20 Tanda Anda Mengalami Bunga-bunga Kencing Manis

Anda mungkin biasa dengarkan bunga-bunga kencing manis. Ramai orang diluar sana tak sedar yang mereka sebenarnya sedang mengalami tanda bunga-bunga kencing manis.

Kenapa bunga-bunga? Sebab kes kencing manis ni makin meningkat di luar sana. Jadi kita perlu sedar tentang perkembangan gejala-gejala kencing manis ini kerana:

1) Kencing manis adalah antara penyakit metabolik atau penyakit berangkai yang menyebabkan pelbagai komplikasi.

2) Angka kencing manis semakin meningkat.

Statistik terkini menunjukkan 3.9 juta atau 1 daripada 5 orang rakyat Malaysia mempunyai kencing manis. Dan 95% daripadanya datang dari kencing manis Jenis 2 yang berpunca daripada cara hidup. Mereka yang menghidap kencing manis jenis 2 ni perlu peka sebab tanda-tanda ini datang secara perlahan-lahan dan secara tidak disedari. Tahu-tahu gula dah terlalu tinggi. Kita risau bila bunga-bunga ni mekar maka akan jadilah kencing manis.

Semua ini berpunca daripada satu keadaan yang dipanggil rintangan insulin. Insulin ni adalah hormon yang berfungsi untuk menyerap gula ke dalam sel dan dibakar menjadi tenaga.

Hormon insulin ini sangat penting, bukan sahaja membantu menyerap gula ke dalam sel, tetapi ia juga membantu menyimpan glukosa berlebihan sebagai glikogen untuk tenaga simpanan di dalam otot. Kalau masih ada glukosa yang berlebihan barulah disimpan sebagai lemak. Tetapi ketika rintangan insulin, badan kita sudah tidak peka dengan insulin. Ini menyebabkan insulin tak dapat digunakan secara efisien.

Badan akan menghantar signal ke otak untuk maklumkan bahawa sel tidak mendapat glukosa atau tenaga yang mencukupi dan otak akan mengerahkan pankreas untuk menghasilkan lebih banyak insulin untuk membantu serapan gula dan menyebabkan peningkatan insulin dalam darah.

Disebabkan insulin juga berfungsi sebagai hormon yang menyimpan lemak, bila insulin sentiasa dalam keadaan yang tinggi, badan sentiasa berada dalam keadaan bakar lemak. Sebab itu ada sesetengah orang akan mengeluh bila makin gemuk tapi sangat susah nak kurus. Ini sebenarnya mungkin salah satu tanda mereka sudah ada bunga-bunga kencing manis.

Jadi, anda harus peka dengan tanda- tanda yang ada. Kenapa? Sebab peluang untuk mengundurkan masalah ini adalah lebih mudah berbanding mengundurkan masalah kencing manis. Bila insulin tinggi, bukan sahaja senang kena kencing manis, tetapi penyakit lain seperti sakit jantung, kanser, strok, masalah Alzheimer (nyanyuk), masalah mata kabur dan buah pinggang semakin rosak. Sebab itu anda perlu tahu jika badan anda sedang mengalami tanda-tanda tersebut.

Antara prosedur yang boleh dilakukan oleh Doktor untuk sahkan anda ada rintangan insulin adalah melalui ujian kadar hormon insulin dalam darah ketika puasa. Sepatutnya tahap insulin dalam darah perlu lebih rendah dari 10 mIU/L. Atau periksa gula ketika puasa. Jika waktu puasa gula dah lebih 5.6 mmol/L, anda perlu berhati-hati.

Di sini dikongsikan 20 tanda yang ramai mungkin alami tapi tak perasan. Sekarang anda boleh semak sebelum terlambat dan dapat kencing manis

1) Selalu letih dan takda tenaga. Atau mengantuk sampai tak sempat nak tunggu disorong bantal. Terutamanya selepas makan.

2) Suka makan karbohidrat atau ketagih makan karbohidrat seperti mee, nasi, atau makanan-makanan manis.

3) Fokus makin kurang. Nak buat kerja pun susah nak fokus. Simptom ini selalu tidak disedari oleh orang.

4) Selalu lapar dan selera semakin bertambah.

5) Perut selalu berangin, kembung atau tak selesa.

6) Susah nak diet sebab apabila nak mulakan diet, masih susah sebab asyik berselera dan mengidam makanan berkarbohidrat.

7) Kalau diet pun, berat susah nak turun. Ini disebabkan oleh paras insulin tinggi dalam badan dan menyebabkan badan berada pada keadaan simpan lemak.

😎 Suka mengidam benda-benda manis.

9) Badan mudah berpeluh. Tengah makan berpeluh, buat kerja sikit pun berpeluh, atau duduk dalam aircond pun boleh berpeluh.

10) Berat badan berlebihan atau pun mempunyai masalah obesiti.

11) Ukur lilit perut besar atau kata lainnya buncit. Jika perempuan, ukur lilit pinggang tidak melebihi 31.5 inci dan lelaki tidak melebih 35.5 inci.

12) Murung, moody, atau masalah depresi.

13) Rasa loya, sakit kepala, resah gelisah tak menentu tapi bila makan, semua tanda tu akan hilang.

14) Bila periksa tekanan darah, ia mula naik. Seperti kita tahu kencing manis ni penyakit 3 serangkai, biasanya satu dah datang, dia akan datang berserta penyakit lain. Mungkin paras tekanan darah tu tak terlalu tinggi untuk dipanggil darah tinggi, tetapi dah berada di paras yang membahayakan.

15) Mudah mengalami skin tag atau kutil. Mudah terjadi di bawah ketiak atau di bahagian celah kelangkang, di celah-celah pelipat seperti bawah payudara dan leher.

16) Acanthosis nigricans iaitu keadaan dimana dibahagian pelipat anda, kulit mula menjadi kehitaman. Bukan daki, sental lah mcm mana pun memang tidak akan hilang. Kadang-kadang kehitaman di kulit tu nampak macam timbul sedikit. Selalu terjadi terutama di bahagian belakang leher dan dicelah-celah kelangkang.

17) Haid tak teratur/ lambat/ terlepas period.

18) Sesetengah wanita juga mempunyai PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome).

19) Bacaan kolesterol dalam darah dah tak cantik. HDL yang sepatutnya tinggi dah menjadi rendah dan LDL yang sepatutnya menjadi rendah berubah tinggi. Bacaan triglyceride juga akan jadi tinggi.

20) Bacaan gula naik. Bacaan gula ketika berpuasa sepatutnya tidak melebihi 5.6 mmol/L.

20 tanda-tanda tersebut kadang-kadang kita ada alami, tetapi kita pilih untuk tidak endahkan. Sila beri perhatian kepada tanda bunga-bunga kencing manis ini. Sebab kencing manis jenis 2 ni datang secara tidak disedari.

Bermanfaat? Kongsikan bersama tersayang.

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini