternatif lain untuk menggantikan gula dengan pemanis yang lebih sihat dan tidak menyebabkan kenaikan berat badan seperti stevia.

3. Bersenam

turunkan berat badan

Ini merupakan cara yang diketahui oleh ramai orang. Bersenam sangat penting supaya anda dapat menikmati kehidupan yang sihat.

Sebaiknya, lakukanlah senaman ringan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari dengan berjalan kaki atau bergerak setempat supaya badan kekal aktif. 

Anda tidak perlu risau untuk mencari tempat bersenam kerana ia boleh saja dilakukan di dalam bilik anda!

Latihan seperti tekan tubi, sit-ups dan squats boleh dilakukan di mana-mana dan sangat senang untuk dilakukan. Ia akan membantu menguatkan otot badan sekaligus membantu pembakaran lemak badan dengan lebih efisien.

4. Makan Ikut Waktu

Jika anda ingin menurunkan berat badan adalah sangat disarankan untuk anda mempunyai waktu makan yang tetap setiap hari.

Anda boleh merancang untuk makan pada waktu yang tetap setiap pagi, tengah hari dan petang supaya badan anda dapat biasakan rutin ini pada setiap hari.

Jika tidak, anda akan lebih cenderung untuk makan pada waktu malam dan ini sangat berbahaya kerana ia akan menyebabkan berat badan anda naik dengan cepat.

5. Makan Ikut Porsi atau Pinggan Sihat 

Cara yang terakhir untuk turunkan berat badan adalah makan mengikut porsi yang telah disyorkan makanan.

Pengambilan makanan mengikut porsi adalah seperti kaedah suku-suku separuh atau segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur. Porsi adalah penting untuk mengelakkan kita dari terlajak makan.

3 Faedah Turunkan Berat Badan

  1. Lebih Yakin

Keyakinan diri akan lebih terserlah apabila anda sudah berjaya mencantikkan penampilan.

Ini boleh menaikkan semangat anda dan mendorong anda untuk membuat kerja dengan lebih semangat kerana keyakinan diri yang tinggi.

2. Mengurangkan Risiko Penyakit

Bagi mereka yang menghadapi masalah obesiti, mereka lebih cenderung dan berisiko untuk mendapat penyakit 3 serangkai seperti tekanan darah tinggi, masalah jantung dan kencing manis.

Penyakit ini sangat bahaya kerana ia boleh membawa kepada risiko maut. Bertindaklah segera sebelum terlambat. 

3. Boleh Melakukan Pelbagai Perkara  

Berat badan yang berlebihan boleh menyukarkan anda daripada melakukan pelbagai perkara yang orang lain boleh buat dengan mudah seperti memotong kuku kaki, memakai pelbagai jenis pakaian trend terkini, berjalan kaki dan tidur dengan lena.

Ini adalah kerana berat yang berlebihan akan menyukarkan anda untuk bergerak, menunduk mahupun berbaring.

Jika anda berjaya turunkan berat badan, pastinya aktiviti ringan ini boleh saja anda lakukan tanpa memerlukan bantuan peralatan sokongan khas mahupun bantuan orang lain.

Kesimpulannya, adalah sangat penting untuk anda turunkan berat badan kerana ia boleh menyebabkan ketidakselesaan, sekatan dalam melakukan aktiviti harian serta timbulnya masalah kesihatan yang boleh menjadi lebih teruk.

Risiko Kesihatan Anda Jika Berat Badan Berlebihan

turunkan berat badan

Berat badan yang berlebihan atau obesiti berpotensi tinggi untuk si pemilik badan mengalami diabetes. 

Diabetes merupakan salah satu masalah kesihatan yang kronik dan ia mengambil masa yang lama untuk menjalani proses pemulihan. 

Berat badan yang berlebihan adalah berpunca daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat. Ia termasuklah pengambilan makanan yang tidak sihat dan seimbang. Secara zahirnya, si pemilik badan haruslah mengamalkan amalan pemakanan yang sihat secara menyeluruh untuk mengelakkan kenaikkan berat badan secara drastik. 

Setiap makanan yang diambil mempunyai nutrien tersendiri. Nutrien tersebut akan diserap ke dalam sel tubuh badan dan diproses mengikut keperluan si pemilik tubuh.

Namun, pemakanan yang berasaskan gula, lemak trans, makanan segera akan menggangu penyerapan nutrisi di dalam tubuh badan. 

Hal ini akan menyumbang kesan yang negatif kepada tubuh badan. Antaranya ialah menyebabkan masalah keradangan kronik serta menganggu kepekaan hormon insulin di dalam badan.

Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab menyerap glukosa ke dalam sel untuk diguna pakai sebagai tenaga.

Jika badan tidak dapat lagi menggunakan insulin dengan berkesan, paras glukosa akan kekal tinggi di dalam salur darah. Keadaan ini berlaku apabila sel tidak lagi sensitif pada hormon insulin dan keadaan ini dinamakan sebagai rintangan insulin.

Fenomena inilah yang menyebabkan si pemilik badan berisiko menghidap penyakit diabetes. 

Justeru, masalah berat badan atau obesiti bukanlah suatu penyakit yang boleh dipandang enteng. 

Ia boleh menyumbang kepada penyakit badan yang kronik secara berpanjangan. 

Si pemilik badan perlulah mengamalkan pemakanan secara teratur dan seimbang agar sel tubuh badan dapat berfungsi dengan lebih baik. 

Untuk menjamin kesihatan dalaman secara menyeluruh, anda boleh mengamalkan pengambilan produk kami iaitu Phytax. 

turunkan berat badan

Phytax ialah produk kesihatan yang mempunyai manfaat seperti berikut: 

  • Mengawal paras gula dalam badan
  • Mengurangkan penyakit degenaritif atau masalah kemerosotan diri
  • Membantu dalam pembentukan sendi yang sihat 

Produk ini turut membekalkan 12 esktrak botani yang baik untuk tubuh badan seperti: 

  • Teh hijau 
  • Delima 
  • Kulit Pokok Pain
  • Durian belanda
  • Kranberi 
  • Blueberry 
  • Tomato 
  • Acai beri
  • Alga Hijau
  • Biji Anggur
  • Roselle
  • Kulit Manggis 

Dengan berbekalkan esktrak botani, Phytax dapat membantu anda dalam mengurangkan risiko penyakit diabetes. Ekstrak botani yang tidak mempunyai gula tambahan dan dirumus secara sihat adalah pilihan terbaik buat anda yang ingin mengurangkan potensi risiko mendapat diabetes!

Dapatkan Produk Eskayvie Anda Di Sini

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini