Masalah resdung merupakan satu perkara yang dialami oleh ramai orang di Malaysia dan juga di seluruh dunia.
Walaubagaimanapun, ramai sebenarnya yang tidak mengambil berat tentang masalah ini dan jika dibiarkan, keadaan akan menjadi lebih teruk.
Di dalam artikel ini, kami akan menerangkan kepada anda tentang 3 cara yang anda boleh ikut untuk merawat resdung.
Apa itu Resdung?
Resdung adalah penyakit yang kerap berlaku dikalangan masyarakat dan ia melibatkan 20% populasi masyarakat.
Walaupun masalah ini bukanlah penyakit yang mengancam nyawa, tetapi komplikasi disebabkan masalah ini boleh berlaku dan ia memberi kesan kepada kualiti hidup.
Antara individu yang berisiko adalah mereka yang mempunyai sejarah keluarga dengan masalah alahan seperti asma dan ekzema. Ia berlaku disebabkan sistem imun yang terlalu sensitif dan bertindak balas kepada alergen seolah-olah ia berbahaya.
Bila keadaan ini berlaku, ia akan membebaskan histamin (sejenis bahan kimia semulajadi) di dalam lapisan dalam hidung dan lendir berlebihan akan terhasil.
Resdung boleh dielakkan dengan mengelakkan sepenuhnya faktor yang menyebabkan ia berlaku seperti alergen atau perubahan suhu. Namun, perkara ini amatlah mustahil.
Simptom Resdung
Bagi kebanyakkan kes, terdapat 4 simptom utama yang biasanya akan dialami oleh mereka yang mengalami penyakit ini. Simptom – simptom tersebut adalah:
- Bersin
- Hidung berair
- Hidung tersumbat
- Hidung gatal
Simptom-simptom tersebut merupakan perkara biasa yang dialami oleh semua orang. Ini adalah kerana anggota badan yang paling terkesan dengan masalah ini adalah hidung anda.
Keempat-empat simptom ini selalunya berlaku waktu pagi ataupun bila terdedah kepada allergen iaitu bahan yang menyebabkan simptom alahan. Selain daripada simptom ini, ada juga simptom-simptom lain yang mungkin berlaku bersama-sama iaitu :
- Sakit kepala
- Kurang deria rasa dan bau
- Mata merah atau keluar air mata
- Sakit telinga
- Rasa letih atau pening kepala
Selain daripada simptom-simptom di atas, resdung yang teruk boleh menyebabkan anda mengalami penyakit dan masalah kesihatan yang lain jika ia tidak dirawat dengan segera.
Antara masalah kesihatan lain yang anda boleh alami adalah:
- Sleep Apnea:
Berhenti bernafas terutamanya ketika waktu tidur
- Keradangan sinus:
Sinus merupakan rongga kosong di tengkorak bahagian muka dan kepala
- Otitis media:
Jangkitan kuman di bahagian tengah saluran telinga iaitu di belakang gegendang telinga
3 Cara Mengurangkan Masalah Resdung
Penyakit resdung boleh membuat anda rasa tidak selesa. Namun, itu tidak bermakna tidak ada cara untuk merawat resdung yang anda alami. Ikuti 3 tips di bawah,
- Elakkan bahan alergen
Cuba kenal pasti punca alahan dan elakkannya. Pastikan cadar, sarung bantal, tilam, karpet dan sebagainya bersih daripada sebarang habuk.
Jika anda mempunyai haiwan peliharaan yang menyebabkan anda mengalami simptom resdung, cuba mandikannya sekali seminggu dan jauhkan ia daripada kawasan bilik atau perabot. Selain itu, sentiasa tukar sarung tilam, bantal dan pastikan keadaan rumah berada dalam keadaan kering untuk mengelakkan kulat.
2. Mengambil Ubat
Jika anda kerap mengalami alergi rhinitis, doktor mungkin akan memberikan ubat-ubatan sebagai satu cara untuk merawat atau hilangkan resdung tersebut.
Ubat yang doktor berikan kepada pesakit mungkin berbeza mengikut keseriusan simptom penyakit resdung yang dialami.
Selain itu, doktor juga akan mengambil kira faktor lain seperti umur dan sama ada anda mempunyai asma ataupun tidak sebelum memberi preskripsi ubat.
3. Nutrisi dari Cendawan Susu Harimau
Nutrisi ini dianggap sebagai “National Treasure” yang mampu mengolah selia sistem imun badan supaya tidak terlajak sensitif. Walaubagaimanapun ia sukar diperolehi kerana ia hanya tumbuh di kawasan lereng bukit Hutan Khatulistiwa dan harganya boleh mencecah ratusan ringgit. Cendawan kategori eksotik ini sangat berkhasiat bagi,
- Mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema
- Melegakan batuk, selesema, radang paru-paru, asma
- Menguatkan paru-paru bagi pesakit paru-paru kronik dan perokok tegar
- Menguatkan sistem imun badan dari jangkitan kuman dan virus
Kesimpulannya, anda perlu mengambil berat tentang penyakit resdung yang dialami kerana ia boleh membawa kepada masalah yang lebih teruk.
Jika anda ingin mencari nutrisi Cendawan Susu Harimau yang sukar diperolehi ini, anda boleh dapatkannya dari Eskayvie!
Saya ingin membantu anda semua untuk menikmati nutrisi ini dengan mudah dan murah supaya masalah resdung yang dialami anda semua dapat diselesaikan.
Semua produk berkualiti Eskayvie diformulasikan oleh Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, seorang doktor perubatan yang mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang perubatan.
Bukan hanya mengandungi Cendawan Susu Harimau, formulasi oleh Dr Syid Ayob turut menggabungkan Vitamin D, Vitamin C dan buah Camu-camu dalam satu tablet Eskayvie Diffenz!
Ia bukan sahaja boleh membantu mengatasi masalah resdung, alahan dan ekzema, malah membantu menyokong sistem paru-paru dan menguatkan sistem imun.
Eskayvie Diffenz adalah tablet yang mempunyai rasa masam-masam manis buah blackcurrant yang sangat enak dan digemari oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak.
Dapatkannya dengan hanya RM60 sekotak dan boleh digunakan selama 30 hari. Untuk penjimatan lebih, dapatkan 2 kotak dengan hanya RM100. Anda jimat RM20!