13 Kesan Kekurangan Tidur Yang Akan Anda Alami

Kajian terbaru menyatakan bahawa tidur kurang daripada 5 jam dapat meningkatkan risiko sakit jantung sebanyak 52%. Dah banyak sebenarnya kajian-kaijan terdahulu mengatakan bahawa kurang tidur ini boleh memudaratkan sistem kardiovaskular terutamanya jantung.

Kalau kita lihat, sepanjang umur kita, 1/3 daripada umur kita ni dihabiskan dengan tidur. Menurut statistik, 1/3 daripada kita ini tidak mendapatkan tidur yang cukup samada dari segi tempoh masanya atau dari segi kualitinya dan statistik tersebut diambil ketika fasa pre-pandemik. Ditambah pula dengan pelbagai isu sekarang ini seperti COVID, stres dan anxiety, jadi saya yakin bahawa statistik individu yang kekurangan tidur ini juga pasti meningkat. Baca ni sampai habis untuk tahu apa kesan akibat kekurangan tidur. Dan mungkin salah satu kesannya anda dah alami pun tanpa sedar.

1. Risiko obesiti meningkat sebanyak 41 %

Kajian pada tahun 2020 mendapati tidur kurang daripada 7 jam boleh meningkatkan risiko obesiti sebanyak 41 %. Kekurangan tidur menyebabkan hormon-hormon dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Salah satunya adalah ia boleh menyebabkan peningkatan hormon ghrelin (hormon lapar). Maksudnya seseorang itu sering berasa lapar la. Manakala, hormon leptin (hormon kenyang) pula berkurangan, makanya kita asyik rasa tak kenyang. So kalau asyik lapar dan asyik tak kenyang, apa jadi? Makan, makan dan makan lah! Bila makan, makan, makan..jadilah gemuk.

Selain itu, kekurangan tidur juga menyebabkan badan memerlukan tenaga yang lebih. Ini menyebabkan mereka akan mengidam kepada makanan-makanan yang boleh memberikan tenaga secara cepat, seperti gula, makanan berlemak dan karbohidrat ringkas.

2. Menjejaskan fungsi otak

Kurang tidur juga boleh mempengaruhi salah satu organ penting dalam tubuh badan, iaitu OTAK. Walaupun berat otak ini hanyalah 1.4kg sahaja, tapi ia menggunakan lebih daripada 20% tenaga dalam dalam tubuh badan kita untuk berfikir. Apa yang akan berlaku pada otak kalau kita tak cukup tidur? 

Kajian menunjukkan kekurangan tidur boleh menurunkan fungsi kognitif. Kognitif membawa maksud aktiviti mental atau aktiviti berfikir secara sedar. Apabila fungsi kognitif menurun, sudah tentu produktiviti dan prestasi kita juga menurun. Terdapat satu kajian telah dijalankan ke atas doktor sendiri. Kajian tersebut mendapati, doktor yang kekurangan tidur secara sederhana (tidak terlalu kritikal), boleh meningkatkan risiko mereka untuk melakukan medical error sebanyak 54 %. Dan, kekurangan tidur yang kritikal boleh meningkatkan risiko mereka melakukan medical error sebanyak 96 %. Kalau masalah tidur yang kronik lagi, boleh meningkatkan risiko mereka sebanyak 97 %. Hal ini berlaku disebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Tidur juga amat penting di kalangan kanak-kanak. Kalau tempoh masa tidur mereka tidak dikawal, hal ini boleh menjejaskan prestasi belajar, prestasi menyelesaikan masalah, memori dan daya ingatan. Nak-nak lagi bagi kanak-kanak yang nak menjalani ujian peperiksaan, penting untuk dapatkan tidur yang mencukupi bagi membolehkan minda berada pada tahap yang terbaik. 

Ketika tidur, proses penyimpanan maklumat-maklumat berlaku. Maksudnya di sini, memori jangka masa pendek akan diubah kepada memori jangka masa panjang. Selepas sesuatu maklumat itu diubah kepada memori jangka masa panjang, barulah maklumat tersebut akan kekal dalam ingatan kita. Oleh sebab itu, nak mudah menghafal kena dapatkan tidur yang mencukupi. 

Segala memori atau maklumat yang tidak digunakan akan dibuang ketika kita tidur. Ia bagi membolehkan otak kita menyimpan maklumat-maklumat yang penting sahaja. Malahan, proses detoksifikasi juga berlaku ketika tidur, di mana otak akan mengeluarkan segala bahan-bahan toksin yang tidak diperlukan dan menjadikan otak kita lebih segar sebaik sahaja kita terjaga daripada tidur. 

