3 Perkara Yang Anda Selalu Buat dan Menyebabkan Kesihatan Paru-paru Merosot?

0
542

Kita sedia maklum kebiasaan atau tabiat merokok boleh merosakkan paru-paru dengan knadungan bahan-bahan toksiknya yang tinggi sehingga boleh menyebabkan keradangan dan memusnahkan struktur paru-paru sihat, tapi bagaimana pula dengan bahan atau keadaan lain? Perkara yang bakal dikongsikan boleh mengejutkan anda, bahawa anda terdedah dengan pelbagai bahan berbahaya setiap hari yang mampu memberi kesan jangka masa panjang kepada kesihatan paru-paru anda.

Sebagai contoh petani yang menggunakan racun perosak lebih terdedah kepada masalah athma dan juga masalah paru-paru kronik. Disebabkan itu pekerjaan merka memerlukan penggunaan topeng muka, sarung tangan dan pemakaian khusus untuk mengurangkan risiko kecedaraan pada organ dalaman.

Bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan paru-paru ni masih bergantung kepada jumlah dan tempoh pendedahan kepada bahan ini. Maksudnya, semakin lama anda berada dikawasan yang mempunyai bahan atau perkara ini, semakin tinggi la risiko anda menjejaskan kesihatan paru-paru anda. Teruskan baca untuk ketahui perkara yang boleh merosakkan paru-paru anda tanpa sedar.

  • Debu
    • Sangat mengejutkan debu yang biasa kita hadapi setiap hari tapi sebenarnya, tisu pada saluran pernafasan dan paru-paru boleh mengumpul debu dan bahan-bahan yang terdapat pada debu sehingga boleh menyebabkan kerosakan pada saluran pernafasan! Lebih-lebih lagi dengan udara tercemar, bukan sahaja debu, malah banyak lagi bahan dan gas berbahaya yang dihirup bersama setiap hari! Jangan lupa bersihkan bilik dan rumah anda dengan kerap untuk elakkan menghirup udara berdebu setiap hari. Lebih bagus kalau anda mempunyai penapis udara di rumah untuk memastikan kebersihan udara yang lebih terjamin.
  • Kulat
    • Apabila persekitaran anda terlalu lembab, pembentukan kulat adalah lebih mudah terjadi. Mungkin nampak remeh, tapi sebenarnya pembentukan kulat mampu menyebabkan penghasilan partikel halus yang dipanggil spora pada udara. Ini boleh menyebabkan anda mengalami jangkitan paru-paru yang serius lebih-lebih lagi jika anda mempunyai alahan kepada kulat, masalah paru-paru kronik seperti Chronic Obstructive Pulmonary Disease (COPD), atau sistem imun yang lemah sehingga tidak mampu melindungi daripada kuman dan bakteria. Untuk elakkan masalah kulat ni, pastikan rumah anda mempunyai pengudaraan yang baik, betulkan jika kebocoran pada atap, siling atau paip rumah serta pastikan kelembapan udara di rumah tidak terlalu rendah!
  • Permaidani/Karpet
    • Penggunaan karpet sememangnya menjadikan rumah kelihatan lebih menarik dan elegan. Namun, karpet juga boleh memerangkap kulat, cecair dari lipas, debu-debu halus, serta gas berbahaya yang boleh merengsa paru-paru anda. Bahan-bahan ini akan memasuki udara apabila anda membersihkan karpet anda atau hanya dengan berjalan atasnya! Bahan kimia yang digunakan untuk membuat karpet juga boleh menjadi masalah kepada paru-paru. Jika ingin menggunakan karpet, pastikan anda membersihkan (vacuum) sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk mengelakkan pengumpulan debu, atau jemur dibawah matahari dengan kerap juga.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here