Nasi adalah sejenis karbohidrat yang tawar. Bahaya tak makan nasi? Bahaya kalau makan dalam kuantiti yang banyak dan tak dikawal.
Apa yang boleh anda lakukan adalah dengan memilih beras yang memiliki Indeks Glisemik (GI) yang rendah. Antara pilihan beras tersebut ialah,
1. Beras Perang

Beras perang adalah pilihan tepat kerana mempunyai zat-zat yang baik untuk kesihatan walaupun rasanya kurang sedap berbanding beras biasa. Indeks Glisemik (GI) beras perang ialah sekitar 68-72.
2. Beras Basmathi

Memiliki bentuk yang panjang serta Indeks Glisemik (GI) sekitar 55-69, iaitu GI yang sederhana.
3. Beras Parboiled

Merupakan beras yang telah direbus terlebih dahulu. Memiliki GI yang rendah iaitu sekitar 40. Jadi walaupun ianya tidak sedap tetapi amat baik untuk kesihatan.
Makan nasi tak salah, tetapi pilihlah jenis beras yang elok dan ambillah dalam kuantiti yang selamat.
Bermanfaat? Kongsikan dengan yang tersayang.
*Nota: Indeks glisemik ialah skala 0-100 yang menunjukkan kadar penyerapan dan ketinggian glukosa darah anda meningkat selepas mengambil beberapa jenis makanan dari kategori karbohidrat.