1) Gaya hidup tidak sihat

- Pengambilan makanan yang tinggi gula dan lemak trans. Ciri-ciri makanan ini ada pada hampir semua makanan segera kegemaran kita seperti aiskrim, makanan segera, kek dan banyak lagi. Makanan yang menyebabkan keradangan seperti omega-6 juga boleh lemahkan lagi sistem imun jika diambil secara berlebihan.
- Obesiti juga menjadi faktor risiko kerana sel-sel lemak ni akan hasilkan bahan atau agen keradangan adipocytokine yang boleh sebabkan penyakit kronik.
- Kurang bersenam.
- Tidur tidak cukup.
- Stres tidak terkawal.
2) Ubat

- Ada sesetengah ubat boleh melemahkan sistem imun seperti ubatan untuk mereka yang membuat pemindahan organ, ubatan untuk atasi masalah autoimun, ubatan steroid serta ubat gastritis.
3) Cahaya matahari

- Ini lah faktor yang memang ramai tak perasan lagi-lagi wanita. Apabila kulit terkena sinaran UVB dari matahari tu, bawah kulit kita ada bahan yang boleh menghasilkan atau menukarkan UVB tadi kepada vitamin D.
- Vitamin D ni ada lebih daripada 3000 gen dan receptor dalam badan dan ini menunjukkan betapa pentingnya fungsi Vitamin D. Sememangnya kita boleh dapat secara percuma, tapi bagi wanita yang menutup aurat, muka dan tangan pula dilitupi dengan sunblock, jadi memang agak sukar untuk mendapatkan cahaya matahari.
- Antara sumber makanan yang kaya dengan vitamin D adalah seperti ikan berlemak, telur kuning, daging dan banyak lagi. Kajian menunjukkan mereka yang bergantung 100% vitamin D daripada makanan hanya mendapat lebih kurang 10% keperluan vitamin D daripada keperluan badan. Memang tak cukup.
4) Depressed/Menyendiri

- Apabila anda terlampau menyendiri, sunyi, sebenarnya ini pun boleh menurunkan sistem imun.
- Bila terlalu menyendiri, hormon noradrenaline akan meningkat dan boleh jejaskan imun sistem badan. Jadi perlu ada langkah pencegahan. Rakan-rakan atau ahli keluarga pun kena pantau orang sekeliling dan orang rapat untuk mengelakkan mereka rasa perasaan menyendiri.
5) Senaman

- Tak bersenam boleh melemahkan sistem imun, terlebih bersenam juga boleh melemahkan sistem imun badan. Ini kerana, apabila anda terlebih bersenam, penghasilan hormom kortisol (hormon stres) di dalam badan anda juga akan meningkat.
Bermanfaat? Kongsikan dengan tersayang ya.