5 Langkah MUDAH Turunkan Berat Badan Di Usia Meningkat

0
797

Perasan tak ada sesetengah individu, waktu muda-muda dulu susah sangat nak naikkan berat badan. Tapi, bila meningkat usia ini lain pula jadinya, punya susah nak turunkan berat badan. Dah cuba macam-macam cara, tak turun-turun juga. 

Kenapa ia terjadi?

Sinonimnya apabila usia meningkat, kadar metabolisma badan akan menurun. Aktiviti-aktivit yang dapat keluarkan peluh juga semakin berkurang. Selain daripada itu, hal ini terjadi juga dipengaruhi oleh faktor SARCOPENIA. 

Apa pula SARCOPENIA ni? Sarcopenia adalah keadaan di mana jisim otot semakin mengecil atau mengecut, dan ia digantikan dengan jisim lemak. Dalam Bahasa mudahnya, otot mula mengecut dan lemak pula mula mengembang. Keadaan ini biasanya akan berlaku apabila usia mula mencecah 30-an.

Jom SEMAK cara untuk turunkan berat badan.

1.Senaman

Senaman adalah aktiviti yang dilakukan diluar rutin dan ia pastinya aktiviti yang dapat meningkatkan degupan jantung serta dapat mengeluarkan peluh. Senaman ini terbahagi kepada dua iaitu senaman kardio dan senaman resistance training. Senaman kardio ini seperti jogging manakala senaman resistance training ialah angkat berat ataupun senaman penguatan otot. Senaman penguatan otot adalah senaman terbaik yang disyorkan kepada mereka yang sudah meningkat usia. 

Bagi wanita, tiada masalah jika anda nak lakukan senaman penguatan otot kerana ia tidaklah menyebabkan otot anda berketul. Ini kerana, wanita tidak mempunyai hormon testosterone seperti kaum lelaki.

Selain itu, senaman penguatan otot juga boleh meningkatkan sejenis hormon yang dinamakan sebagai Human Growth Hormone iaitu hormon remaja. Dengan kata mudahnya, senaman ini boleh menjadikan anda AWET MUDA. 

2.Jaga pemakanan

Seiring dengan peningkatan usia, resting metabolic rate semakin berkurangan. Ini bermakna, pengambilan makanan patut dikurangkan. 

Kaedah nak jaga makan yang paling mudah adalah anda amalkan segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur. Paling penting elakkan KUDAPAN. 

Elakkan juga makan selepas waktu maghrib, kerana sebaiknya anda perlukan julat 3 jam masa antara waktu makan dan sebelum tidur. Selain itu, elakkan minuman manis dan tambahkan pengambilan air kosong. Air kosong adalah yang terbaik. Ingat tu !! Selain air kosong, anda juga boleh amalkan teh hijau, kerana teh hijau ini dapat meningkatkan metabolisma badan dan mempercepatkan proses pembakaran lemak. 

3.Tidur yang cukup

Pastikan anda dapatkan tidur yang mencukupi iaitu antara 6 hingga 8 jam sehari. Kajian yang dijalankan di kalangan 245 wanita yang cukup tidur mendapati peluang untuk mereka turunkan berat badan adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak cukup tidur. Ini kerana, apabila tak cukup tidur hormone stres (kortisol) dan hormone lapar (ghrelin) akan dirembeskan.

4.Perhatikan hormon badan

Apabila usia meningkat, hormon yang penting akan mula menurun. Contohnya, hormon estrogen bagi wanita dan testosterone bagi lelaki. 

Ketika mana hormon wanita tinggi, sel lemak akan berkumpul pada tempat-tempat kewanitaan seperti payudara, pinggul dan paha. Namun, apabila hormon estrogen rendah, lemak akan mula pergi ke bahagian perut. Ini sentiasa terjadi di kalangan wanita yang dalam fasa menopos, maksudnya bila dah menopos perut pun semakin buncit. Jadi, bagi wanita yang nak tingkatkan hormon estrogen, anda boleh tingkatkan pengambilan fitoestrogen daripada tumbuh-tumbuhan dan herba semula jadi. 

Bagi lelaki yang apabila hormon testosterone mula menurun, anda disarankan untuk lakukan Resistance Training atau senaman yang menguatkan otot bagi meningkatkan balik hormon testosterone tersebut.

5.Ubat

Ada sesetengah ubat boleh menghalang anda untuk kurus, khususnya ubat yang dimakan secara berterusan. Antaranya seperti ubat beta blocker iaitu ubat yang digunakan kepada pesakit darah tinggi, boleh menyukarkan anda untuk menurunkan lemak dalam badan. 

Selain daripada ubat beta blocker, pengambilan steroid untuk mereka yang ada masalah keradangan kronik, asma dan auto imun juga menghalang anda untuk kurus. Pengambilan ubat tahan sakit (NSAIDs) juga boleh menyebabkan perut terengsa dan membuatkan anda rasa lapar dengan lebih kerap. Jadi, kalau nak ambil apa-apa ubat-ubatan pastikan anda berbincang dengan doktor yang merawat terlebih dahulu ya. 

Kesimpulannya, nak kurus perlukan USAHA. Tak boleh duduk diam je ya. Jom, mulakan langkah hari ini.

Bermanfaat ? Kongsikan bersama yang tersayang. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here