3. Mempengaruhi prestasi sukan

Tidur juga penting untuk prestasi atlet kerana ia juga akan meningkatkan kuasa otot dari segi reflex time. Reflex time ini penting kalau kita bermain alat-alat atau sukan-sukan yang perlukan reflex yang tinggi seperti ping pong dan badminton. Kalau tidak, pihak lawan bagi bola pun kita tak sempat nak balas balik. So reflex time ni dapat ditingkatkan dengan tidur yang mencukupi. Di samping itu, ia juga boleh meningkatkan daya tahan otot (stamina).

4. Risiko kencing manis meningkat

Antara penyakit yang ditakuti ramai selain sakit jantung, adalah kencing manis. Penyakit ni datang secara perlahan-lahan. Kekurangan tidur Kurang tidur membuatkan sel-sel badan kita tidak sensitif kepada insulin. Insulin adalah hormon yang akan membawa masuk gula ke dalam sel darah untuk digunakan sebagai tenaga. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah rintangan insulin (insulin tidak dapat digunakan dengan betul). Jika dibiarkan, gula akan kekal dalam salur darah. Individu yang tidur kurang daripada 5 jam setiap hari mempunyai risiko untuk mendapat kencing manis sebanyak 48 %.

5. Risiko stres, keresahan dan kemurungan

Kekurangan tidur juga dikaitkan dengan masalah kemurungan, mood dan stres. 

6. Melemahkan sistem imun

Dalam era pandemik ni, sangat penting untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. Kenapa? Kekurangan tidur boleh melemahkan sistem imun badan. Satu kajian mendapati, tidur kurang daripada 5 jam boleh meningkatkan risiko demam dan selesema sebanyak 4.5 kali ganda. Tidur kurang daripada 6 jam pula boleh meningkatkan risiko tersebut sebanyak 4.25 kali ganda berbanding individu yang mendapat tidur 7 jam sehari. 

7. Meningkatkan keradangan

Kekurangan tidur juga boleh meningkatkan keradangan di dalam badan. Salah satu agen keradangan yang meningkat adalah C-Reactive Protein (CRP) dan Interleukin-6. Ini adalah bahan yang boleh digunakan untuk mengukur kadar keradangan di dalam badan, makin tinggi bahan-bahan ini, makin tinggi lah keradangan. Keradangan kronik perlu dielakkan kerana ia banyak berkait rapat dengan penyakit-penyakit kronik seperti penyakit metabolik dan arthritis. 

8. Mempengaruhi perangai

Mood dan perangai seseorang itu juga dipengaruhi oleh tidur. Sebab itu kalau anda perasan, seseorang itu boleh jadi mudah marah-marah dan down jika tidur tak cukup. Malah, keupayaan untuk empati (menyelami perasaan orang) juga semakin kurang. Maksudnya, dia tidak boleh rasa bertimbang rasa. Kekurangan tidur juga boleh menyebabkan badan menjadi lemah, mood kurang, resah dan kurang bersosial. Kurang bersosial pula boleh mengakibatkan keresahan dan kemurungan. 

9. Meningkatkan risiko kemalangan

Satu kajian pada tahun 2018 mendapati individu yang tidur kurang daripada 6 jam mempunyai risiko untuk berhadapan dengan kemalangan sebanyak 1.5 kali ganda lebih tinggi. Manakala mereka yang tidur kurang daripada 5 jam mempunyai risiko sebanyak 1.9 kali ganda, dan yang lebih dahsyat adalah apabila tidur kurang daripada 4 jam meningkatkan risiko kemalangan sebanyak 2.9 kali ganda dan tidur kurang daripada 3 jam meningkatkan risiko kemalangan sebanyak 15.1 kali ganda. So penting sangat-sangat kalau anda nak travel jauh, pastikan dapatkan tidur yang cukup.

10. Risiko penyakit darah tinggi

Kajian menunjukkan, individu yang tidur kurang daripada 5 jam sehari boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit darah tinggi sebanyak 61%.

11. Meningkatkan hormon stres

Kurang tidur juga meningkatkan hormon kortisol iaitu hormon stres. So mudahlah seseorang itu stres. 

12. Mempercepatkan penuaan

Kurang tidur juga menyebabkan badan kita susah nak baik pulih. Maksudnya kurang tidur boleh menyebabkan anda cepat tua. Jadi, kalau nak awet muda, dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti.

13. Mempengaruhi keupayaan seksual

Ini pun penting untuk pasangan suami isteri. Jadi kedua-duanya perlu dapatkan tidur yang mencukupi.

Jadi, kalau taknak alami semua masalah yang dah dikongsikan di atas tu, pastikan dapat tidur 7-8 jam sehari k. Nak tahu tak tips nak dapatkan tidur yang berkualiti? Klik sini : https://eskayvie.com.my/tips-dapatkan-tidur-yang-sempurna/

- Advertisement -spot_img
- Advertisement -spot_img

Artikel Terkini